Cara Topup NJOI

Apabila Anda bersama keluarga di rumah, antara aktiviti yang sering Anda lakukan bersama ialah menonton televisyen. Jika Anda ingin menonton rancangan yang menarik, Anda boleh mencuba mengikuti pelbagai rancangan di saluran NJOI.

Tetapi jika Anda tidak mempunyai kredit yang mencukupi untuk menonton cerita yang Anda ingin tonton di NJOI. Kini Anda tidak perlu bingung lagi untuk menambah nilai (topup) NJOI, kerana cara topup NJOI sekarang boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Anda boleh topup NJOI melalui maybank, cimb, melalui SMS dan secara online.

Anda boleh ikuti tutorial cara topup NJOI yang telah kami ringkaskan di bawah.

cara topup njoi

Cara Topup NJOI

Sekurang-kurangnya terdapat empat cara untuk topup NJOI yang boleh Anda pilih iaitu melalui SMS atau Baucar, melalui CIMB Clicks, Maybank2u dan secara online.

A. Cara Topup NJOI Melalui SMS/Voucher (Baucar)

Cara Topup NJOI Melalui SMS, begini caranya:

  • Sila taip: 111<space>12 digit kad Pintar<space>16 digit kod hantar ke 33310.
  • Contoh: 111 123456789123 1234567891234567 hantar ke 33310.

Nota: Tarikh tamat tempoh pakej ditulis pada setiap baucar Prabayar NJOI. Kami mengesyorkan agar Anda menyemak dan mengaktifkan 16 digit kod NJOI sebelum ia tamat tempoh.

B. Cara Topup NJOI CIMB Clicks

Cara Topup NJOI Melalui CIMB Click, begini caranya:

  1. Pertama sekali, sila Login ke CIMB Clicks.
  2. Lalu, pilih Topup.
  3. Kemudian, masukan Nombor HP Anda, nombor top up akan dihantar ke Anda. Ingat, pastikan Anda pilih top up Astro Njoi, lalu masukan Jumlah/Amount.
  4. Seterusnya, sila ikuti panduan yang tertersa sampai selesai.
  5. Bila topup berjaya, Anda akan terima SMS nombor top up NJOI.
  6. Setelah itu, Anda boleh beli chanel apapun yang disukai.
  7. Selesai.

C. Cara Topup NJOI Maybank2u

Sebelum topup NJOI melalui Maybank2u, sila semak baki Anda melalui SMS, cara menghantar SMS: 000<no IC> ke 33310. Jika baki Anda kurang atau tidak mencukupi, tambah nilai (topup) sahaja. Kemudian, ikuti panduan ini.

  1. Pertamasekali, sila Login ke maybank2u.
  2. Lalu, klik Buy Online.
  3. Kemudian, klik Internet Prepaid.
  4. Setelah itu, klik Astro NJOI.
  5. Seterusnya, sila masukan Jumlah yang mahu di top up.
  6. Klik Request TAC.
  7. Setelah itu, sila Anda tunggu kod top up dihantar ke nombor telefon Anda.
  8. Seterusnya, Anda SMS: 111<no IC><no yang dia bagi> ke 33310.
  9. Selesai.

Baca juga: Cara bayar bil Astro.

D. Cara Topup NJOI Online

Sekiranya Anda sudah mempunyai Akaun NJOI di astro.com.my, Anda boleh menambah nilai dengan segera menggunakan Baucar/Kad Kredit.

  1. Pertama sekali, sila Anda kunjungi https://www.astro.com.my
  2. Kemudian, pada kanan atas klik Login.
  3. Lalu, masukan Email/Mobile number dan Password, kemudian klik Login.cara topup njoi online (1)
  4. Selepas login, sila Anda klik My Account dan kemudian pilih Manage My Account.cara topup njoi online (2)
  5. Kemudian, klik pada Account No.
  6. Setelah itu, klik Top up.cara topup njoi online (3)
  7. Seterusnya, masukan Voucher jika Anda punya.
  8. Jika tidak, sila pilih top up melalui Credit Card/Debit Card.
  9. Lalu, pilih Amount.cara topup njoi online (4)
  10. Setelah itu, masukan Informasi credit card untuk proses pembelian.
  11. Seterusnya, sila ikuti arahan yang diberikan sampai selesai.cara topup njoi online (5)
  12. Selesai.

Cara Langgan NJOI Channel

Berikut ialah cara untuk melanggan dan membeli saluran di NJOI Astro.

  1. Sila Anda kunjungi https://www.astro.com.my
  2. Lalu, pada kanan atas klik Login.
  3. Kemudian, masukan Email/Mobile number dan Password, kemudian, klik Login.
  4. Setelah itu, klik menu Balance & Purchase.cara topup njoi (cara langgan)
  5. Seterusnya, pilih channel yang mahu Anda beli di astro njoi channel list. Kemudian, klik Purchase.cara topup njoi (cara langgan 2)
  6. Selesai.

Baca juga: Cara top up Digi.

Selepas Anda topup NJOI, adalah idea yang baik untuk menyemak baki NJOI Anda dengan serta-merta untuk mengetahui jumlah baki yang tersedia.

Itu tutorial cara topup NJOI Astro yang boleh kami kongsikan dengan Anda.