Semakan Penyata KWSP Online

Jika Anda sedang mencari panduan tentang semakan penyata KWSP online, maka artikel ini adalah untuk Anda.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai perkhidmatan yang memudahkan pelanggan untuk membuat transaksi kewangan mereka secara online.

Dengan i-Akaun KWSP, pelanggan boleh membuat urus niaga perbelanjaan, menyemak baki terkini/kemas kini lebih mudah dengan menggunakan telefon pintar mereka.

Sebelum ini, pelanggan perlu pergi ke pejabat KWSP yang berhampiran untuk menyemak penyata akaun KWSP mereka.

i-Account/i-Akaun KWSP mempunyai 2 jenis akaun iaitu akaun utama dan juga akaun 2. Dan wang dalam kedua-dua akaun tersebut hanya boleh dikeluarkan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Perkhidmatan i-Akaun KWSP adalah sangat praktikal, mudah, murah, selamat dan mudah yang sentiasa aktif 24 jam 7 hari. Dan di sini kami kongsikan cara untuk semakan penyata KWSP online untuk Anda.

semakan penyata kwsp online

Kelebihan Daripada i-Akaun KWSP

semakan penyata kwsp online (i-akaun)

Di bawah adalah senarai kelebihan yang ada pada sistem i-Akaun KWSP.

  1. Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun KWSP.
  2. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
  3. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
  4. Menyemak log aktiviti i-Akaun KWSP.
  5. Permohonan pengeluaran KWSP.
  6. Semak status permohonan pengeluaran.
  7. Semak maklumat berkaitan dengan nomination.
  8. Selesai.

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Online

semakan penyata kwsp online (cara daftar)

Terdapat 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara iaitu hadir ke pejabat KWSP atau melalui kaunter/kiosk KWSP lalu menghubungi KWSP 03-89226000 serta menggunakan e-mail.

Hadir Ke Pejabat/Kiosk/Kaunter KWSP

  1. Anda perlu hadir ke mana-mana kantor cawangan KWSP yang berdekatan dengan anda.
  2. Bawa bersama mykad/kad pengenalan anda.
  3. Katakan anda ingin membuat akaun (i-akaun) KWSP.
  4. Anda akan diberikan ID dan password sementara.
  5. Selepas Anda mendapat ID dan password sementara, bolehlah klik https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/ untuk login.
  6. Selepas Anda login, bolehlah isi semua maklumat yang diminta dan tukar ID serta kata laluan kepada yang baru.
  7. Selepas mempunyai i-akaun, kini anda boleh login pada bila-bila masa sahaja ke dalam sistem KWSP.
  8. Selesai.

Baca juga: Cara semak baki akaun CIMB.

Pendaftaran e-mail

Pendaftaran i-Akaun KWSP kini boleh dilakukan melalui emel. Caranya adalah seperti di bawah:

  1. Sila Anda akses borang pendaftaran https://www.kwsp.gov.my/
  2. Kemudian Isikan semua ruangan yang diperlukan di dalam borang berkenaan.
  3. Jangan lupa gunakan perisian Adobe fill and sign ini untuk memudahkan melengkapkan borang.
  4. Jika dokumen telah lengkap diisi, sila hantar ke email [email protected].
  5. Tajuk email adalah seperti berikut: Pendaftaran i-Akaun Ahli <masukkan nama anda>.
  6. Jangan lupa untuk kepilkan/ sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
  7. Dokumen yang diperlukan adalah, gambar IC anda depan dan belakang.
  8. Kemudian Swafoto / selfie bersama anda yang sedang memegang IC.
  9. Kemudian bukti pemilikan no telefon dan penyata bank akaun anda.
  10. Selesai.

KWSP kemudiannya akan memberikan maklumat ID pengguna dan kata laluan melalui SMS kepada anda.

Cara Pengaktifan i-Akaun KWSP Online

Nota: Anda dikehendaki mengaktifkan ID pengguna dan kata laluan sementara dalam tempoh 30 hari selepas anda menerima maklumat. Jika pengaktifan tidak dilakukan dalam tempoh 30 hari, anda perlu menghubungi KWSP sekali lagi untuk mendapatkan semula ID dan kata laluan sementara.

Berikut adalah langkah-langkah aktifkan i-Akaun KWSP:

  1. Buka web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my
  2. Kemudian klik menu Log Masuk/Login.
  3. Selepas itu sila masukkan ID Pengguna sementara, klik Next.
  4. Sila masukkan Password/kata laluan sementara klik Next.
  5. Baca terma dan syarat. Kemudian klik pada kotak checkbox √ Agree (Anda bersetuju) lalu klik Next.
  6. Buat ID Pengguna baharu yang mudah di ingat. Perlu diingat ID Pengguna baharu mestilah gabungan alphanumeric 8 – 16 digit. Contoh: Fahri4587
  7. Sila buat kata laluan baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan tersebut untuk pengesahan. Contoh: Aminudin1695
  8. Kemudian pilih imej online untuk keselamatan.
  9. Selepas itu sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara, klik Next.
  10. Tahniah, sekarang Anda boleh terus login ke perkhidmatan i-Akaun.
  11. Selesai.

Baca juga: Cara semak baki akaun Bank Rakyat online.

Semakan Penyata KWSP Online

Selepas Anda mempunyai akaun berdaftar di i-Akaun KWSP, untuk melakukan semakan penyata KWSP online sila Anda ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila Anda buka laman https://www.kwsp.gov.my
  2. Kemudian login ke i-Akaun KWSP.
  3. Selepas itu pilih menu My Account > Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya.
  4. Kemudian Muat turun (Download) penyata KWSP.

Maklumat Penting

Nota: Maklumat log masuk (Login) yang anda cipta adalah rahasia, jangan sampai orang lain mengetahui maklumat tersebut. Jika ia bocor, maka kemungkinan akaun anda akan digodam oleh orang lain.

Berikut tips untuk elakan kecurian maklumat login i-Akaun KWSP.

  1. Pertama, tukar/ubah kata laluan/password secara berkala.
  2. Ingat, jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan Anda melalui email, whatsapp, telegram dan telefon.
  3. Jangan Anda dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa.
  4. Selepas menyelesaikan aktiviti di i-Akaun KWSP sila logout dengan betul.
  5. Semasa anda melayari internet, jangan gunakan fungsi Remember password piranti yang digunakan untuk log masuk, maklumat Anda akan mudah dicuri oleh penggodam komputer.

Demikian maklumat yang boleh kami kongsikan tentang cara semakan penyata KWSP online. Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang cara semakan penyata KWSP online, sila Anda hubungi call center KWSP di nombor 03-89226000. Sila baca juga artikel kami yang lain tentang cara mohon kad kredit Agrobank.