Semakan Baki Tabung Haji Online

Tabung Haji merupakan tabung simpanan wang yang wujud di Malaysia bagi memudahkan urusan umat Islam menyimpan wang dengan membayar ansuran kos haji atau perkara berfaedah lainnya.

Sila ambil perhatian bahawa sejak Februari 2020, pelanggan daripada Tabung Haji boleh menyemak baki Tabung Haji mereka secara dalam talian (online).

Laman web atau portal THiJARI telah diperkenalkan bagi membantu pelanggan menikmati pelbagai perkhidmatan tanpa perlu beratur di kaunter mahupun di pejabat.

Bagi Anda pelanggan Tabung Haji yang ingin menyemak baki simpanan persiapan haji Anda secara online, di sini kami akan kongsikan semakan baki Tabung Haji online untuk Anda.

Semakan Baki Tabung Haji Online

Semakan Baki Tabung Haji Online

Terdapat dua cara yang boleh Anda cuba semakan baki Tabung Haji online iaitu melalui laman web rasmi Tabung Haji di thijari.com.my dan melalui Maybank di maybank2u.com.my.

A. Cara Buat Semakan Baki Tabung Haji Online (thijari.com.my)

Bagi pengguna yang ingin membuat semakan baki Tabung Haji online di laman web THiJARI, mereka hendaklah mendaftar Tabung Haji terlebih dahulu.

  1. Pertama sekali, sila layari laman web THiJARI di https://www.thijari.com.my/
  2. Pada halaman utama, klik pada butang Daftar.
  3. Setelah itu, Anda akan di bawa ke halaman seterusnya yang memerlukan Anda untuk mengisi maklumat peribadi.
  4. Lalu, masukkan Nombor Kad Pengenalan bersama Nombor Akaun Tabung Haji Anda di ruangan tersedia.
  5. Kemudian, klik butang Seterusnya.
  6. Sila masukkan Nombor Telefon Anda yang berdaftar di akaun Tabung Haji.
  7. Ini untuk tujuan keselamatan bagi Anda mendapatkan Kod 6-digit TAC Number.
  8. Setelah itu, tekan pada butang Seterusnya.
  9. Kemudian, sila Anda klik pada butang Mohon TAC.
  10. Setelah itu, Anda akan menerima Kod 6-digit TAC Number melalui SMS.
  11. Seterusnya, sila Anda masukkan TAC Number pada ruangan tersedia.
  12. Tahniah, Anda telah berjaya mendaftar akaun THiJARI.
  13. Seterusnya untuk melengkapkan profil, Anda diperlukan untuk melengkapkan butiran peribadi bagi pendaftaran kali pertama.
  14. Berikut maklumat yang perlu Anda isikan adalah:
    • ID Pengguna (User ID).
    • Kata Laluan (Password).
    • Pengesahan Kata Laluan (Password Verification).
    • Nama Pengguna (User Name).
    • Negeri Semasa (Current State).

Baca juga : Cara Transfer Maybank ke Tabung Haji.

B. Semakan Baki Tabung Haji Online Melalui Maybank (maybank2u.com.my)

Untuk cara membuat semakan baki Tabung Haji online melalui Maybank2u, Anda mesti telah menghubungkan Tabung Haji dengan Maybank2u.

  1. Pertama sekali, sila layari laman web rasmi Maybank2u di https://maybank2u.com.my
  2. Lalu, masukkan My Username.
  3. Kemudian, tekan butang Login.
  4. Sila tekan Yes, jika gambar dan security phrase adalah betul.
  5. Setelah itu, masukkan My Password.
  6. Kemudian, tekang butang Login.
  7. Seterusnya, sila pergi ke menu Pay & Transfer di bahagian atas.
  8. Kemudian, klik Tabung Haji.
  9. Di bahagian Transfer From, sila pilih Tabung Haji Account.
  10. Setelah itu, sila lihat baki Tabung Haji Anda di sebelah Available Balance.
  11. Selesai.

Pemindahan atau Transfer Online Antara Akaun Tabung Haji di THiJARI

Bagi Anda pelanggan Tabung Haji yang telah mendaftar akaun THiJARI, Anda boleh membuat online transfer untuk memindahkan wang ke akaun lain. Kaedahnya adalah seperti berikut:

  1. Pertama sekali, sila layari laman web THiJARI di https://www.thijari.com.my/
  2. Lalu, Login akaun THiJARI Anda.
  3. Di menu utama, sila Anda klik pada butang Kegemaran.
  4. Setelah itu, Anda perlu tambah akaun kegemaran terlebih dahulu.
  5. Kemudian, masukkan maklumat akaun kegemaran seperti yang dipinta:
    • Jenis transaksi.
    • Nombor akaun penerima.
    • Nama ringkas.
  6. Kemudian, Simpan maklumat akaun kegemaran.
  7. Seterusnya, untuk membuat online transfer antara akaun Tabung Haji, Anda perlu lembali ke halaman utama.
  8. Di menu utama, Anda klik pada butang Pindahan Simpanan TH.
  9. Di ruangan Kepada, sila pilih akaun kegemaran yang telah Anda simpan tadi.
  10. Lalu, masukkan Jumlah yang ingin Anda transfer.
  11. Kemudian, masukkan Rujukan Penerima.
  12. Lalu, klik butang Seterusnya untuk meneruskan transaksi.
  13. Kemudian, klik pada Mohon TAC bagi proses keselamatan.
  14. Setelah itu, masukkan Nombor TAC di ruangan tersedia.
  15. Seterusnya, sila sahkan transaksi Anda.
  16. Tahniah, online transfer Anda telah pun berjaya.

Baca juga : Cara Daftar Tabung Haji Melalui Maybank2u Online.

Perkhidmatan Tabung Haji yang disediakan oleh THiJARI

Pada masa ini, kami tidak perlu lagi beratur di kaunter Tabung Haji untuk menyemak atau membuat sebarang transaksi. Ini adalah salah satu perkhidmatan yang boleh dinikmati oleh pelanggan sekiranya mereka mendaftar akaun THiJARI.

  • Semak baki Tabung Haji.
  • Semak senarai transaksi untuk 6 bulan terakhir.
  • Membuat pindahan wang antara akaun Tabung Haji secara online.
  • Segala urusan berkaitan haji seperti:
    • Membuat pendaftaran haji.
    • Semak status pendaftaran haji.
    • Check tawaran haji.
    • Semak surat jadual penerbangan haji.
    • Kursus haji.
    • Rayuan haji.
  • Segala urusan berkaitan TaHa/TaHa@U.
    • Daftar kelab TaHa/TaHa@U.
    • Semak status pendaftaran.
    • E-kad keahlian.
    • Direktori dan lokasi.

Masalah Daftar dan Login THiJARI

Sekiranya proses pendaftaran ke laman web rasmi THiJARI anda gagal, Tabung Haji sedia membantu anda untuk mengatasinya.

  • Anda boleh menghubungi pihak Tabung Haji di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/hubungi-kami atau hubungi 03 – 6207 1919 dan bercakap dengan khidmat pelanggan Tabung Haji.
  • Waktu operasi: Isnin – Ahad (Kecuali hari cuti): 08:00 – 18:30.

Itulah maklumat tentang cara semakan baki Tabung Haji online yang perlu Anda ketahui.