Bagi Anda yang sedang mencari panduan cara dapatkan penyata bank BSN online, maka artikel ini sesuai untuk Anda. Penyata Bank ialah rekod sejarah transaksi wang masuk dan keluar dalam akaun bank.
Penyata bank digunakan secara meluas untuk memenuhi keperluan/syarat tertentu seperti permohonan pinjaman, beli rumah, pembiayaan dan lain-lain.
Bank BSN mempunyai penyata bank yang dikenali sebagai eStatement iaitu penyata akaun dalam bentuk elektronik berupa versi pdf.
BSN berusaha untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan penyata bank dalam talian/online melalui MyBSN.
Untuk Anda yang ingin mendapatkan penyata bank BSN. Berikut adalah panduan cara dapatkan penyata bank BSN online.
Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Online (PDF)
Terdapat sekurang-kurangnya 3 cara dapatkan penyata bank BSN online iaitu melalui ATM, melalui E-mel, dan secara online melalui akaun MyBSN.
A. Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Melalui Email
Cara yang pertama untuk dapatkan penyata bank BSN ialah melalui Email. Pastikan terlebih dahulu bahawa Anda telah mendaftar perkhidmatan email ini, namun jika belum berdaftar sila Anda ikuti langkah-langkah ini:
- Taip: STMT<jarak>NO KP<jarak>Alamat Email Anda hantar ke 66330.
- Contoh: STMT 145623987564 [email protected].
Nota: Apabila Anda sudah terdaftar, Anda akan menerima pengesahan SMS dari Bank BSN. Setiap bulan, penyata kad kredit Anda akan dihantar terus ke email Anda yang berdaftar.
B. Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Melalui ATM
Cara yang kedua untuk dapatkan penyata bank BSN boleh melalui ATM (untuk dapatkan penyata mini bank BSN), ikuti langkah-langkahnya:
- Pergi ke mesin ATM BSN yang berhampiran dengan Anda.
- Lalu masukkan kad ATM Anda ke slot yang disediakan.
- Kemudian pilih menu Bahasa yang Anda inginkan.
- Lalu masukkan PIN ATM akaun Anda.
- Klik pilihan YA.
- Kemudian, klik menu Penukaran PIN/Urusan Lain.
- Klik menu Penyata Mini.
- Setiap penyata mini yang dicetak akan dikenakan Caj RM0.50, klik Ya untuk meneruskan.
- Sila ambil penyata mini Anda.
- Tahniah, Anda dapatkan penyata Bank BSN Via ATM.
Baca juga: Cara transfer duit dari akaun BSN ke Maybank.
C. Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Online
Cara ketiga dapatkan penyata bank BSN bisa melalui online, sila Anda daftar BSN internet banking terlebih dahulu jika Anda tidak mempunyai akaun myBSN. Jika sudah mempunyai akaun myBSN boleh ikuti langkah-langkah cara dapatkan penyata bank BSN di bawah ini:
- Lawati pautan rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my
- Masukkan Username akaun Anda.
- Kemudian klik Login.
- Lalu klik Yes untuk sahkan Security Image.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik menu Login.
- Kemudian selepas Anda login, sila klik garis tiga di bahagian kiri atas.
- Klik menu Account Overview, kemudian klik E-Statements.
- Klik menu Account Number Anda yang berwarna biru.
- Pilih menu Statement Period (tempoh) yang Anda inginkan.
- Kemudian klik Download dan Print.
- Tahniah, Anda berjaya dapatkan penyata bank BSN online.
Demikian maklumat yang boleh kami kongsikan kepada Anda tentang cara dapatkan penyata bank BSN online, simak panduan cara dapatkan penyata bank Agrobank online.