Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank

Bagi Anda pelanggan yang mempunyai akaun Maybank dan sudah lama tidak menggunakannya untuk transaksi dan baki dalam akaun juga sudah habis, besar kemungkinan akaun Maybank Anda akan dinyahaktifkan.

Namun, Anda tidak perlu risau, kerana akaun Maybank lama Anda yang telah dinyahaktifkan boleh diaktifkan semula.

Pada kesempatan ini, kami akan berkongsi cara aktifkan semula akaun Maybank dengan mendaftar semula Maybank2u kerana akaun tersebut tidak aktif, sudah lama tidak log masuk, atau telah disekat.

Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank

Akaun Maybank Disabled (Dorman)

Akaun Semasa Maybank akan dianggap dorman/disable jika akaun tersebut berada dalam keadaan berikut:

  • Akaun dengan Baki Kredit – tiada transaksi selama satu (1) tahun yang lalu.
  • Akaun Overdraf (OD) – tiada transaksi untuk tiga (3) bulan terakhir.

Baca juga : Cara login Maybank2u online.

Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank

Terdapat empat cara aktifkan semula akaun Maybank Anda iaitu melalui telefon dan online, melalui Facebook Maybank, menghantar e-mel kepada Maybank dan datang terus ke pejabat cawangan Maybank.

Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank Melalui Telefon dan Online

Laman Web Rasmi Maybank (Maybank2u)
Laman Web Rasmi Maybank (Maybank2u)

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan dan mendaftar semula akaun Maybank melalui telefon dan online:

  1. Pertama sekali, Anda perlu menelefon pihak perkhidmatan pelanggan Maybank. Untuk perkhidmatan pelanggan boleh dihubungi dari seluruh negeri di Malaysia. Untuk makluman Anda, perkhidmatan pelanggan Maybank beroperasi 24 jam dalam tujuh hari termasuklah hari cuti.
  2. Kemudian, cara mendaftar dan aktifkan semula Maybank2u boleh dilakukan melalui talian perkhidmatan pelanggan di 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
  3. Setelah itu, Anda perlu nyatakan masalah Anda secara terperinci.
  4. Seterusnya, pihak perkhidmatan pelanggan akan meminta beberapa maklumat bagi mengesahkan bahawa Anda adalah pemegang akaun yang sah. Maklumat yang diperlukan untuk aktifkan semula akaun Maybank adalah seperti dibawah:
    • Nama penuh pemohon.
    • Nombor Kad Pengenalan pemohon.
    • Nombor telefon pemohon.
    • Alamat semasa membuka akaun Maybank.
    • Nombor akaun pemohon.
    • Nombor kad ATM Maybank (16 digit).
  5. Kemuidan, pihak bank akan menyuruh Anda untuk Log masuk di Maybank2u untuk memastikan akaun Anda telah aktif.
  6. Seterusnya, untuk membolehkan Anda log masuk, sebagai langkah untuk aktifkan semula akaun Maybank, Anda perlu menukar semula kata laluan secara online.
  7. Seterusnya, Anda perlu klik pada laman web Maybank2u dan klik pada Forgot Login Details di bawah butang login Maybank yang baru, bukan Maybank Classic.
  8. Setelah itu, Anda perlu memilih jenis kad yang perlu Anda aktifkan seperti dibawah:
    • Debit Card (Kad Debit).
    • Credit Card (Kad Kredit).
    • Charge Card (Kad Caj).
    • Prepaid Card (Kad Prabayar).
    • Access Number (Nombor Akses).
  9. Setelah itu, Anda perlu memasukkan 16 digit nombor yang ada pada kad ATM Anda. Kemudian, masukkan PIN kad ATM dan klik Submit.
  10. Kemudian, klik pada Reset Password, sila Anda masukkan kata laluan baru.
  11. Lalu, klik pada Request OTP dan tunggu sehingga nombor OTP dihantar ke telefon Anda.
  12. Setelah itu, masukkan Nombor OTP dan kemudian klik Confirm.
  13. Akhir sekali, sila Anda Log masuk akaun Maybank2u Anda seperti biasa menggunakan kata laluan yang baru.
  14. Jika masih lagi mempunyai masalah, Anda boleh hubungi Maybank.
  15. Selesai.

Baca juga : Cara buat Maybank2u.

Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank Melalui Facebook Maybank

Akaun Facebook Rasmi Maybank
Akaun Facebook Rasmi Maybank

Anda juga boleh mencuba untuk mengaktifkan semula perbankan internet Maybank Anda melalui Facebook Maybank.

Berikut ialah langkah-langkah untuk cara aktifkan semula Maybank2u melalui Facebook Maybank:

  1. Pertama sekali, sila Log masuk akaun Facebook Anda.
  2. Lalu, cari Facebook Maybank Malaysia atau buka pautan https://www.facebook.com/Maybank?_rdc=1&_rdr
  3. Kemudian, sila hantar mesej atau PM (Private Message), bagitau maksud Anda bahawa Anda ingin aktifkan semual akaun Maybank2u Anda.
  4. Setelah itu, pihak bank akan tanya problem Anda secara detail dan akan meminta detail informasi Nama Penuh, Nombor IC dan Nombor Telefon Anda.
  5. Seterusnya, staff Maybank akan menghubungi Anda dan informasi detail lagi Nama Penuh, Nombor IC, Nombor Telefon, Nombor Account dan 16 digit Nombor Kad ATM Anda.
  6. Kemudian, pihak bank akan suruh Anda untuk Log masuk di sistem Maybank2u untuk memastikan akaun M2U Anda telah aktif.
  7. Selesai.

Baca juga : Pinjaman peribadi Maybank.

Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank Melalui Emel

  • Anda juga boleh menghantar emel ke alamat [email protected]
  • Langkah-langkahnya sama seperti di atas. Anda boleh menghubungi Maybank dan memberitahu mereka bahawa Anda ingin mengaktifkan semula Maybank2u.

Baca juga : Cara bank in duit Maybank.

Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank Melalui Cawangan Maybank

Anda juga boleh datang terus ke cawangan Maybank berhampiran dengan membawa Kad Pengenalan, Kad ATM dan Buku Simpanan. Pihak bank akan membantu Anda menyelesaikan masalah tersebut.

Itulah beberapa maklumat mengenai cara aktifkan semula akaun Maybank yang perlu Anda ketahui.