Cara Guna ePenjana

Bagi Anda yang datang ke sini ingin tahu cara guna ePenjana Boost, Grab dan Touch n Go; yang membolehkan Anda menebus atau menuntut RM50 daripada aplikasi MySejahtera, maka pilihan Anda adalah tepat.

Kerana dalam artikel ini, kami akan berkongsi panduan tentang cara guna ePenjana.

Tetapi Anda perlu tahu, Anda tidak boleh menukar claim/menebus ini dari dalam aplikasi MySejahtera. Sebaliknya, Anda perlu menebus melalui aplikasi eWallet Boost, Grab Pay dan Touch n Go sahaja.

MySejahtera sendiri adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan usaha pengesanan kenalan dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia. Fungsi utamanya ialah mengenal pasti pantas orang yang mungkin pernah berhubung rapat dengan sesiapa sahaja yang telah disahkan positif COVID-19.

Cara Guna ePenjana

Sedikit Mengenai ePenjana

Menurut kenyataan media daripada Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Zafrul, kerajaan Malaysia telah mengumumkan program kredit ePenjana berjumlah RM750 juta untuk rakyat Malaysia.

Bagi Anda yang telah memuat turun (download) aplikasi My Sejahtera, Anda boleh membuat tuntutan (claim) atau menebus RM50 daripada Grab Pay, Boost dan Touch ‘n Go.

Bagaimanapun, jumlah RM50 ini bukan dalam bentuk wang tunai, tetapi akan dimasukkan sebagai kredit e-Wallet.

Baca juga: Cara Print Sijil Vaksin Covid-19.

Tempoh mohon ePenjana

  • Tempoh permohonan kredit ePenjana RM50 adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020. Untuk makluman, tarikh akhir penggunaan ePenjana adalah pada 30 September 2020.
Laman Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia
Laman Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

Cara Guna ePenjana (Boost, Grab, Touch n Go RM50 Wallet)

Bagi Anda yang merupakan pengguna iPhone atau Android, sila ikuti cara guna ePenjana Boost, ePenjana Touch n Go dan tebus e-Wallet Grab Pay.

A. Cara Guna ePenjana Boost

Berikut ialah langkah-langkah cara tebus ePenjana sebanyak RM50:

  1. Pertama sekali, sila Anda download aplikasi Boost terlebih dahulu.
  2. Jika Anda menggunakan Apple, sila Anda pergi ke AppStore di sini.
  3. Jika Anda menggunakan Android, sila pergi ke Google Play di sini.
  4. Kemudian, install aplikasi sehingga selesai.
  5. Setelah itu, buka aplikasi Boost dalam telefon Anda.
  6. Seterusnya, Akan ada paparan yang tertulis “Let’s Boost the economy together with the Government’s Penjana Program! Claim RM50 through ePenjana. Support local heroes throught Boost’s MSME Marketplace and shop with Shop Malaysia Online for rewards”.
  7. Kemudian, tekan butang berwarna merah Let’s Do It.
  8. Seterusnya, Anda kini berada di dalam aplikasi Boost.
  9. Sila Anda lihat bahagian RM50 ePENJANA yang tertulis “Claim with us and Boost #KasiTambah rewards to tal-up to more thatn RM130!”.
  10. Setelah itu, tekan butang merah Claim Now.
  11. Seterusnya, Anda kini berada di laman penebusan RM50 ePENJANA.
  12. Sila ikuti proses setersunya dengan memastikan ada tanda ‘Tick’ untuk di bawah untuk memulakan cara guna ePenjana Boost:
    Verify IC untuk mengesahkan identiti Anda menggunakan MyKad.
    Check Eligibility untuk semak kelayakan anda iaitu:
    Warganegara Malaysia.
    − Berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2020.
    Pendapatan tahunan di bawah RM100,000 (mengikut rekod dan data dari LHDN).
    Sudah daftar aplikasi MySejahtera.
    RM50 ePENJANA untuk tempoh masa 5 hari untuk menerima RM50 selepas Kad Pengenalan atau MyKad Anda disahkan.
  13. Setelah itu, tekan butang merah Submit.
  14. Selesai.

Baca juga: Cara Daftar MyVac.

Boost Partner eWallet

Anda boleh menukar/menebus ePenjana RM50 Anda dengan Boost dan nikmati Lifestyle Rewards tambahan dengan Boost Partner eWallet bernilai lebih daripada RM80. Anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Senarai Boost Partner adalah seperti di bawah:

  • Celcom Axiata.
  • Aspirasi.
  • Great Eastern.
  • Secret Recipe.
  • Kenny Rogers Roasters.
  • Mydin.
  • Old Town White Coffee.
  • Petron.
  • Tesco.

B. Claim ePenjana Touch n Go

Berikut ialah langkah-langkah cara guna ePenjana Touch n Go:

  1. Pertama sekali, sila Anda download Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu.
  2. Jika Anda menggunakan Apple, sila pergi ke AppStore di sini.
  3. Jika Anda menggunakan Android, sila pergi ke Google Play di sini.
  4. Setelah itu, sahkan atau verify akaun Touch ‘n Go eWallet.
  5. Seterusnya, sila Anda Claim MySejahtera RM50 My Sejahtera.
  6. Selesai.

 

Aplikasi Touch 'n Go eWallet (App Store)
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet (App Store)
Aplikasi Touch 'n Go eWallet (Google Play Store)
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet (Google Play Store)

C. Tebus Grab Pay e-wallet

Berikut ialah langkah-langkah cara guna ePenjana Grab:

  1. Sila Anda download app Grab terlebih dahulu.
  2. Grabpay memang sudah sedia ada didalam app Grab.
  3. Jika Anda menggunakan Apple, sila pergi ke AppStore di sini.
  4. Jika anda menggunakan Android, sila pergi ke Google Play di sini.
  5. Setelah itu, aktifkan Grabpay.
  6. Kemudian, masukkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan (IC).
  7. Setelah itu, ambil gambar Kad Pengenalan.
  8. Seterusnya, tekan Hantar.
  9. Setelah itu, Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul.
  10. Seterusnya, sila tebus kredit MySejahtera RM50 mengikut arahan yang diberikan.
  11. Selesai.

Baca juga: Cara Mohon MyKasih.

Pada asasnya, pada pendapat kami, tindakan kerajaan ini adalah tepat pada masanya, dan adalah sangat bijak untuk memanfaatkan peluang ini untuk menggalakkan lagi penggunaan cashless society yang kini popular di negara lain.

Itulah tadi maklumat mengenai cara guna ePenjana yang boleh kami kongsikan untuk Anda.