Cara Lajukan Internet U Mobile

Mempunyai sambungan internet yang cepat dan lancar adalah impian setiap orang. Terutamanya untuk peminat permainan game online dan mereka yang suka melakukan streaming.

Bagi Anda pengguna U Mobile yang mahukan sambungan internet Anda lancar dan laju, di sini kami akan kongsikan tips cara lajukan internet U Mobile Anda.

cara lajukan internet u mobile

Cara Lajukan Internet U Mobile Melalui APN

Cara pertama Anda boleh cuba untuk mempercepatkan rangkaian internet U Mobile adalah menukar APN (Acces Point Names) pada telefon bimbit Anda.

A. U Mobile APN for Android

Untuk menukar atau menambah APN pada telefon Android Anda, ia adalah sangat mudah.

  1. Sila pergi ke menu Tetapan (Settings).
  2. Lalu pilih Rangkaian Selular (Cellular Network).
  3. Kemudian sesuaikan APN (Nama Titik Akses/Acces Point Names).
  4. Seterusnya, sila tambah/tukar U Mobile APN Anda.
  5. Selesai.

Berikut ialah tetapan APN U Mobile tercepat untuk Android:

Name U Mobile
APN my3g
Proxy Not Set
Port Not Set
Username Not Set
Password Not Set
Server Not Set
MMSC http://mms.digi.com.my/servlets/mms
MMS Proxy 10.30.5.11
MMS Port 8080
MCC 502
MNC 18
Authentication Type Not Set
APN Type default,supl,mms
APN Protocol Ipv4
APN Roaming Protocol Ipv4
Enable/Disable APN APN Enabled
Bearer Unspecified
MVNO Type None
MVNO Value Not Set

B. U Mobile APN for iOS

Untuk menukar atau menambah APN pada iPhone Anda, ia adalah sangat mudah.

  1. Sila buka iPhone Anda.
  2. Kemudian cari menu Settings.
  3. Pilih Cellular.
  4. Kemudian pilih Cellular Data Network.
  5. Sila tukar/tambah tetapan APN iPhone Anda.
  6. Selesai.

Berikut ialah tetapan APN U Mobile tercepat untuk iOS:

Cellular Data
APN my3g
Username Blank
Password Blank
LTE Setup (Optional)
APN Blank
Username Blank
Password Blank
MMS
APN my3g
Username blank
Password blank
MMSC http://10.30.3.11/servlets/mms
MMS Proxy 10.30.5.11:8080
MMS Message Size 1048576
MMS UA Prof URL blank

VPN Lajukan U Mobile Unlimited Pelan

Terdapat dua jenis aplikasi VPN untuk pakej kelajuan internet unlimited U Mobile, iaitu aplikasi Psiphon Pro dan aplikasi HSPA+Tweaker.

A. VPN Psiphon Pro Unlimited Speed

Selain menukar APN, anda juga boleh menggunakan aplikasi Psiphon Pro VPN (Virtual Private Network) untuk meningkatkan kelajuan sambungan internet U Mobile.

Anda boleh memuat turun (download) aplikasi Psiphon Pro melalui Google Play Store/AppStore secara percuma.

Untuk menggunakan Psiphon Pro adalah sangat mudah, berikut adalah langkahnya:

  1. Sila jalankan aplikasi Psiphon Pro.
  2. Kemudian pada halaman permulaan tap butang Start.
  3. Setelah itu, Psiphon Pro akan secara automatik menyambung ke server.

psiphon pro

Tunggu ikon kunci (key) muncul pada bar status telefon Anda. Seterusnya, biarkan Psiphon Pro berjalan di latar belakang semasa Anda mengakses Internet.

Nota: Jika Anda rasa sambungannya perlahan, Anda boleh memilih lokasi pelayan VPN dari negara tertentu melalui halaman tetapan atau pilihan (option).

Baca juga: Panduan cara cek baki U Mobile.

B. Aplikasi HSPA+ Tweaker

Aplikasi HSPA+Tweaker berfungsi untuk mengekalkan kestabilan rangkaian H+ dan 4G agar tidak berubah.

Anda boleh memuat turun (downloa) apl HSPA+Tweaker secara percuma melalui Google Play.

Cara menggunakan aplikasi ini cukup mudah, untuk mendapatkan kelajuan yang maksimum.

  1. Sila pergi ke Tetapan (Settings), kemudian tap butang menu di kiri atas lalu pilih Tetapan (Settings).
  2. Selepas itu, Anda hanya perlu menukar bahagian Host kepada “google.com” tanpa menaip petikan.
  3. Seterusnya, untuk mula menjalankan, tap ikon H di tengah-tengah lalu HSPA + Tweaker secara automatik akan menstabilkan rangkaian internet PING U mobile pada telefon bimbit Anda.

hspa+tweaker

Baca juga: Cara penyambungan semula Astro.

Itulah panduan cara lajukan internet U Mobile pada telefon bimbit Anda yang Anda perlu tahu.