Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online

Sebagai salah satu bank terbesar di Malaysia dengan jumlah pelanggan yang sangat ramai, Maybank sentiasa melakukan inovasi untuk kemudahan pelanggannya. Salah satu inovasi yang terus dijalankan adalah dengan mempersembahkan perkhidmatan perbankan internet Maybank.

Dengan perbankan internet, pelanggan boleh membuat transaksi dengan lebih mudah dan cepat, seperti menyemak baki, memindahkan wang dan melihat penyata Bank Maybank.

Bagi Anda yang ingin mendapatkan penyata Bank Maybank, Anda boleh mengaksesnya secara online. Di sini, kami akan cuba meringkaskan cara dapatkan penyata Bank Maybank online untuk Anda.

cara dapatkan penyata bank maybank online pic

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online

Terdapat dua cara Anda boleh cuba untuk mendapatkan penyata Bank Maybank online iaitu secara online menggunakan versi lama dan versi terkini yang lebih ringkas.

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online Versi yang Lama

Anda boleh mengikuti langkah-langkah untuk mendapatkan penyata bank Maybank online menggunakan versi lama berikut:

  1. Sila lawati pautan rasmi Maybank2u https://www.maybank2u.com.my
  2. Kemudian klik Back to the classic Maybank2u.
  3. Masukkan Username akaun Anda.
  4. Lalu klik Login.
  5. Klik Yes, untuk sahkan Security Phrase.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Kemudian klik Login.
  8. Selepas Anda login, klik pada e-Bills & Statements.
  9. Klik Statements.
  10. Lalu klik Accept.
  11. Kemudian, klik Savings Account.
  12. Seterusnya, pada Select Account, sila pilih account yang ingin Anda dapatkan penyata bank.
  13. Setelah itu, pada Select Statement Date, pilih bulan berapa yang Anda inginkan.
  14. Kemudian klik Get Statement.
  15. Klik View Statement Details.
  16. Maklumat tentang penyata bank Anda akan dipaparkan secara details.
  17. Seterusnya, klik Download/Print.
  18. Selesai.

Baca juga: Panduan cara transfer duit Maybank ke Maybank.

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online Versi Baru

Untuk mencetak penyata Bank Maybank online menggunakan versi terkini, Anda mesti mempunyai akaun Maybank2u terlebih dahulu. Bagi Anda yang belum memilikinya boleh daftar dahulu. Jika Anda sudah mempunyai akaun Maybank2u, sila ikuti langkah-langkah untuk mendapatkan penyata Bank Maybank online di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi Maybank2u https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Kemudian klik Login.cara dapatkan penyata bank maybank online (versi baru 1)
  4. Klik Yes, untuk sahkan Security Phrase.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Lalu klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik titik 3 pada Savings Account-i.cara dapatkan penyata bank maybank online (versi baru 2)
  8. Akan tertera beberapa pilihan, klik View Statements.cara dapatkan penyata bank maybank online (versi baru 3)
  9. Maklumat tentang penyata bank Anda akan dipaparkan secara details.cara dapatkan penyata bank maybank online (versi baru 4)
  10. Setelah itu, Anda dapat memilih penyata bank yang Anda inginkan.
  11. Kemudian klik panah untuk muat turun penyata bank.cara dapatkan penyata bank maybank online (versi baru 5)
  12. Penyata bank akan automatik didownload.
  13. Selesai.

Sila hubungi Customer Care Hotline di 1300-88-6688(Malaysia)/+603-7844 3696 (Overseas) atau melalui email [email protected], sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Maybank.

Baca juga: Cara dapatkan penyata bank BSN online.

Itulah panduan cara dapatkan penyata Bank Maybank online yang boleh kami kongsikan dengan Anda.