i-Sinar 2.0 (Benarkah Ada Bantuan i-Sinar & i-Lestari Lagi?)

Bagi meringankan lagi beban rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kerajaan Malaysia dijangka mengumumkan bantuan dalam bentuk moratorium dan i-Sinar daripada KWSP.

Walaupun belum ada nama rasmi, kami menjangkakan ia akan dinamakan i-Sinar 2.0 yang boleh dikemukakan melalui isinar.kwsp.gov.my

i-Sinar 2.0

Nota:

    • Keluaran baharu wang KWSP telah diperkenalkan dan dinamakan i-Citra.

    • Anda boleh membaca cara memohon i-Citra untuk maklumat lanjut.

Benarkah Akan Ada i-Sinar 2.0 (Ada Bantuan i-Sinar dan i-Lestari Lagi?)

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan untuk Malaysia telah menulis satu catatan di Facebook mengesahkan perkara ini.

Beliau dilaporkan telah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi berkaitan berhubung isu moratorium dan i-Sinar KWSP.

Baca juga: i-Sinar Login KWSP.

A. Doa-doalah, Semoga i-Sinar 2.0 Jadi Kenyataan

Berdasarkan beberapa komen di akaun Facebook rasmi Tengku, ramai yang mahukan bantuan i-Sinar 2.0. Bukan itu sahaja, ada juga yang inginkan i-Lestari 2.0 juga.

Namun, ramai yang memandang sinis terhadap usaha kerajaan mengambil tindakan membantu rakyat.

B. Berapa Lama Bantuan i-Sinar Perlu Diteruskan?

Sebenarnya program ini bukanlah bantuan daripada kerajaan Malaysia. Ini lebih kepada kelonggaran yang disediakan oleh kerajaan Malaysia yang membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2.

Cuma, ramai orang yang beranggapan bahawa pengeluaran wang KWSP dalam inisiatif i-Sinar perlu diteruskan selama 6 bulan iaitu sehingga 2022.

Baca juga: i-Sinar Portal KWSP.

C. Kenapa Asyik B40 Dapat Bantuan dari Kerajaan?

Bukan itu sahaja, ternyata dasar ini turut menyinggung perasaan golongan M40 kerana kerajaan hanya membantu golongan B40 sahaja.

Ramai yang tak tahu, kumpulan M40 ni bukan kaya. Mereka juga adalah orang biasa yang mempunyai banyak kewajipan dan bil yang perlu dibayar setiap bulan.

Kami berharap kerajaan Malaysia tidak meminggirkan golongan ini juga.

Laman web Rasmi KWSP
Laman web Rasmi KWSP

Itulah maklumat mengenai i-Sinar 2.0 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.