Cara Jual Balik ASB adalah panduan penting bagi pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang ingin menjual semula pelaburan mereka. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan langkah-langkah praktikal yang perlu diambil untuk menjual balik unit-unit ASB dan memahami proses serta implikasi yang terlibat.
Sertai kami dalam menjelajahi cara jual balik ASB dan memperoleh pemahaman yang mendalam tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menguruskan pelaburan Anda dengan bijak.
Apa itu ASB?
ASB merujuk kepada Amanah Saham Bumiputera, iaitu satu skim pelaburan yang ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Skim ini dirancang khas untuk warganegara Malaysia Bumiputera dan bertujuan untuk memberikan peluang pelaburan kepada mereka dengan mengumpul dana dari para pelabur dan melaburkannya dalam pelbagai instrumen termasuk saham, bon, dan hartanah.
Keuntungan daripada pelaburan ini dikongsi di antara pemegang unit ASB berdasarkan jumlah unit yang dimiliki. ASB memberikan peluang kepada pelabur untuk melabur dalam pelaburan yang terpelihara dan dikawal selia oleh ASNB, dengan harapan untuk mencapai pertumbuhan modal yang konsisten dan pendapatan dividen yang lumayan.
Secara ringkasnya:
- ASB bermaksud Amanah Saham Bumiputera.
- Membantu bumiputera dalam penyimpanan alternatif.
- Simpanan alternatif ASB akan memberikan pulangan atau keuntungan untuk jangka masa panjang.
- Harga dana pendapatan ekuiti tetap.
Cara Jual Balik ASB (Melalui CIMB, Maybank & myASNB Online)
Terdapat beberapa kaedah cara jual balik ASB yang Anda boleh cuba seperti yang akan kami bincangkan di bawah.
A. Cara Jual Balik ASB CIMB
- Hadirkan diri di mana-mana cawangan CIMB Bank.
- Jumpa Customer Care (selalunya mereka akan berdiri di tempat ambil nombor giliran).
- Minta Customer Care untuk check IC Anda menggunakan mesin yang disediakan (untuk pastikan IC anda dapat dibaca).
- Sekiranya IC Anda dapat dibaca, sila ambil borang Jualan Balik.
- Ambil nombor giliran Anda.
- Kemudian, Isikan maklumat yang diminta pada borang Jualan Balik dengan lengkap.
- Pilih Cara Bayaran Anda dengan tepat (sebagai langkah selamat. Jika pengeluaran banyak dan anda belum menggunakan duit tersebut, sila pilih Pindahan Akaun ke akaun bank yang Anda mahu).
- Jika sudah siap mengisi, tunggu sehingga nombor giliran Anda dipanggil.
- Sila serahkan pada kakitangan di kaunter urusan.
- Kakitangan di kaunter akan memerlukan IC Anda untuk membuat pengesahan cap jari kiri atau kanan.
- Setelah itu, Kakitangan tersebut akan memproses transaksi atau maklumat berdasarkan pemilihan cara bayaran Anda tadi (jika Anda pilih Pindahan Akaun, kakitangan itu akan melakukan transaksi duit serta merta kepada nombor akaun yang telah Anda masukkan).
- Setelah selesai urusan, Anda akan menerima resit penyata.
- Semak resit penyata terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter.
- Pastikan semua maklumat adalah tepat.
- Selesai.
B. Cara Jual Balik ASB Maybank
- Lawati cawangan Maybank berhampiran Anda.
- Ambil borang Jualan Balik Unit ASB (warna merah).
- Kemudian, Isi maklumat yang diminta pada borang tersebut seperti:
• Nama
• Nombor Telefon
• Nombor Ahli
• Jumlah Pengeluaran - Jika sudah siap, sila pergi ke kaunter Customer Service.
- Sediakan Kad Pengenalan Anda dan serahkan borang Jualan Balik Unit ASB untuk semakan dan pengesahan.
- Mereka akan menyerahkan semula kad pengenalan dan borang tadi kepada Anda berserta nombor giliran.
- Sila Anda tunggu nombor giliran Anda sehingga dipanggil.
- Jika nombor giliran sudah dipanggil, sila pergi ke kaunter berkenaan.
- Sila serahkan Kad Pengenalan dan borang tersebut kepada kakitangan yang bertugas di kaunter.
- Kakitangan bertugas akan membuat semakan baki unit ASB Anda.
- Jika tiada apa-apa masalah dan baki Anda mencukupi, jualan balik unit ASB Anda akan diterima.
- Anda akan menerima bayaran atau wang Anda melalui Cara Bayaran yang telah Anda pilih.
- Selesai.
C. Cara Jual Balik ASB Secara Online guna myASNB
Kini Anda boleh menjual semula ASB secara dalam talian melalui myASNB.
Ikut langkah-langkah di bawah:
- Layari portal rasmi myASNB di sini myasnb.com.my atau muat turun aplikasi myASNB di Google Play Store atau Apple App Store.
- Sila Login ke akaun myASNB Anda.
- Masukkan ID.
- Pastikan Frasa Keselamatan Anda.
- Masukkan Kata Laluan.
- Tekan Teruskan.
- Halaman utama akaun myASNB Anda akan terpapar.
- Sila klik bahagian Portfolio.
- Pada laman seterusnya, sila tekan Transaksi.
- Pilih Jualan Balik.
- Berikutnya, sila baca maklumat yang dinyatakan.
- Kemudian, scroll ke bawah dan sila tick pada kotak Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat.
- Tekan Seterusnya.
- Anda akan dibawa ke laman Langkah 2 Jualan Balik.
- Sila isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Sila isi amaun minima RM100.
- Tanda pada kotak Saya mengesahkan maklumat di atas yang diberikan adalah tepat.
- Klik Seterusnya.
- Anda akan menerima notis Penting.
- Sila semak Nama Bank dan No. Akaun Bank adalah tepat.
- Tekan Teruskan.
- Anda akan dibawa ke bahagian Pengesahan Telefon Bimbit.
- Klik Permintaan TAC.
- Anda akan menerima Kod TAC melalui mesej.
- Sila masukkan Kod TAC pada ruangan yang disediakan.
- Tekan Seterusnya.
- Anda akan menerima Resit Transaksi (sila muat turun atau screenshot untuk rujukan).
- Selesai.
Nota: Jumlah jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada hari bekerja berikutnya.
Dengan mengetahui cara jual balik ASB, anda mempunyai pengetahuan yang penting untuk menguruskan pelaburan ASB anda dengan bijak. Menjual balik unit-unit ASB adalah langkah yang perlu dipertimbangkan dengan teliti dan memahami implikasinya.
Pastikan Anda memahami proses serta peraturan yang terlibat sebelum membuat keputusan. Jika Anda memutuskan untuk menjual balik ASB, pastikan Anda mengikut langkah-langkah yang betul dan memastikan bahawa pembiayaan Anda dikelola dengan cermat.
Jangan ragu untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa atau profesional kewangan jika perlu. Dengan mematuhi prosedur yang betul, Anda akan dapat menjual balik ASB dengan berjaya dan memanfaatkan hasil pelaburan Anda dengan lebih baik.