Cara Mohon Moratorium Public Bank

Bagi Anda yang sedang mencari panduan cara mohon moratorium Public Bank, maka artikel ini sesuai untuk Anda. Salah satu komitmen Public Bank semasa pandemik COVID-19 sekarang adalah menawarkan moratorium.

Moratorium diberikan selama 6 bulan untuk pelanggan perniagaan kecil dan sederhana (PKS), individu, perniagaan mikro dan individu yang menghadapi kesulitan kewangan semasa pandemik.

Tawaran ini tidak mengambil kira tahap pendapatan, ini sejajar dengan pengumuman kerajaan Malaysia mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Bagi Anda yang ingin membuat permohonan moratorium Public Bank. Berikut adalah panduan cara mohon moratorium Public Bank.

cara mohon moratoriun public bank

Bentuk Bantuan Moratorium Public Bank

Terdapat dua (2) pilihan Moratorium Public Bank yang boleh Anda pilih:

  • (1): Penangguhan ansuran pinjaman (Moratorium) Anda selama 6 bulan.
  • (2): Pengurangan ansuran pinjaman anda sebanyak 50% selama 6 bulan.

Kelayakan Pemohon Public Bank

Persyaratan/kelayakan bagi pemohon Moratorium Public Bank:

  1. Semua pelanggan individu.
  2. Perusahaan Mikro&PKS.
  3. Tunggakan kurang dari 90 hari.
  4. Pelanggan dibawah pembayaran balik bersasar sedia ada.

Cara Mohon Moratorium Public Bank

Berikut adalah langkah-langkah cara mohon moratorium Public Bank secara online:

  1. Lawati pautan rasmi Public Bank di https://www.pbebank.comcara mohon moratoriun public bank 2
  2. Kemudian klik PEMULIH yang Anda inginkan.
  3. Pilih Jenis Akaun Anda.
  4. Masukkan No Kad Pengenalan/No Pasport Anda.
  5. Masukkan Nombor Akaun Anda.
  6. Klik Submit.cara mohon moratoriun public bank 3
  7. Kemudian masukkan Kod OTP yang dihantarkan ke nombor Handphone Anda yang berdaftar.
  8. Seterusnya, Borang Pengesahan akan dipaparkan.
  9. Pastikan Anda mengisi Email yang sah.
  10. Lengkapkan Borang Permohonan.
  11. Klik Submit.

Nota: Public Bank akan menghantar hasil/keputusan ke alamat emel pelanggan yang telah diisi bersama borang permohonan.

Baca juga: Panduan cara mohon moratorium OCBC Bank.

Pengesahan Moratorium Public Bank

Berikut adalah jadual pengesahan Moratorium Public Bank setelah Anda selesai memohon moratorium Public Bank:

  1. Dalam 5 hari kalendar bagi pemohon individu dan Perusahaan Mikro.
  2. Dalam14 hari kalendar untuk PKS.

FAQ’s

Di bawah adalah contoh soalan lazim berkaitan Moratorium Public Bank.

1. Bolehkah membatalkan PEMULIH ETRA ini selepas permohonan saya diluluskan?

Jawab: Boleh. Sila tulis e-mel dan hantar ke pejabat cawangan pemegang akaun anda atau ke Pusat Kawalan Kredit Public Bank.

2. Adakah yang berlaku jika akaun saya tertunggah (lampau tempoh<90 hari) pada wakti permohonan PEMULIH ETRA?

Jawab: Sehingga 3 tunggakan ansuran bulanan akan dipermodalkan dalam Pokok/Disifarkan yang akan menjadi sebahagian daripada amaun lampau tempoh pinjaman/pembiayaan dengan lanjutan seterusnya tempoh pinjaman/pembiayaan.

3. Sekiranya saya tidak layak untuk TRA/Tra Lanjutan, adakah terdapat pilihan lain?

Jawab: Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memberi perkhidmatan percuma mengenai pengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang.

Demikian artikel kami tentang cara mohon moratorium Public Bank secara online, simak cara dapatkan penyata bank Public Bank online.