Semakan Penyata Gaji Secara Online

Pada masa ini, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan atau mencipta perkhidmatan internet khas berkaitan e-Penyata Gaji & Laporan. e-Penyata Gaji & Laporan merupakan perkhidmatan online oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang bertujuan memberi kemudahan kepada Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk melakukan semakan, untuk mengakses, mencetak slip penyata gaji dan memuat turun (mendownload) laporan dengan mudah dan cepat.

Kehadiran e-Penyata online JANM ini juga akan menjimatkan masa, menjimatkan kos, serta menjadikan urusan lebih efisyen.

Berikut adalah senarai maklumat mengenai perkhidmatan semakan penyata gaji secara online yang akan kami cuba kongsikan dengan Anda.

semakan penyata gaji secara online

Manfaat Slip Gaji

Selain sebagai bukti penerimaan gaji, slip gaji yang diterima pekerja mempunyai beberapa kegunaan yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Berikut adalah beberapa kegunaan untuk slip gaji:

  • Sebagai rujukan semasa melamar pekerjaan baru.
  • Untuk memohon pinjaman wang.
  • Sebagai permohonan gadai janji untuk membeli rumah.
  • Mengisi maklumat persekolahan.
  • Dan lain-lain.

Baca juga : Cara Semak Status Pinjaman TEKUN Nasional.

Cara Daftar e-Penyata Gaji Online

Sebelum Anda mendaftar sistem e-Penyata Gaji & Laporan online, terdapat beberapa maklumat sokongan yang perlu Anda berikan seperti berikut:

  • No. Kad Pengenalan/No. Pasport
  • Alamat email aktif.
  • No. telefon aktif.
  • No. Gaji.

Selepas Anda memenuhi dokumen diatas, sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk cara daftar e-Penyata gaji online:

  1. Pertama sekali, sila buka laman e-Penyata Gaji & Laporan.semakan penyata gaji secara online (cara daftar)
  2. Kemudian, klik Pertama Kali Mendaftar.
  3. Lalu, skrin Pendaftaran Pengguna Baru akan dipaparkan.
  4. Sila Anda masukkan Maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang Ok.
  5. Setelah itu, sila klik Daftar Masuk.
  6. Kemudian, masukkan No KP dan Kata Laluan, lalu klik butang Daftar Masuk.
  7. Seterusnya, sila kemaskini Profil Anda, masukkan no HP/telefon dan alamat email bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.
  8. Setelah itu, pilih cara menerima notifikasi perubahan kata laluan, kemudian klik Kemaskini.semakan penyata gaji secara online (cara daftar 2)
  9. Selesai.
  10. Seterusnya, sila klik pada butang Keluar sekiranya ingin keluar dari sistem.

Baca juga : Panduan Cara Semak Status Pinjaman AIM.

Semakan Penyata Gaji Secara Online

Selepas pendaftaran berjaya, Anda kini boleh menyemak laporan gaji Anda secara online. Berikut langkah-langkah  semakan penyata gaji secara online:

  1. Pertama sekali, sila Log masuk e-Penyata Gaji & Laporan.
  2. Kemudian, klik menu Sendiri untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
  3. Setelah itu, buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang Cari.semakan penyata gaji secara online (langkah-langkah)
  4. Seterusnya, klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji. Setelah itu, Anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer Anda.
  5. Sila klik pada butang Keluar sekiranya ingin keluar dari sistem.

Aplikasi ePayslip JANM

semakan penyata gaji secara online (aplikasi aa)

Aplikasi ePayslip JANM adalah aplikasi yang dilancarkan oleh pihak JANM yang dapat Anda muat turun di Google Playstore (untuk pengguna Android) atau di App Store (untuk pengguna iPhone atau iOS) secara percuma.

Anda boleh menggunakan aplikasi ePayslip JANM untuk:

  • Muat turun (download) penyata gaji bulanan dan tahunan.
  • Bisa update atau kemaskini Profil pengguna (email dan nombor telefon).
  • Hantar maklum balas kepada JANM berkaitan sistem atau maklumat.
  • Hasilkan laporan gaji untuk permohonan pinjaman kewangan.

Cara Daftar Epayslip JANM

Sebelum Anda mendaftar, sila muat turun aplikasi ePayslip JANM terlebih dahulu. Kemudian sila pasang aplikasi pada telefon Anda.

  1. Pertama sekali, sila buka aplikasi ePayslip JANM di handphone Anda.
  2. lalu, klik Pertama Kali Mendaftar.
  3. Setelah itu, skrin Pendaftaran Pengguna Baru akan dipaparkan.
  4. Kemudian, sila masukkan No Kad Pengenalan, No Gaji, Kata Laluan dan maklumat lain yang diberi tanda * dengan betul.
  5. Selepas Anda selesai mendaftar, sekarang Anda boleh gunakan aplikasi ePayslip JANM untuk menyemak laporan gaji Anda.

Cara Semak Penyata Gaji JANM

  1. Sila buka aplikasi ePayslip JANM.
  2. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan, tekan Masuk.
  3. Seterusnya, tekan menu Sendiri untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.

Nota: Untuk melihat laporan pada telefon Anda, disyorkan untuk memasang aplikasi PDF pada telefon Anda.

itulah beberapa maklumat mengenai semakan penyata gaji secara online yang boleh kami kongsikan dengan Anda.