Cara Tukar Password Unifi Dan Streamyx

Adakah Anda kerap mengalami kecurian password wi-fi? Jika mahu password wi-fi Anda selamat, maka Anda perlu tukar password Unifi Anda dengan kerap.

Kini perkembangan tekhnologi sangat maju. Banyak alat penggodaman wi-fi digunakan untuk menggodam password wi-fi, sehingga password wi-fi Anda mudah dicuri oleh orang lain.

Jika password wi-fi Anda telah dicuri, dan ramai yang menggunakan wi-fi Anda, maka sambungan internet Anda akan mejadi perlahan. Tambahan pula apabila Anda kehabisan pakej internet Tune Talk, ia menjadi sangat menjengkelkan.

Berikut kami mempersembahkan beberapa cara tukar password Unifi, simak dibawah ini.

cara tukar password unifi & streamyx

Cara Tukar Password Unifi

Terdapat beberapa jenis router yang biasa digunakan.

  1. TM Unifi Modem Router.
  2. Router TP-Link.
  3. Router Modem ZTE.

Baca juga: Cara semak bil TM Unifi Streamyx.

A. Cara Tukar Password Unifi Lewat TM Unifi Modem Router

  1. Ketik deafult IP www.192.168.0.1 pada browser Anda, lalu tekan Enter.
  2. Anda akan dibawa ke tampilan Username dan Password.
  3. Pada bahagian Username, ketik admin (huruf kecil).
  4. Sedangkan bahagian Password dikosongkan.
  5. Lalu klik Login.
  6. Selanjutnya akan muncul tampilan menu, klik Setup.
  7. Pilih Wireless Settings.
  8. Kemudian klik pada kolom Manual Wireless Network Setup.
  9. Pada kolom WPA Mode pilih Auto (WPA or WPA2).
  10. Kemudian pada kolom Pre-Shared Key, tertera password.
  11. Tukar Password dengan memasukan aksara sekurang kurangnya 8 digit.
  12. Setelah memasukan password baru pada Pre-Shared Key, klik Save Setting.
  13. Selesai.

B. Cara Tukar Password Unifi Lewat Router TP-Link

  1. Ketik deafult IP www.192.168.0.1 pada browser Anda, lalu tekan Enter.
  2. Ditunjukan Username dan Password.
  3. Pada bagian Username, ketik admin (huruf kecil).
  4. Pada bahagian Password, ketik adm@xxxx (ganti huruf X ini dengan melihat 4 digit password akhir E-mel Anda yang telah ditulis teknisi TM pada bagian router Anda).
  5. lalu klik Login.
  6. Kemudian pada kolom sebelah kiri pilih General Network>Wireless Setting.
  7. Jika Anda ingin mengganti nama wi-fi, isikan pada kolom Network Name (SSID).
  8. Pada kolom Password, ketik password baru wi-fi Anda.
  9. Kemudian jika password sudah diganti, klik Save.
  10. Selesai.

C. Cara Tukar Password Unifi Lewat Router Modem ZTE

  1. Ketik deafult IP www.192.168.1.1 pada browser Anda, lalu tekan Enter.
  2. Pada kolom Username ketik admin (huruf kecil).
  3. Untuk Password, ketik adm@xxxx (gantikan huruf X dengan melihat 4 digit terakhir MAC ID pada label pelekat di bahagian belakang modem ZTE Anda).
  4. klik Login.
  5. Selanjutnya, pada kolom sebelah kiri, klik Network>WLAN>SSID Settings.
  6. Untuk SSID (2.4GHz) ikuti konfigurasi seperti dibawah.
    • SSID NAME (ketik tukar nama wi-fi, jika Anda mahukan nama baharu).
    • SSID HIDE = OFF.
    • ENCRYPTION TYPE = WPA/WPA2-PSK-TKIP-AES.
    • WPA PASSPHRASE (ketik tukar password wi-fi baharu Anda sekurang-kurangnya 8 aksara).
    • SSID ISOLATION = OFF.
    • MAXIMUM CLIENTS = 32.
  7. Klik SUBMIT.
  8. Untuk SSID (5GHz) ikuti konfigurasi seperti dibawah.
    • SSID NAME (ketik tukar nama wi-fi, jika Anda mahukan nama baharu).
    • SSID HIDE = OFF.
    • ENCRYPTION TYPE = WPA/WPA2-PSK-TKIP-AES.
    • WPA PASSPHRASE (ketik tukar password wi-fi baharu Anda sekurang-kurangnya 8 aksara).
    • SSID ISOLATION = OFF.
    • MAXIMUM CLIENTS = 32.
  9. Klik SUBMIT.
  10. Selesai.

Note Penting.

  1. Pilih frekuensi wi-fi yang betul.
  2. Jika router TM Dual-band Anda dilengkapi dengan 2 frekuensi wi-fi 2.4GHz dan 5GHz, maka adalah idea yang baik untuk mengetahui frekuensi wi-fi yang Anda perlu gunakan untuk menikmati internet sepenuhnya di rumah.
  3. Untuk frekuensi wi-fi 5GHz terbaik apabila Anda berada dekat dari router, dan 2.4GHz terbaik apabila Anda berada jauh dari router.

Cara Tukar Password My Unifi Portal

My Unifi adalah halaman milik Unifi yang dapat Anda gunakan untuk melihat dan membuat pembayaran, lihat penyata bil, dan dapatkan info terkini dari Unifi.

Jika Anda pelanggan baru Unifi, Anda perlu membuat akaun baru untuk login. Silahkan akses laman rasmi My Unifi disini.

  1. Klik Login.
  2. Masukan E-mel dan Password.
  3. Kemudian klik Login.
  4. Pada kolom Personal Details, klik Edit.
  5. Ketik Password baru Anda.
  6. Klik Save.
  7. Untuk login ke My Unifi Portal seterusnya, Anda akan menggunakan password baru ini.

FAQ’s

Bagaimana Untuk Mengoptimumkan Sambungan Wi-Fi

  1. Semakin jauh Anda dari router Anda, semakin lemah sinyal wi-fi dan koneksi semakin perlahan.
  2. Jika Anda meletakan router di kawasan tertutup atau berdekatan dengan permukaan logam yang menghasilkan elektromagnetik, ini boleh mengurangkan sinyal wi-fi Anda.
  3. Jika Anda menyusun peralatan broadband Anda, ia boleh menyebabkan terlalu panas, menjadi kurang cekap.

Semoga perkongsian ini dapat membantu menjamin password wi-fi Anda dirumah.