Sebagai salah satu operator telekomunikasi terbesar yang ada di Malaysia, YES sentiasa cuba memberikan pelbagai kemudahan kepada pelanggannya.
Seperti kemudahan untuk top up, cek baki dan kemudahan lain.
Untuk perkhidmatan cek baki, operator YES malah menyediakan kemudahan dalam lebih daripada satu cara untuk pelanggannya cek baki YES mereka.
Aktiviti cek baki adalah sangat penting, ini supaya apabila membuat panggilan atau menghantar mesej ia sentiasa lancar. Cek baki juga boleh mengelakkan simkad YES daripada disekat kerana ia tahu bila masa untuk tambah nilai (top up).
Bagi Anda yang ingin mengetahui beberapa cara cek baki YES, di sini kami akan kongsikan caranya.
Cara Cek Baki YES
Terdapat tiga cara cek baki YES yang boleh Anda pilih mengikut kehendak Anda. Cek baki YES melalui SMS, melalui online, dan melalui aplikasi MyYes.
A. Cara Cek Baki YES Melalui SMS
Anda boleh menyemak baki YES melalui SMS tanpa dikenakan bayaran (percuma).
- Cara ceck kredit YES melalui SMS dengan taip: BAL<jarak><no Anda> dan hantar ke 0183301111.
- Contoh: BAL 0183365487 hantar ke 0183301111.
Atau, Anda juga boleh mengganti nombor telefon Anda dengan Yes [email protected].
- Cara cek baki YES guna sms dengan taip: BAL<jarak><Yes [email protected]> lalu kirimkan ke nomor 0183301111.
- Lihat Contoh : BAL [email protected] kirim 0183301111.
Sila tunggu beberapa saat, sehingga pembekal akan menghantar SMS/mesej kepada Anda.
SMS/Mesej mengandungi maklumat tentang baki kredit Anda dan tempoh aktif kad YES Anda.
Baca juga: Cara semak bil TM Unifi Streamyx.
B. Cara Cek Baki YES Secara Online
Berikut ialah cara untuk cek baki YES secara online:
- Lancarkan pelayar web Anda melalui komputer riba atau telefon pintar.
- Setelah itu, lawati laman web https://selfcare.yes.my/myselfcare
- Kemudian, sila log masuk menggunakan User Name dan Password (Kata Laluan) akaun YES Anda.
- Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun, Anda mesti mendaftarkan dahulu. Sila klik Daftar, isi data dan ikut arahan.
- Selepas berjaya log masuk, Anda akan melihat pelbagai maklumat yang berkaitan dengan nombor YES Anda. Juga termasuk baki kredit pada nombor YES Anda.
Baca juga panduan cara tebus Jaringan Prihatin YES.
C. Cara Cek Baki YES Melalui Aplikasi
MyYes adalah aplikasi rasmi yang dilancarkan secara langsung oleh YES.
Aplikasi ini mempunyai pelbagai ciri di dalamnya. Seperti membeli pakej dan banyak lagi ciri-ciri menarik.
Cara menyemak baki YES menggunakan aplikasi MyYes:
- Sekiranya Anda tidak mempunyai aplikasi ini pada telefon pintar Anda, Anda boleh mendapatkan aplikasi MyYes di Google Play Store/AppStore.
- Setelah muat turun dan proses pemasangan selesai. Seterusnya buka aplikasi MyYes.
- Kemudia Anda mesti log masuk menggunakan akaun yang Anda buat.
- Seterusnya, saat memasuki halaman utama Anda akan segera mengetahui berapa banyak baki kredit yang ada.
Selain tu, di halaman utama MyYes juga akan memaparkan maklumat lain seperti pakej kuota baki yang sedang Anda gunakan.
Itulah sedikit perkongsian maklumat tentang Cara Cek Baki YES Prabayar dan Pascabayar.