Cara Cek Baki U Mobile

Sebagai salah satu operator telekomunikasi terbesar di Malaysia, U Mobile sentiasa cuba memberikan pelbagai kemudahan kepada pelanggannya.
Kemudahan untuk top up, cek baki dan kemudahan lain.

Untuk perkhidmatan cek baki, U Mobile malah menyediakan kemudahan dalam lebih daripada satu cara untuk pelanggannya cek baki mereka.

Cek baki adalah sangat penting, ini supaya apabila membuat panggilan atau menghantar mesej ia sentiasa lancar. Cek baki juga boleh mengelakkan simkad U Mobile daripada disekat kerana ia tahu bila masa untuk tambah nilai (top up).

Bagi Anda yang ingin mengetahui beberapa cara cek baki U Mobile, di sini kami akan kongsikan caranya.

cara cek baki u mobile

Cara Cek Baki U Mobile

Terdapat tiga cara cek baki U Mobile yang boleh Anda pilih mengikut kehendak Anda. Cek baki U Mobile melalui Dail (USSD), melalui SMS, dan melalui aplikasi MyUmobile.

Cara Cek Baki Kredit U Mobile Melalui Dail

Cek baki kredit U Mobile melalui dail, berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Prepaid
  1. Sila buat panggilan ke *118*8# pada nombor U Mobile yang sedang Anda gunakan.
  2. Setelah itu, butiran kredit yang tinggal akan muncul bersama dengan tempoh aktif nombor U Mobile.

Check balance usage:

  • Postpaid
  1. Sila buat panggilan ke *118#. Kemudian pilih U Broadband.
  2. Seterusnya, pilih Check Usage.
  3. Kemudian, tunggu sehingga Anda mendapat SMS. Anda akan menerima SMS yang mengandungi data baki Anda.

Internet Anda lambat? inilah cara lajukan internet U Mobile.

Cara Cek Baki Kredit U Mobile Melalui SMS

Cek baki kredit U Mobile melalui SMS, berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Prepaid
  1. Sila buka menu Mesej pada telepon pintar Anda.
  2. Setelah itu, Anda taip BAL. Kemudian hantar ke 28118.
  3. Seterusnya, Anda akan menerima SMS yang menunjukkan baki kredit Anda yang terkini.
  • Postpaid
  1. Sila buka bahagian Text Message di telefon Anda.
  2. Setelah itu, taip PLUS1. Kemudian hantarkan ke 28118.
  3. Seterusnya, Anda akan menerima SMS yang menunjukkan maklumat baki bill postpaid terkini.

Ingin menghantar dan berkongsi kredit U Mobile untuk keluarga atau kekasih Anda, sila baca panduan lengkap cara share kredit U Mobile.

Cara Cek Baki Kredit U Mobile Melalui Aplikasi

  • Download Dan Daftar Nombor Telefon Pada Aplikasi
  1. Pertama sekali, sila pergi ke Google Play Store dan download aplikasi ini untuk Android, untu iOS sila download di App Store.
  2. Kemudian, buka aplikasi MyUmobile dan masukkan nombor telefon Anda.
  3. Setelah itu, Anda akan mendapat SMS daripada UMobile yang mengandungi kod pengesahan.
  4. Sila masukkan kod pengesahan tersebut.
  5. Seterusnya, hantarkan dan pendaftaran nombor telefon Anda pada aplikasi.
  6. Berjaya, nombor Anda telah didaftarkan dalam aplikasi MyUmobile.
  • Cara Semak Baki
  1. Sila buka aplikasi MyUmobile.
  2. Setelah itu, pergi ke Menu Bar di bahagian atas kiri skrin telefon Anda.
  3. Seterusnya, Anda boleh semak baki kredit untuk prepaid dan semak baki bil untuk postpaid, pada menu yang tertera.

Kelebihan Aplikasi MyUmobile:

  • Pay Bills.
  • Buy Top Up & Add-ons.
  • Activate Data Roaming.
  • Get Rewarded.
  • Send & Get Feedbacks.
  • Check Your Balance.
  • Take Control of Your Account.
  • Activate Auto Debit.

Itulah beberapa cara cek baki U Mobile.