Memandangkan kemajuan teknologi, terutamanya dalam dunia perbankan, kini memasukkan wang (bank in duit) ke dalam akaun Maybank tidak lagi perlu pergi ke pejabat bank.
Pelanggan Maybank boleh memasukkan wang ke dalam akaun dengan memasukkan wang tunai ke dalam CDM (Cash Deposit Machine) atau mesin deposit tunai.
Kewujudan mesin CDM memudahkan pelanggan menjalankan pelbagai transaksi kewangan tanpa perlu ke kaunter seperti memasukkan wang ke dalam akaun sendiri atau memindahkan wang ke akaun bank lain.
Selain daripada menggunakan CDM, Anda juga boleh menggunakan beberapa perkhidmatan lain dari Maybank untuk memasukkan wang Anda ke dalam akaun Anda.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan beberapa cara yang boleh digunakan untuk memasukkan wang ke dalam akaun Maybank, sama ada secara konvensional iaitu di pejabat bank, melalui cek, melalui mesin CDM dan secara online.
Berikut adalah beberapa panduan cara bank in duit Maybank yang Anda perlu tahu.
Cara Bank In Duit Maybank (Akaun Sendiri)
Terdapat sekurang-kurangnya empat cara bank in duit Maybank Anda (akaun sendiri), sama ada secara konvensional di pejabat bank, melalui cek, melalui mesin CDM atau secara online.
A. Cara Bank In Duit Maybank Melalui Maybank2u
Kaedah ini adalah panduan untuk memasukkan wang ke dalam akaun Anda sendiri sekiranya Anda mempunyai dua atau lebih akaun Maybank.
Sekiranya Anda hanya mempunyai satu akaun, Anda boleh menggunakan kaedah lain seperti di bawah seperti melalui mesin CDM, pejabat bank atau cek.
Jika Anda ingin memindahkan ke akaun orang lain yang juga mempunyai akaun Maybank, sila lihat cara transfer duit dari Maybank ke Maybank.
- Pertama sekali, sila layari laman web rasmi perbankan Maybank Classic di https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
- Lalu, masukkan Username.
- Kemudian, masukkan Password.
- Setelah itu, klik butang Login.
- Seterusnya, Anda kini berada di Home.
- Sila Anda klik menu Accounts & Banking.
- Kemudian, di bahagian sebelah kiri, sila klik Transfers.
- Lalu, klik Own Account Transfer.
- Kemudian di bahagian Amount, masukkan amaun yang dikehendaki.
- Pada bahagian From Account, pilih akaun Maybank pertama yang anda mahu buat pindahan.
- Pada bahagian To Account, pilih akaun Maybank kedua yang mahu menerima duit pindahan tersebut.
- Kemudian, masukkan Effective Date, iaitu tarikh kuatkuasa untuk pindahan.
- Lalu, masukkan Receipt Reference untuk maklumat tambahan.
- Setelah itu, masukkan Other Payment Details jika ada, sebagai maklumat tambahan yang lain.
- Selesai.
Baca juga : Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u.
B. Cara Bank In Duit Maybank Guna Cash Deposit Machine (CDM)
Berikut adalah langkah-langkah cara bank in duit Maybank guna mesin CDM (Cash Deposit Machine):
- Pertama sekali, sila Anda pergi ke cawangan Maybank atau ke mana-mana mesin CDM yang berdekatan.
- Lalu, tekan mana-mana butang pada mesin untuk mengaktifkannya.
- Kemudian Pilih Bahasa, sama ada Bahasa Malaysia, English atau Mandarin.
- Setelah itu, Akan tertera gambar yang menerangkan kertas-kertas wang yang diterima dan akan ditolak. Sila Anda Tekan Ya.
- Lalu pada menu seterusnya, sila pilih Deposit Tunai.
- Kemudian, masukkan Nombor Akaun Penerima, iaitu nombor akaun bank Anda sendiri.
- Kemudian, tekan Ya.
- Sila semak nama dan nombor akaun yang tertera. Jika betul, masukkan wang pada slot yang telah dibuka.
- Lalu, tekan Teruskan.
- Setelah itu, mesin akan mengira jumlah wang tersebut. Kemudian, akan tertera jumlah wang yang telah dikira.
- Sekiranya betul, Anda tekan Ya. Jika salah, sila Anda tekan Tidak. Jika Anda ingin menambah lagi wang, sila Anda tekan Tambah Wang.
- Kemudian setelah Anda tekan Ya, mesin CDM akan memproses deposit Anda.
- Deposit Anda selesai.
- Sila ambil Resit.
- Prose masukkan duit Maybank Anda kini selesai.
C. Cara Bank In Duit Maybank Melalui Kaunter
Berikut adalah langkah-langkah cara bank in duit Maybank melalui kaunter:
- Sila Anda pergi ke cawangan Maybank yang terdekat dengan rumah Anda.
- Kemudian, ambil nombor giliran. Apabila giliran Anda tiba, sila pergi ke kaunter dan maklumkan kepada staf bahawa Anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri.
- Setelah itu, Anda akan diserahkan borang. Sila isi borang tersebut beserta jumlah, dan nombor akaun yang ingin dimasukkan wang tersebut, iaitu nombor akaun Anda.
- Seterusnya, sila serahkan wang Anda dan urusan Anda selesai. Kemudian, dalam tempoh yang akan dimaklumkan oleh staf tersebut, Anda akan tahu bila wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun yang ditujui.
D. Cara Bank In Duit Maybank Melalui Cek
Berikut adalah langkah-langkah cara bank in duit Maybank melalui cek:
- Pertama sekali, setelah Anda mendapat cek, semak nama penuh Anda pada cek tersebut dan pastikan jumlah pada cek adalah jumlah yang betul. Kemudian, pastikan ejaan bayaran juga adalah betul.
- Kemudian, apabila Anda yakin semuanya adalah betul, Anda boleh menulis nama Anda pada bahagian belakang cek. Pastikan nama penuh yang ditulis sama dengan bahagian hadapan cek.
- Lalu, isikan juga nombor akaun bank Anda dan nombor telefon Anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
- Setelah selesai, Anda perlu pergi ke cawangan Maybank yang terdekat untuk deposit cek Anda.
- Seterusnya, pergi ke mesin Cheque Deposit Machine. Kemudian, ikut arahan yang tertera pada skrin.
- Kemudian, pilih ‘Deposit Cek’.
- Sila masukkan nombor akaun yang tertera pada belakang cek.
- Semak nama yang tertera pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM).
- Setelah itu, masukkan cek tersebut pada slot yang dibuka setelah arahan tertera dan lampu menyala di bahagian slot.
- Sila tunggu resit Anda. Simpan resit Anda sehingga wang Anda sudah masuk ke dalam akaun.
- Seterusnya, bank akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses deposit Anda. Jika ada masalah, rujuk semula kepada bank dengan menggunakan resit yang Anda simpan.
- Urusan bank in duit Maybank Anda kini sudah selesai.
Itulah beberapa maklumat tentang cara memasukkan wang Maybank yang perlu anda ketahui, dari kaedah konvensional hinggalah cara yang lebih praktikal dan mudah tentunya.