Langkah-langkah cara daftar i-Sinar KWSP tidaklah begitu sukar, malah boleh dikatakan sangat mudah. Kerana Anda tidak perlu mendaftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu.
Anda boleh terus memohon i-Sinar dengan pautan terus (direct link). Anda hanya perlu log masuk ke i-Sinar kemudian untuk menyemak kelulusan permohonan.
Di sini kami kongsikan kepada Anda, cara daftar i-Sinar KWSP di isinar.kwsp.gov.my seperti di bawah.
Apa itu i-Sinar?
i-Sinar ialah program untuk semua pencarum KWSP yang layak mengeluarkan simpanan akaun 1 KWSP sebanyak 10% dengan baki minimum RM100.
Cara Daftar i-Sinar KWSP
Berikut adalah langkah-langkah cara daftar i-Sinar KWSP secara online dengan Nombor IC dan Nombor Telefon. Sebaik sahaja Anda mendaftar, Anda boleh terus membuat permohonan untuk i-Sinar KWSP.
- Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi i-Sinar di https://kwsp.gov.my/ms/w/i-sinar-online-info-ringkas-
- Lalu, masukkan Nombor MyKad / MyPR yang betul.
- Kemudian, sila pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
• 010.
• 011.
• 012.
• 013.
• 014.
• 015.
• 016.
• 017.
• 018.
• 019. - Setelah itu, masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan masih aktif.
- Lalu tekan butang Teruskan.
- Sila tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang Anda masukkan tadi.
- Kemudian, masukkan Nombor OTP tersebut.
- Lalu tekan butang Sahkan OTP.
- Setelah itu, Nombor OTP akan dihantar dalam masa 5 minit.
- Jika Anda tidak terima selepas 5 minit, sila Anda hantar request untuk hantar OTP sekali lagi.
- Kemudian, sila jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.
- Jika semuanya berjalan lancar, maka Anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-Sinar.
- Sila ikuti Langkah 1: Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang Anda ingin keluarkan.
• Anda atau pelanggan akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang Anda boleh keluarkan.
• Sila Anda gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
• Jika Anda ingin keluarkan amaun maksimum, sila tarik slider ke hujung sebelah kanan. - Sila teruskan dengan Langkah 2: Jadual Bayaran, untuk tetapkan bayaran bulan pertama.
• Anda atau pelanggan boleh gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran yang dikehendaki untuk bulan pertama.
• Anda juga boleh tekan ikon tambah dan tolak mengikut kesesuaian.
• Setelah Anda pilih bayaran bulan pertama, Anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu:
º Bayaran untuk Bulan Kedua.
º Bayaran untuk Bulan Ketiga.
º Bayaran untuk Bulan Keempat.
º Bayaran untuk Bulan Kelima.
º Bayaran untuk Bulan Keenam.
• Kemudian, tekan butang Teruskan. - Sila teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan:
• Isikan Nama Penuh Anda seperti dalam Kad Pengenalan.
• Isikan Nombor MyKad Anda.
• Isikan Nombor Telefon Bimbit Anda.
• Isikan Alamat Email Anda.
• Isikan Alamat Rumah Anda.
• Isikan Poskod Anda.
• Isikan Bandar Anda.
• Sila pilih Negeri. - Kemudian, teruskan dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran:
• Sila pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online yang tertera seperti berikut:
º Affin Bank Berhad.
º Agrobank.
º Al Rajhi Bank (M) Berhad.
º Alliance Bank.
º Ambank (M) Berhad.
º Bank Muamalat (M) Berhad.
º Bank Rakyat.
º Bank Islam (M) Berhad.
º BSN.
º CIMB Bank Berhad.
º Citibank Berhad.
º EON Bank Berhad.
º HSBC Bank (M) Berhad.
º Hong Leong Bank.
º Kuwait Finance House.
º Maybank.
º OCBC Bank (M) Bhd.
º Public Bank Bhd.
º RHB Bank BHd.
º Standar Chartered.
º UOB (M) Bhd.
• Kemudian, cila masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi.
• Anda pastikan Nombor Akaun Bank tersebut adalah akaun milik persendirian.
• Tidak boleh guna akaun bank orang alin.
• Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif.
• Pastikan nombor akaun tersebut bukan akaun bersama (joint account).
• Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit i-Sinar tidak dapat dimasukkan.
• Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah.
• Kemudian, sila Anda tekan butang Teruskan. - Sila Anda teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran:
• Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
• Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online.
• Setelah itu, akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih.
• Sila ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
• Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
• Jika tidak ada gambar, sila klik langkau.
• Pastikan pilihan semua selesai.
• Kemudian klik Hantar. - Seterusnya, sila Anda pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Setelah itu, permohonan Anda telah diterima. Status permohonan Anda boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
- Kemudian, tekan butang Cetak & Simpan untuk simpan rekod permohonan i-Sinar Anda.
- Tahniah! Permohonan baru pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
Baca juga: Cara check status i-Sinar.
Itulah maklumat dan panduan cara daftar i-Sinar KWSP yang boleh kami kongsikan dengan Anda.