Terdapat banyak ciri dalam aplikasi MyDigi seperti semakan baki, semakan bil, pembayaran bil, dan lain-lain lagi. Bagi Anda yang ingin menyemak bil yang perlu dibayar atau membuat pembayaran ke nombor Digi, Anda juga boleh menggunakan aplikasi ini.
Cara menyemak bil dalam aplikasi MyDigi adalah sangat mudah, Anda hanya perlu mendaftarkan nombor telefon Digi yang Anda gunakan dan jumlah bil akan dipaparkan dalam aplikasi My Digi pada telefon bimbit Anda.
Anda juga boleh menggunakan kod dail *128# untuk menyemak bil Digi Anda dan kemudian membuat pembayaran melalui online banking.
Di sini kami kongsikan panduan langkah demi langkah tentang cara semak bil Digi tertunggak cara membayarnya.
I. Semak Bil Digi Tertunggak
Terdapat sekurang-kurangnya dua cara untuk menyemak bil Digi yang tertunggak iaitu melalui kod dailan (USSD) dan dengan menggunakan aplikasi MyDigi.
A. Semak Bil Digi Tertunggak Guna Aplikasi MyDigi
Biasanya bil Digi akan dikeluarkan 8-10 hari selepas tarikh bil bulanan. Anda boleh mendapatkan ulasan pengebilan terperinci daripada apl MyDigi.
Anda boleh memuat turun (Download) aplikasi MyDigi di Google Playstore, App Store atau AppGallery secara percuma. Selepas itu, buka aplikasi dan sila daftar pada aplikasi tersebut.
Jika Anda sudah berdaftar dalam aplikasi, sila ikuti langkah di bawah untuk menyemak bil Digi Anda secara online:
- Log masuk ke aplikasi MyDigi pada smartphone Anda.
- Kemudian pilih Pay My Bill.
- Seterusnya scroll ke bawah, pilih Dowload Bil Bulanan.
Nikmati pelbagai pilihan pakej internet Digi Family Plan untuk keluarga Anda.
B. Check Bil Digi Tertunggak Guna Kod Dail *128#
Anda juga boleh menyemak bil Digi Anda menggunakan kod dailan (USSD) dengan mendail *128#.
- Sila dail *128#.
- Kemudian pilih menu nombor 2 untuk semakan bill payment.
Sila semak bil Digi tertunggak Anda menggunakan dua kaedah di atas, selepas itu Anda boleh membuat pembayaran melalui cara berikut:
II. Cara Bayar Bil Digi Tertunggak
Untuk membuat pembayaran bil digi yang sudah lewat tempoh/tertunggak, Anda boleh menggunakan perkhidmatan online banking seperti JomPAY, credit card dan Digi Store online.
A. Bayar Bil Digi Guna JomPAY
- Sila log masuk ke mana-mana online banking dan kemudian pilih JomPAY.
- Biller code (Kod bil): 1016.
- Ref 1: [Nombor akaun Digi Anda].
- Pembayaran melalui JomPAY akan diterima serta merta.
Berikut adalah senarai bank yang mendapat JomPAY:
NAMA BANK |
Maybank |
CIMB Bank |
UOB |
Hong Leong Bank |
Bank Muamalat |
Citibank |
ICBC |
OCBC Bank |
Bank Islam |
AmBank |
Al Rajhi Bank |
Bank of America Merrill Lynch |
Bank of China |
HSBC |
Standard Chartered |
Public Bank |
J.P. Morgan |
Alliance Bank |
RHB Bank |
Agro Bank |
BSN |
Bank Rakyat |
Affin Bank |
MBSB Bank |
Deutsche Bank |
MUFG |
MIZUHO |
SMBC |
BNP Paribas |
Kuwait Finance House |
B. Bayar Bil Digi Guna Credit Card
- Sila log masuk aplikasi MyDigi.
- Pilih Pay My Bill. Sebagai alternatif, Anda boleh melayari sejarah bil 6 bulan terakhir atau muat turun (Download) penyata bil.
- Kemudian sahkan jumlah yang perlu dibayar dan alamat e-mel untuk menerima resit.
- Seterusnya, untuk membayar dengan kad kredit/debit Anda, pilih Register to Save Your Card.
- Isi butiran kad Anda dan pilih PAY.
- Untuk membayar melalui online banking, pilih Online Banking dan Proceed.
- Kemudian, pilih bank.
- Pilih PAY untuk meneruskan dan menyelesaikan pembayaran.
- Selesai.
Baca juga: Panduan cara bayar bill Celcom.
Itulah panduan cara semak bil Digi tertunggak pascabayar (postpaid) dan langkah-langkah cara bayar bil Digi secara online.