Cara Transfer Duit Maybank Ke Maybank

Maybank (MYX: 1155), nama dagangan untuk Malayan Banking Berhad (tulisan Arab: ايبانك), digelar “Bank of the Tigers Head”, ialah rangkaian kedua terbesar bank dan kumpulan perkhidmatan kewangan Malaysia, dan beroperasi sebagai bank utama di Singapura, Indonesia dan Filipina.

Bank itu mempunyai kepentingan utama dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank dan insurans melalui anak syarikatnya Etiqa. Maybank ialah bank yang mempunyai cawangan terbanyak di Malaysia dengan lebih daripada 15 cawangan tempatan dan 10 cawangan dan pejabat di luar negara.

Maybank ialah syarikat tersenarai terbesar mengikut nilai di Bursa Saham Malaysia, dengan permodalan pasaran lebih RM 0.01 bilion pada 31 Mac 2011.

Menyimpan wang Anda di bank dianggap lebih selamat berbanding menyimpan wang di rumah. Oleh itu, banyak syarikat perbankan mampu menyimpan wang pelanggan mereka dengan selamat, termasuk Maybank.

Berurusniaga melalui Maybank Anda tidak perlu takut, kerana Maybank mempunyai sistem keselamatan berlapis.

Seiring dengan perkembangan teknologi, cara memindahkan wang kini menjadi lebih mudah. Pelanggan Maybank boleh memindahkan wang dengan mudah melalui telefon bimbit. Walaupun begitu, masih ramai pelanggan yang menggunakan kaedah pemindahan wang melalui ATM.

Disini kami kongsikan tutorial cara transfer duit Maybank ke Maybank yang boleh Anda ikuti.

cara transfer duit maybank ke maybank

Cara Transfer Duit Maybank Ke Maybank

Dikesempatan ini, terdapat tiga cara yang akan kami kongsikan kepada anda berkenaan cara transfer duit Maybank ke Maybank iaitu melalui ATM, melalui Online Maybank2u, dan melalui aplikasi Maybank My.

A. Cara Transfer Duit Maybank ke Maybank Via ATM

Cara pertama untuk menghantar wang dari Maybank ke Maybank adalah melalui ATM. ATM Maybank banyak terdapat di setiap kawasan di Malaysia, sebab itu Maybank menjadi pilihan ramai orang untuk menyimpan di sana.

Melalui ATM Maybank, anda boleh melakukan pelbagai transaksi seperti kiriman wang, deposit tunai, pengeluaran tunai dan menyemak baki simpanan.

  1. Sila masukkan kad ATM Maybank Anda.
  2. Pilih menu bahasa Malaysia.
  3. Lalu masukkan PIN.
  4. Pilih menu Lain-lain Urusniaga.
  5. Pilih menu Pindahan.
  6. Kemudian pilih Pindahan antara Bank Meps/pilih Pindahan Interbank Segera.
  7. Lalu pilih Bank Penerima.
  8. Masukkan nombor akaun penerima dan sahkan.
  9. Masukkan jumlah yang ingin Anda transfer.
  10. Ringkasan maklumat penerima akan dipaparkan. Jika betul pilih Ya.
  11. Selesai, sila ambil resit sebagai bukti transaksi.

B. Transfer Duit Maybank ke Maybank Via Maybank2u

Cara transfer duit Maybank kini boleh dilakukan secara online melalui Maybank2u. Anda mesti mempunyai akaun Maybank2u untuk anda membuat transaksi ini.

Sila ikuti langkah-langkah untuk memindahkan wang dari Maybank ke Maybank melalui Maybank2u di bawah, jika anda sudah mempunyai akaun Maybank2u:

  1. Sila buka laman web rasmi Maybank di maybank2u.com.my
  2. lalu masukkan Username dan Password.
  3. Pilih menu Transfer (Quick Link).
  4. Kemudian pilih jenis transfer New 3rd party account transfer.
  5. Lalu masukkan maklumat amount, nombor akaun penerima dan lainnya, klik Continue.
  6. Seterusnya, Request TAC (kod akan di hantar ke nombor telefon yang sudah berdaftar), kemudian klik Confirm.
  7. Jika Anda memerlukan resit, sila klik butang Print Receipt.

Baca juga: Panduan cara dapatkan penyata bank Maybank online.

C. Transfer Duit Maybank ke Maybank Via Aplikasi Maybank MY

Kini Maybank menyediakan perkhidmatan aplikasi Maybank MY yang boleh anda muat turun dari Google Playstore untuk pengguna telefon pintar Android atau di App Store untuk pengguna telefon pintar iPhone.

Cara menghantar wang dari Maybank ke Maybank menggunakan aplikasi Maybank MY mudah sahaja, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Sila muat turun (download) aplikasi Maybank MY.
  2. Kemudian sila Anda Login.
  3. Klik menu Transfer.
  4. Lalu klik Transfer to Other Account.cara transfer duit maybank ke maybank (via app)
  5. Pilih no Account Anda.
  6. kemudian klik New Transfer.
  7. Pilih Bank Penerima.cara transfer duit maybank ke maybank (via app 3)
  8. Seterusnya, masukkan nama penerima dan no akaun penerima.
  9. Kemudian klik Continue.cara transfer duit maybank ke maybank (via app 4)
  10. Masukkan jumlah wang yang ingin di transfer.
  11. Pilih transfer type > Fund Transfer.
  12. Pilih transfer mode > Instant Transfer.
  13. Seterusnya, masukkan Receipent Reference untuk rujukan dan klik Proceed.cara transfer duit maybank ke maybank (via app 5)
  14. Semak semua butiran, pastikan betul.
  15. Klik Confirm & Transfer.cara transfer duit maybank ke maybank (via app 6)
  16. Klik Approve.cara transfer duit maybank ke maybank (via app 7)
  17. Tahniah transaksi berjaya, sila download resit jika Anda perlu.cara transfer duit maybank ke maybank (via app 8)

Nota: Instant transfer, caj transaksi di bawah RM5000 adalah percuma

Baca juga: Cara transfer duit dari akaun BSN ke Maybank.

Itulah tiga cara transfer duit Maybank ke Maybank yang boleh kami kongsikan dengan Anda.