VoLTE adalah panggilan suara pada rangkaian 4G Digi. Ya, ini bermakna panggilan suara berkualiti lebih tinggi dan masa persediaan panggilan yang lebih singkat! Dan kerana Digi tahu Anda semua tentang berbilang tugas, Anda kini boleh melayari web atau memuat turun semasa Anda sedang dalam panggilan.
Jika Anda menggunakan Digi VoLTE, panggilan suara, panggilan video dan juga menghantar mesej adalah percuma.
Dan pada kesempatan kali ini, kami akan cuba kongsikan panduan cara aktifkan VoLTE Digi untuk Anda.
Untuk maklumat, Digi bukan satu-satunya yang mempunyai VoLTE. Syarikat-syarikat telekomunikasi lain seperti U Mobile, Celcom, Maxis, dan lain-lain juga mempunyai fungsi VoLTE.
Cara Aktifkan VoLTE Digi Prepaid & Postpaid
Terdapat tiga cara aktifkan VoLTE Digi. Anda boleh aktifkan Volte Digi menggunakan aplikasi MyDigi, boleh guna iOS dan guna Android.
A. Cara Aktifkan VoLTE Digi Melalui MyDigi
VoLTE akan diaktifkan secara automatik, jika model smartphone Anda menyokong fungsi VoLTE.
Untuk semakan yang tepat, Anda boleh menggunakan aplikasi MyDigi:
- Pertama sekali, sila muat turun (download) aplikasi MyDigi di smartphone Anda.
- Kemudian, pilih pada pautan iOS mahupun Android.
- Setelah itu, sila Anda buka aplikasi MyDigi di smartphone Anda.
- Pada halaman utama, klik butang Menu di sebelah kiri atas.
- Seterusnya, klik pilihan Settings.
- Lalu klik My Subscriptions.
- Pada pilihan VoLTE, Anda boleh mengaktifkan fungsi VoLTE dengan Slide Butang ke kanan.
- Berjaya!
Nota:
-
Jika tiada pilihan VoLTE pada smartphone Anda, kemungkinan besar smartphone Anda tidak termasuk dalam senarai peranti yang disokong (No Supported Device).
-
Sila Anda check Supported Device untuk Digi VoLTE di laman web rasmi Digi.
Baca juga: Panduan cara setting APN Celcom.
B. Cara Aktifkan VoLTE Digi bagi Device iPhone
Jika Anda tidak mempunyai aplikasi MyDigi, Anda juga boleh mengaktifkannya melalui tetapan (menu Settings ) pada telefon pintar Anda.
Bagi Anda pengguna iOS, cara mengaktifkan VoLTE Digi adalah seperti berikut:
- Pertama sekali, sila tekan pada butang Settings di iOS Device yang Anda gunakan.
- Setelah itu, pilih pilihan Mobile Data.
- Pada halaman seterusnya, tekan pada butang Mobile Data Options.
- Kemudian klik pada pilihan Voice & Data di skrin Anda.
- Seterusnya, klik pada pilihan 4G dan aktifkan VoLTE.
Pernahkah Anda memasukkan PIN kad Digi yang salah sehingga simkad Digi Anda disekat? Cari kod PUK dengan membaca panduan cara untuk mendapatkan PUK Code Digi.
C. Cara Aktifkan VoLTE Digi bagi Device Android
Bagi Anda pengguna Android, cara mengaktifkan VoLTE Digi adalah seperti berikut:
- Pertama sekali, sila tekan pada butang Settings di smartphone Anda.
- Setelah itu, pilih pilihan Connections.
- Pada halaman seterusnya, tekan pada butang Mobile Networks.
- Kemudian, aktifkan VoLTE Digi Anda.
Nota:
-
Tiada sebarang bayaran/caj tambahan.
-
Jika smartphone Anda menyokong VoLTE, Anda tidak perlu membayar sebarang yuran/caj pengaktifan.
Baca juga: Panduan cara lajukan internet U mobile.
Begitu juga untuk panggilan (calls) dan menghantar SMS, ia adalah percuma. Itu panduan cara aktifkan VoLTE Digi yang boleh kami kongsikan dengan Anda.