BKC Bujang

Setiap orang mempunyai tanggungjawab dan masalah dalam kehidupan mereka, serta keperluan asas yang mesti dipenuhi.

Begitu juga kehidupan seseorang yang masih sendirian atau bujang, dia tidak selalu hidup dalam keadaan yang mudah apalagi di era pandemik ini.

Kewujudan bantuan BKC Bujang amat diperlukan. Ada yang mengatakan wang itu akan masuk pada penghujung Ogos 2021. Namun, sudah pun September 2021, dan masih tiada berita.

Untuk itu, marilah kami berkongsi maklumat yang kami tahu.

bkc bujang malaysia

BKC Bujang 2021 (Semakan Status & Tarikh Bayaran Masuk Online)

Terdapat beberapa maklumat tentang Bantuan BKC Bujang yang mungkin membantu Anda.

A. Jumlah Bantuan BKC Bujang 2021

Kami merujuk kepada soalan lazim mengenai Bantuan Khas untuk COVID-19 negara Malaysia dalam format PDF bertajuk Soalan Lazim PEMULIHAN BKC Bantuan Khas untuk Covid-19.

Berdasarkan kemas kini pada 1 September 2021, jumlah bantuan untuk bujang adalah seperti berikut:

Golongan Jumlah
Golongan Miskin Tegar Bujang: RM500
Golongan B40 Bujang: RM200
Golongan M40 Bujang: RM100
  • Golongan Miskin Tegar akan diberikan bantuan yang paling tinggi iaitu sebanyak RM500. Logik dan masuk akal kerana mereka ini iaitu Golongan Miskin Tegar adalah golongan bujang yang bergaji RM440 atau kurang dari itu.
  • Golongan Miskin pula adalah orang bujang yang bergaji RM750 atau kurang.
  • Manakala Golongan Berpendapatan Rendah pula bergaji RM2,000 atau kurang.

Baca juga: Cara Buat Semakan BKC.

B. Tarikh Bayaran BKC Bujang

Tarikh pembayaran BKC Bujang masih belum dimaklumkan oleh LHDN. Abaikan tarikh Ogos 2021 seperti di bawah. Kami akan mengemas kini maklumat baharu sebaik menerima maklumat daripada LHDN.

Golongan Jumlah
Golongan Miskin Tegar Bujang: RM500Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
Fasa 2: RM300 pada November 2021
Golongan B40 Bujang: RM200Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
Golongan M40 Bujang: RM100Fasa 1: RM100 bermula 6 September 2021

Nota: Bagaimanapun, tarikh sebenar belum diumumkan. LHDN akan memaklumkan Anda tentang perkara ini dari semasa ke semasa.

C. Cara Buat Semakan Status Bayaran BKC Bujang

Untuk status bujang atau berkahwin, proses semakan adalah tetap sama.

Berdasarkan Soalan Lazim PEMULIHAN Bantuan Khas BKC Covid-19 yang dikemas kini, kaedah semakan BKC akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kami mempunyai pendapat seperti di bawah:

  • Mungkin Kerajaan akan menggunakan portal bpr.hasil.gov.my untuk tujuan semakan status kelulusan dan pembayaran BKC bujang.
  • Mungkin Kerajaan akan melancarkan portal baru bkc.hasil.gov.my.
  • Mungkin juga Kerajaan akan terus buat pengkreditan ke dalam amaun penerima yang layak.

Nota: Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang maklumat baru, kami akan memberitahu Anda.

Baca juga: Cara Buat Semakan BKSS Bujang Secara Online.

D. Masa yang Diambil untuk Wang BKC Bujang Masuk ke Dalam Akaun

Oleh kerana tarikh pembayaran Bantuan Khas COVID masih belum tersedia, kami tidak boleh membuat spekulasi.

Walau bagaimanapun, ia pada dasarnya akan melalui proses seperti di bawah:

  1. Proses pertama, pihak LHDN perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu seperti Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain lagi.
  2. Proses kedua, bank-bank tadi akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun penerima.
  3. Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 1-5 hari.

Contoh proses transfer duit pembayaran BKC adalah seperti berikut:

  1. Katakan penerima adalah Tahir.
  2. Tahir guna akaun Bank Islam.
  3. Pihak LHDN akan transfer duit kesemua penerima BKC bujang yang menggunakan Bank Islam pada 31 Ogos 2021.
  4. Pihak Bank Islam terima pada hari yang sama.
  5. Pada keesokan harinya iaitu 3 September 2021, pihak Bank Islam transfer duit BKC ke akaun bank Tahir.
  6. Tahir dan kesemua penerima BKC yang menerima pembayaran melalui Bank Islam akan mendapat bayaran.
  7. Tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 3 hari sahaja.

Sila ambil perhatian bahawa perkara di atas hanyalah satu contoh. Proses sebenar mungkin mengambil masa lebih lama bergantung pada masa pemprosesan antara LHDN dan bank.

Sila Anda semak BKC dahulu untuk mengelakkan kekecewaan melalui portal MyBPR atau mungkin juga portal MyBKC.

E. Bank Penerima Bayaran BKC Bujang

Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan menyediakan wang tunai untuk tujuan pembayaran BKC.

Selepas Anda menyemak pembayaran BKC dan mengesahkan bahawa status kelulusan Anda Lulus, wang bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank yang Anda pilih mengikut tarikh pembayaran BKC yang ditetapkan.

Untuk memastikan wang tersebut benar-benar masuk, sila semak baki akaun mengikut bank:

  • Maybank.
  • BSN.
  • Bank Islam.
  • RHB Bank.
  • Ambank.
  • Agrobank.
  • Hong Leong Bank.
  • Affin Ban.
  • Bank Rakyat.
  • CIMB Bank.
  • Bank Muamalat.
  • Public Bank.
  • Alliance Bank.

Baca juga: Cara Daftar MyVac.

F. Adakah Perlu Buat Permohonan BKC Bujang?

Jika Anda layak, Anda tidak perlu memohon BKC pun. Anda masih akan menerima bantuan BKC Bujang.

  • Jika Anda adalah golongan bujang Miskin Tegar, Anda layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021.
  • Jika Anda adalah golongan bujang B40, Anda juga layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021.
  • Terakhir, jika Anda adalah golongan bujang M40 yang pernah membayar cukai sebelum ini, kelayakan Anda akan dilihat berdasarkan maklumat percukaian LHDN.

G. Ada Pertanyaan tentang Bayaran BKC?

Memandangkan tiada laman web rasmi yang dikhaskan untuk BKC tetapi hanya portal BPR, kami mengandaikan bahawa semua pertanyaan boleh dikemukakan kepada Hotline BPR di talian berikut:

  • 1800 88 2747.

Itulah tadi maklumat mengenai cara buat semakan status BKC Bujang 2021 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.