Pertukaran wang secara atas talian (online transfer) semakin mudah dan cepat dengan pengenalan DuitNow oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Dengan DuitNow, pelanggan BSN kini dapat melakukan transfer instan dengan mudah ke akaun bank lain dalam masa yang singkat. Artikel ini akan membincangkan lebih lanjut tentang kelebihan dan cara penggunaan BSN Instant Transfer menggunakan DuitNow.
BSN Instant Transfer (Transfer Duit Online Guna DuitNow)
BSN telah menyediakan cara yang cepat dan selamat untuk menghantar dan menerima wang tanpa perlu menunggu lama. Anda boleh memindahkan wang atau menghantar wang dengan lebih cepat dengan perkhidmatan DuitNow kepada penerima.
Apa Itu DuitNow
DuitNow adalah sebuah platform pembayaran atas talian yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memudahkan proses pembayaran dan pemindahan wang antara bank secara lebih pantas dan selamat.
DuitNow membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran dengan menggunakan nombor telefon bimbit atau MyKad mereka sebagai pengenal diri unik, menggantikan keperluan untuk memasukkan maklumat akaun bank penerima secara manual.
Bank Simpanan Nasional (BSN) juga telah menyertai rangkaian DuitNow ini dan menawarkan perkhidmatan Transfer Instan BSN menggunakan DuitNow kepada pelanggannya.
I. ID DuitNow
Untuk menghantar wang kepada penerima menggunakan DuitNow melalui bank BSN, Anda hanya memerlukan salah satu daripada maklumat pengenalan berikut:
- Nombor Mudah Alih.
- Kad Pengenalan.
- Nombor Pasport.
- Nombor Pendaftaran Perniagaan.
- Nombor Tentera atau Polis.
II. Manfaat DuitNow
Perkhidmatan dari DuitNow mempunyai banyak manfaat dan kelebihan sehingga ramai pelanggan bank menggunakan perkhidmatan ini.
Berikut adalah senarai beberapa kelebihan DuitNow:
- Nikmati pemindahan dana segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.
- Tidak perlu lagi mengingati nombor akaun.
- Data anda selamat dan terjamin.
- Percuma untuk Anda.
Baca juga: Cara Semak Baki Akaun BSN.
Cara Daftar DuitNow BSN
Anda boleh menggunakan perkhidmatan DuitNow selepas Anda berjaya mendaftar.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar DuitNow BSN:
- Pertama sekali, sila Anda Login ke akaun myBSN Anda.
- Kemudian, klik Manage Account > DuitNow Settings > DuitNow ID Type > Klik Register.
- Setelah itu, pilih Receiving Account daripada senarai.
- Kemudian, masukkan One-Time Password (OTP) untuk proses pengesahan.
- Seterusnya, Status ID DuitNow Anda akan dipaparkan.
Bagi Anda yang belum mempunyai akaun myBSN dan masih keliru tentang cara mendaftar, sila baca dan pelajari panduan lengkap dan mudah untuk mendaftar BSN secara online.
Baca juga: Cara Tukar Nombor Telefon BSN.
Cara Guna DuitNow BSN (BSN Instant Transfer Guna DuitNow)
Jika Anda sudah berhasil melakukan registrasi DuitNow BSN, tentunya Anda ingin mengetahui langkah-langkah cara transfer uang menggunakan DuitNow.
Panduan BSN Instant Transfer guna DuitNow bisa Anda lihat di bawah ini:
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web rasmi myBSN di https://www.bsn.com.my/
- Masukkan Username Anda.
- Kemudian, tekan butang Login.
- Setelah itu, sahkan Security Image.
- Jika Imej tersebut ialah imej yang Anda pilih semasa buat pendaftaran tempohari, sila Anda tekan butang Yes.
- Setelah itu, masukkan Password Anda.
- Lalu tekan butang Login.
- Seterusnya, jika tiada apa-apa masalah, Anda akan masuk ke dalam sistem online banking myBSN.
- Sila klik menu Transfer di menu sebelah kiri.
- Akan ada beberapa pilihan iaitu:
• Own Accounts.
• 3rd Party Account.
• Interbank Fund Transfer. - Sila Anda pilih Interbank Fund Transfer.
- Setelah itu, Anda akan berada di bahagian 1; Enter Transfer Info.
- Pada Enter Transfer Info, akan ada dua pilihan Transfer Type.
• DuitNow.
• Interbank GIRO. - Sila pastikan Anda pilih DuitNow untuk membolehkan duit diterima sepantas kilat.
- Lengkapkan yang lain-lain seperti:
• From Account.
• Transfer To.
• Id Type.
• My Favourites.
• Amount (RM).
• Recipient Reference.
• Additional Info (Optional).
– Other Details.
– Notify Via Email. - Seterusnya, Anda kini berada di bahagian 2; Transfer Confirmation.
- Sila Anda semak buat pengesahan bahawa semua maklumat pindahan wang adalah betul. Antaranya:
• Transfer Type.
• From Account.
• Beneficiary Details:
– Recipient’s Bank.
– Recipient’s Name.
– Account Number.
– Transaction Type.
• Payment Details:
– Amount (RM).
– Service Charge (RM).
– Recipient Reference.
– Other Details.
– Notify Via Email. - Seterusnya, Anda akan dapat lihat ruangan TAC.
- Sila Anda klik Request TAC untuk menerima SMS di telefon bimbit anda yang berdaftar dengan BSN.
- Setelah itu, SMS ini mengandungi nombor-nombor yang perlu dimasukkan ke dalam ruangan TAC.
- Seterusnya, masukkan Nombor TAC yang diterima melalui SMS tadi.
- Kemudian, Tick Yes, I confirm that I have read and understand for DuitNow Terms and Conditions.
- Lalu tekan butang Confirm.
- Seterusnya, Anda sekarang berada di bahagian 3; Transfer Acknowledgement.
- Anda akan dapat lihat beberapa maklumat yang terpapar di sini:
• Reference Number.
• Transaction Status (Successful).
• From Account.
• Beneficiary Details.
• Payment Details.
– Amount (RM).
– Service Charge (RM).
– Recipient Reference.
– Other Details.
– Notify Via Email.
– Balance After Transfer (RM).
– Transaction Date, Time. - Sila Anda tekan butang Print untuk simpan maklumat-maklumat ini untuk rujukan akan datang.
- Hal ini adalah penting sekiranya ada masalah duit tak masuk ke dalam akaun yang kita hantar tadi.
- Sila Anda tekan butang Add to Favourite jika ingin memudahkan urusan pindahan wang akan datang.
- Anda juga bisa tekan butang Make Another Transfer jika Anda ingin buat urusan Instant Transfer ke bank-bank yang lain.
- Selesai.
Baca juga: Syarat Mohon Kad Kredit BSN.
FAQ’s
Berikut adalah beberapa contoh soalan lazim yang ditanya oleh pelanggan bank BSN dan mengenai BSN Instant Transfer.
1. Mengapa BSN online tidak mempunyai Instant Transfer?
Jawab:Ada, tetapi BSN memang menggunakan nama yang ramai tidak tahu iaitu perkhidmatan DuitNow BSN.
2. Apa itu DuitNow ini? Apakah sama dengan Instant Tranfer?
Jawab: DuitNow ialah perkhidmatan baharu yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia yang membolehkan anda memindahkan wang ke akaun penerima. Perkhidmatan ini bukan sahaja untuk BSN, tetapi untuk semua bank di Malaysia.
Anda memerlukan ID DuitNow penerima untuk membuat pemindahan. Ini bermakna Anda boleh membuat Pindahan Segera (Instant Tranfer) dari BSN ke bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain menggunakan hanya satu daripada ID berikut:
- Nombor Kad Pengenalan.
- Nombor Telefon.
- Nombor Passport.
- Nombor Pendaftaran Perniagaan.
- Nombor Akaun.
Itulah tadi maklumat mengenai BSN Instant Transfer guna DuitNow. Jadi, dengan adanya kaedah BSN Instant Transfer menggunakan DuitNow ini, pengguna kini dapat melakukan transaksi dengan lebih mudah dan cepat.
Mari kita manfaatkan teknologi yang ada untuk menjadikan hidup kita lebih efisien dan teratur.