Cara Daftar Bank Islam Online

Sebagai salah sebuah bank yang terkenal di Malaysia, kini Bank Islam juga mempunyai perkhidmatan perbankan internet (Internet banking) seperti bank-bank lain di negara ini.

Melalui laman web rasmi Bank Islam di bankislam.biz, Anda boleh menjalankan aktiviti kewangan seperti menyemak baki akaun, membayar bil elektrik atau TV, membayar bil air, memindahkan wang, dan lain-lain lagi.

Bagi Anda pelanggan Bank Islam yang ingin merasai perkhidmatan perbankan internet bankislam.biz, Anda boleh mengikuti panduan Cara daftar Bank Islam online di bawah.

cara daftar bank islam online

Kelayakan/Syarat Daftar Bank Islam Online

Anda mesti mempunyai syarat yang ditetapkan oleh Bank Islam di bawah untuk mendaftar di bankislam.biz

  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai Akaun Individu Semasa/Simpanan ; atau
  • Mempunyai Akaun Tunggal.
  • Mempunyai Kad ATM/Debit Bank Islam.
  • Mempunyai PIN ATM.

Cara Daftar Bank Islam Online

Sila Ikuti langkah-langkah di bawah untuk cara daftar Bank Islam online:

  1. Lawati pautan web rasmi Bank Islam di https://www.bankislam.biz
  2. Kemudian klik First Time User.cara daftar bank islam online (1)
  3. Sila Anda baca terlebih dahulu Terma dan Syarat, kemudian klik kotak kecil untuk bersetuju.
  4. Lalu klik Continue.cara daftar bank islam online (2)
  5. Kemudian masukkan ATM Card/Debit Card No pada ruangan yang disediakan.
  6. Klik Continue.cara daftar bank islam online (3)
  7. Lalu masukkan ATM PIN Anda.
  8. Kemudian klik Continue.cara daftar bank islam online (4)
  9. Pada kolum User ID, masukkan nama pengguna yang Anda mahu.
  10. Pada kolum Password, masukkan kata laluan yang Anda inginkan.
  11. Pada kolum Confirm Password, masukkan sekali lagi kata laluan Anda.
  12. Masukkan Alamat Email Anda.
  13. Pada Mobile Number, masukkan nombor handphone Anda.cara daftar bank islam online (5)
  14. Masukkan Private Word yang Anda inginkan.
  15. Pilih salah satu Gambar Keselamatan akaun Anda.cara daftar bank islam online (6)
  16. Sila pilih pada Secret Question 1, 2, dan 3 lalu jawap pada Secret Answer 1, 2, dan 3.
  17. Kemudian klik Submit.
  18. Seterusnya, sila Semak sekali lagi butiran yang Anda tadi isi.
  19. Kemudian klik Confirm.cara daftar bank islam online (7)
  20. Tahniah, Anda berjaya daftar Bank Islam.
  21. Selesai.

Selepas Anda berjaya mendaftar, sila semak baki akaun Bank Islam Anda secara online untuk melihat baki akaun terkini.

Baca juga: Panduan cara transfer bank Islam ke bank Islam online.

FAQ’s Bank Islam

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai Bank Islam:

1. Bagaimanakah saya tahu jika transaksi saya berjaya?

Jawab: Selepas membuat transaksi, anda akan menerima pemberitahuan pengesahan transaksi melalui pemberitahuan push melalui Go by Bank Islam. Selain itu, anda juga boleh menyemak Peti Masuk dan sejarah transaksi anda melalui aplikasi ini atau Perbankan Internet Bank Islam.

2. Apa itu Go by Bank Islam?

Jawab: Go by Bank Islam ialah aplikasi perbankan mobile yang ditawarkan oleh Bank Islam yang membolehkan Anda mengakses akaun Bank Islam Anda dan melaksanakan perkhidmatan tertentu dengan cepat dan selamat dari peranti seluler Anda 24 jam sehari.

3. Bolehkah saya mengakses aplikasi Go by Bank Islam apabila saya ke luar negara?

Jawab: Boleh, asalkan ada akses internet. Dan sila hubungi pembekal perkhidmatan mudah alih anda untuk caj perayauan.

Nota: Anda boleh hubungi Contact Centre di +603-26-900-900 atau melalui Email: [email protected], sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Islam.

Itu tadi panduan Cara daftar Bank Islam online yang boleh kami kongsikan dengan Anda.