Cara Dapatkan Penyata Bank Hong Leong Online

Hong Leong Bank memulakan operasinya pada tahun 1905 di Kuching, Sarawak, di bawah nama Kwong Lee Mortgage & Remittance Company. Syarikat itu memberikan pinjaman terhadap keselamatan komoditi eksport seperti lada, getah dan produk asli lain. Ia juga menyediakan perkhidmatan menghantar wang orang Cina seberang laut kepada keluarga mereka di wilayah Tenggara China.

Hong Leong Bank Berhad ialah bank ketiga terbesar di Malaysia dengan nilai syarikat semasa RM 32.5 bilion.

Bagi Anda pelanggan Hong Leong Bank (HLB), pada masa ini Hong Leong Bank telah menyediakan penyata bank dalam bentuk kertas dan elektronik (e-Penyata) yang boleh Anda perolehi secara percuma. e-Penyata merupakan versi elektronik penyata bank dalam bentuk fail PDF.

Hong Leong Bank menawarkan pilihan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan penyata bank secara online iaitu melalui HLB Connect dan dihantar ke e-mel pelanggan.

Bagi Anda yang ingin mendapatkan penyata bank Hong Leong secara online atau penyata bank HLB, Anda boleh mengikuti panduan yang kami kongsikan tentang cara dapatkan penyata bank Hong Leong online di bawah.

cara dapatkan penyata bank hong leong online

Cara Daftar Langgan Penyata Email Melalui Online

Berikut ialah langkah-langkah cara mendaftar untuk melanggan penyata bank Hong Leong Bank  secara online melalui alamat e-mel:

  1. Pertama sekali, sila Anda lawati pautan rasmi Hong Leong Connect di https://s.hongleongconnect.my
  2. Lalu, masukkan Username akaun Anda.
  3. Kemudian, klik Next.
  4. Setelah itu, klik checkbox untuk sahkan Security Picture.
  5. Seterusnya, masukkan Password akaun Anda.
  6. Lalu, klik Login.
  7. Selepas Anda login, sila Anda pilih Statement/Invoice.
  8. Kemudian, Anda klik Email Subscription.
  9. Setelah itu, klik Statement Subscription.
  10. Seterusnya, sila Anda tandakan kotak Stop Hard Copy Statement untuk kad Anda.
  11. Lalu, pilih Email Subscription.
  12. Kemudian, masukkan Alamat Email Anda.
  13. Selesai.

Cara Dapatkan Penyata Bank Hong Leong Online

Bagi Anda pelanggan Hong Leong Bank yang sudah mempunyai akaun berdaftar, Anda boleh mengikuti langkah di bawah untuk mendapatkan penyata bank Hong Leong Bank secara online:

  1. Pertama sekali, sila Anda lawati pautan rasmi Hong Leong Connect di https://s.hongleongconnect.my
  2. Lalu, masukkan Username akaun Anda.
  3. Kemudian, klik Next.cara dapatkan penyata bank hong leong online (1)
  4. Setelah itu, klik checkbox untuk sahkan Security Picture.
  5. Seterusnya, masukkan Password akaun Anda.
  6. Lalu, klik Login.
  7. Selepas login, sila Anda klik Statement/Invoice.
  8. Kemudian, klik Email Subscription.
  9. Kemudian, sila Anda klik Statement Subscription.
  10. Setelah itu, tandakan kotak Stop Hard Copy Statement untuk kad Anda.
  11. Lalu, pilih Statement/Invoice.
  12. Kemudian, pilih Online Statement.
  13. Seterusnya, sila Anda klik Download Statement.cara dapatkan penyata bank hong leong online (2)
  14. Selesai.

Cara Berhenti Melanggan Penyata Email Online

Jika Anda ingin berhenti melanggan penyata bank Hong Leong Bank melalui e-mel, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Pertama sekali, sila Anda lawati pautan rasmi Hong Leong Connect di https://s.hongleongconnect.my
  2. Lalu, masukkan Username akaun Anda.
  3. Kemudian, klik Next.
  4. Setelah itu, klik checkbox untuk sahkan Security Picture.
  5. Seterusnya, masukkan Password akaun Anda.
  6. Lalu, klik Login.
  7. Selepas login, sila Anda klik Statement/Invoice.
  8. Kemudian, klik Email Subscription.
  9. Setelah itu, klik Statement Subscription.
  10. Seterusnya, sila Anda klik Uncheck email subscription.
  11. Selesai.

Baca juga: Panduan semak baki akaun Hong leong Bank online.

Jadual e-Penyata HLB

Berikut ialah jadual e-Penyata yang boleh Anda lihat dan muat turun (download) di HLB Connect:

JENIS AKAUNKEKERAPAN PENYATAE-PENYATA BOLEH DIDAPATI UNTUK DILIHAT
  • Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i (individu sahaja)
  • Bulanan
  • 24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)
  • Akaun Semasa Mata Wang Asing/ Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (individu sahaja)
  • Bulanan
  • 24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)
  • Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-i
  • Bulanan
  • 24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)
  • Kad Kredit
  • Bulanan
  • 24 bulan terkini
  • Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i (bil berperingkat)
  • Bulanan
  • 24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)
  • Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i (dibayar sepenuhnya)
  • Separuh tahunan
  • 6 rekod terkini
  • Pinjaman Kereta/ Pembiayaan Kereta-i
  • Setiap tahun
  • 3 rekod terkini
  • Pinjaman Peribadi/ Pembiayaan Peribadi-i
  • Setiap tahun
  • 3 rekod terkini

Itulah panduan tentang cara dapatkan penyata bank Hong Leong online melalui e-mel yang boleh kami kongsikan dengan Anda.