Mempunyai kad kredit BSN pada sekarang ini dapat menjadi sebagai salah satu hal wajib untuk membantu menyokong gaya hidup dan pelbagai keperluan. Dikesempatan ini kami akan cuba menulis bagaimana cara mohon kad kredit BSN
Kad kredit BSN mempunyai fungsi untuk membantu seseorang membuat pembayaran semua transaksi kewangan dengan mudah dan cepat. Bermula dari membeli belah, membeli tiket kapal terbang dan membayar bil elektrik, semuanya boleh dibayar dengan kad kredit BSN.
BSN menyediakan produk kad kredit BSN bagi memenuhi kebutuhan ataupun gaya hidup. Had kredit setiap Kad Kredit BSN akan ditentukan berdasarkan pendapatan tahunan pemohon, Kad Kredit BSN juga tersedia dengan pelbagai jenis yang dapat Anda pilih.
Syarat Mohon Kad Kredit BSN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu Anda penuhi sebelum memohon Kad Kredit BSN:
- Pendapatan minimum RM36,000 (pendapatan pemohon).
- Umur minimum 21 tahun (bagi Kad Utama).
- Umur minimum 18 tahun (bagi Kad Tambahan).
- Salinan Kad Pengenalan (depan belakang).
- Salinan penyata gaji.
- Salinan penyata akaun bank.
Maklumat lengkap tentang syarat-syarat memohon kad kredit BSN, sila klik disini.
Cara Mohon Kad Kredit BSN Mudah Approved
Sekurang-kurangnya terdapat dua cara untuk memohon kad kredit BSN iaitu dengan melayari laman web rasmi Bank BSN, atau Anda boleh melakukannya di pejabat cawangan Bank BSN.
A. Cara Mohon Kad Kredit BSN Melalui Laman Rasmi BSN
Setelah Anda memenuhi syarat mohon Kad Kredit BSN, sila ikuti langkah-langkah cara mohon Kad Kredit BSN:
- Lawati pautan rasmi BSN https://www.bsn.com.my
- Pilih Kad Kredit yang Anda inginkan.
- Selepas Anda membuat pilihan, klik Mohon Sekarang.
- Klik Hantar Butiran.
- Masukkan Nama Penuh Anda sesuai dengan kad pengenalan.
- Masukkan Alamat Email Anda (pastikan email Anda aktif)
- Masukkan Nombor Handphone Anda.
- Pilih Pendapatan Tahunan Minimum Anda.
- Klik Hantar.
- Pihak BSN akan hubungi Anda untuk proses pengesahan dan tandatangan.
- Selesai.
B. Cara Mohon Kad Kredit BSN Melalui Cawangan
Anda juga boleh mohon kad kredit BSN melalui cawangan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini:
- Sila pergi ke cawangan BSN terdekat.
- Pastikan Anda membawa syarat dan dokumen yang diperlukan.
- Cakap kepada pegawai BSN bahawa Anda ingin mohon Kad Kredit BSN.
- Jika Anda di beri Borang Permohonan, sila isikan borang tersebut secara detail.
- Ikuti arahan pegawai BSN seterusnya hingga berjaya.
- Selesai.

Manfaat Kad Kredit BSN
Berikut adalah beberapa faedah mempunyai kad kredit BSN:
- Peningkatan Had Kredit.
- Pelan Instalment-Pay BSN.
- Program Happy Rewards.
- Autobilling BSN.
- Program Penukaran Baki Auotomatik.
- Dan lainnya.
Nota: Untuk pertanyaan lebih lanjut dan jika ada sebarang masalah, Anda boleh hubungi Contact Centre BSN di 1-300-88-1900.
Demikian maklumat yang boleh kami kongsikan kepada Anda tentang cara mohon kad kredit BSN, simak cara mohon kad kredit Agrobank.