Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, singkatan PTPTN, adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Malaysia. Agensi ini terletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Bagi Anda yang pada masa ini masih keliru tentang cara bayar PTPTN Anda. Hari ini kami akan kongsikan kepada Anda bagaimana cara pembayaran PTPTN dengan kaedah yang mudah.
Cara Bayar PTPTN (10+ Kaedah Pembayaran Mudah)
Terdapat banyak kaedah pembayaran PTPTN yang boleh Anda pilih iaitu secara online melalui CIMB, Maybank, RHB Bank, Bank Rakyat, Public Bank Berhad, FPX, melalui pelbagai aplikasi, melalui potongan gaji dan melalui potongan KWSP.
I. Cara Bayar PTPTN Melalui Bank Draf/Kiriman Wang
Cara bayar PTPTN melalui bank deraf/kiriman wang hendaklah berpalang dan dibayar atas nama ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)’. Sila poskan bayaran Anda menggunakan sampul surat dan dialamatkan kepada:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(u.p: Unit terimaan)
Peringatan: Jangan kirimkan wang tunai.
Anda mesti pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh Anda di tulis di belakang bank draf/kiriman wang.
II. Cara Bayar PTPTN Secara Online
Terdapat beberapa bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan online seperti di bawah:
- www.maybank2u.com.
- www.cimbclicks.com.my.
- www.bankislam.biz.
- www.rhb.com.my.
- www.pbebank.com.
- www.ambankgroup.com.
- www.irakyat.com.my.
- www.posonline.com.my (Bank: Hong Leong Bank, Bank Rakyat, CIMB Bank).
- epay.ptptn.gov.my (Kemudahan FPX, Bank: Hong Leong Bank, Public Bank, Bank
Islam, CIMB Bank, Maybank).
A. Cara Bayar PTPTN Melalui CIMB
Berikut adalah langkah-langkah cara bayar PTPTN melalui CIMB:
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web CIMB Bank Berhad di https://www.cimbclicks.com.my.
- Setelah itu, pastikan Anda sudah mendaftar untuk ‘cimbcliks’ yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ini kerana Anda perlu memasukkan Login ID dan Password Anda.
- Seterusnya, sila pilih ‘Pay Bills’, kemudian pada ruangan ‘To’, taipkan PTPTN, dan Anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
- Setelah itu, pastikan Anda memilih PTPTN – Bayaran balik pinjaman.
- Kemudian akan keluar ruangan untuk Anda isikan Nombor Kad Pengenalan atau I/C dan juga Nombor Telefon Anda.
- Sila Anda nyatakan Jumlah Bayaran dan Tarikh Pembayaran yang Anda ingin lakukan pada ruangan ‘Amount and When’.
- Kemudian, Anda boleh klik √ pada ruangan ‘Save a favourite’ untuk tujuan pembayaran secara berkala.
- Seterusnya, klik ‘Make Payment’.
- Selesai.
Baca juga: Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN.
B. Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank
Berikut adalah langkah-langkah cara bayar PTPTN melalui Maybank:
- Pertama sekali, sila Anda llayari laman web Maybank Berhad di http://www.maybank2u.com.my/.
- Kemudian, pastikan Anda sudah mendaftar untuk ‘maybank2u’. Ini kerana Anda juga perlu memasukkan Login ID dan Password Anda.
- Setelah itu, pilih ‘Pay’, kemudian pada ruangan ‘Pay From’, sila Anda pilih ‘Savings Account-i’.
- Pada ruangan ‘Pay To’, sila Anda pilih ‘Payee’. Kemudian pada ruangan di bawahnya, taipkan PTPTN, dan Anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
- Seterusnya, pastikan Anda memilih PTPTN -Bayaran balik pinjaman.
- Apabila Anda membuat pilihan pembayaran balik pinjaman, akan ‘pop-up’ satu skrin untuk Anda isikan ‘Amount’, ‘Borrower I.C No’, ‘Telephone No’ dan ‘Effective Date’.
- Seterusnya, sila Anda nyatakan Jumlah Bayaran dan Tarikh Pembayaran yang anda ingin lakukan.
- Kemudian, klik ‘Pay’
- Anda boleh menambah akaun pembayaran ini sebagai ‘My Favorites’ dengan klik pada ruangan ‘+ Add New Favorite’ untuk memudahkan pembayaran secara berkala.
- Selesai.
C. Cara Bayar PTPTN Melalui RHB Bank
Berikut adalah langkah-langkah cara bayar PTPTN melalui RHB Bank:
- Sila Anda layari laman web RHB Bank di https://logon.rhb.com.my.
- Lalu, masukkan Login ID dan Password Anda.
- Kemudian, pilih ‘Bill Pay’.
- Setelah itu, ‘One Time Password’ (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank.
- Setelah itu, sila Anda masukkan OTP yang telah diberikan. Kemudian, klik ‘Submit’.
- Lalu, klik ‘Other Biller’. Pilih ‘Open Payment’.
- Kemudian, klik ‘Billers’, lalu pilih ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional’, kemudian sila klik ‘Next’.
- Setelah itu, Pilih Akaun yang ingin dibuat bayaran.
- Lalu, masukkan maklumat ‘Payee’ (Nama peminjam), NRIC No’, ‘Handphone No’, dan ‘Amount’ dan kemudian klik ‘Preview’.
- Sila Anda pastikan Maklumat Bayaran adalah betul.
- Seterusnya, ‘One Time Password’ (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank.
- Sila Anda masukkan OTP tersebut dalam ruangan berkenaan. Seterusnya sila klik ‘Submit’.
- Seterusnya, Cetak Resit untuk simpanan dan bukti pembayaran.
- Selesai.
D. Cara Bayar PTPTN Melalui Bank Rakyat
Berikut adalah langkah-langkah cara bayar PTPTN melalui Bank Rakyat:
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web Bank Rakyat di https://www.irakyat.com.my dan masukkan ‘Username’ dan ‘Password’ Anda.
- Lalu, klik ‘Payment’ dan kemudian pilih ‘Bill’.
- Setelah itu, klik ‘From Account’, seterusnya pilih ‘Saving Account’.
- Kemudian Anda klik ‘Payee Type’ dan klik ‘Non-Registered’.
- Kemudian Anda pilih ‘Education Loan’, dan pilih ‘PTPTN’.
- Setelah itu, masukkan Nombor Kad Pengenalan/Nombor Pinjaman di ruangan ‘To Bill Account Number’.
- Lalu, masukkan Jumlah Bayaran.
- Sekiranya Anda ingin menjadikan bayaran ini secara berkala, klik ‘Yes’ di ruangan ‘Set this as a repeat payment’ serta isi ruangan ‘Frequency’ dan ‘Number of Payments to be Made’ seterusnya klik ‘Add’.
- Seterusnya, tandakan ‘√’ pada kotak ‘Education Loan/PTPTN’. Seterusnya Anda klik ‘Submit’.
- Pastikan Maklumat Bayaran adalah betul.
- Kemudian, klik ‘Request TAC’ bagi permintaan nombor TAC.
- Seterusnya, ‘TAC Number’ akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank.
- Lalu, masukkan ‘TAC Number’ tersebut dalam ruangan berkenaan dan klik ‘Confirm’.
- Sila Cetak Resit untuk simpanan dan bukti pembayaran.
- Selesai.
E. Cara Bayar PTPTN Melalui Public Bank Berhad
Berikut adalah langkah-langkah cara bayar PTPTN melalui Public Bank Berhad:
- Sila Anda layari laman web Public Bank Berhad di https://www.pbebank.com serta masukkan ‘Login ID’ dan ‘Password’ Anda.
- Seterusnya Anda klik ‘Payment’ dan klik ‘Bill Payment’, seterusnya Anda pilih ‘To Other Bill’.
- Anda pilih ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)’ dan kemudian klik ‘Next’.
- Sila pilih Jenis Akaun yang ada di ruangan ‘From Account’ serta masukkan ‘Amount’ (RM), Borrower NRIC Number’, dan ‘Offer Letter Number’. Kemudian Anda klik ‘Accept’.
- Sila Anda pastikan Maklumat Bayaran adalah betul.
- Kemudian, klik ‘Request PAC Number’ dan ‘PAC Number’ akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank.
- Seterusnya, masukkan ‘PAC Number’ tersebut dalam ruangan yang tersedia, kemudian Anda klik ‘Confirm’.
- Sila Cetak Resit untuk simpanan dan bukti pembayaran.
- Selesai.
F. Cara Bayar PTPTN Melalui FPX
Kaedah pembayaran PTPTN seterusnya yang boleh Anda cuba adalah melalui FPX.
Bagi memudahkan peminjam PTPTN membuat ansuran, Anda juga boleh memilih untuk membuat pembayaran melalui kaedah JomPay. Untuk menggunakan kaedah ini, Anda mestilah mempunyai ‘kod pengebilan (biller code)‘ dan ‘no rujukan (reference no)‘.
- Cara untuk mendapatkan dua (2) nombor ini adalah pertama sekali, Pertama sekali Anda perlu layari laman web www.ptptn.gov.my.
- Kemudian Anda mestilah cari ikon ‘JomPay‘.
- Lalu, masukkan nombor I/C Anda, kemudian sistem akan memaparkan ‘biller code‘ dan ‘reference number‘ untuk membuat pembayaran PTPTN Anda.
- Seterusnya, sebaik sahaja Anda mendapat dua nombor yang diperlukan, Anda boleh mengakses sistem ‘perbankan dalam talian (online banking)‘ Anda.
Sekiranya Anda ingin melakukan transaksi pembayaran balik melalui ‘Direct Debit’ berikut adalah caranya:
- Pertama sekali Anda perlu mendaftar permohonan ‘Direct Debit’ di www.ptptn.gov.my/direct_debit.html.
- Kemudian, lakukan pengesahan maklumat akaun bank di ‘PTPTN Online Payment Gateway’.
- Seterusnya, terima resit pembayaran dan cetak ‘Akuan Penerimaan Permohonan Direct Debit’.
Sekiranya Anda ingin membuat pembayaran PTPTN menggunakan FPX:
- Pertama sekali, Anda perlu layari portal PTPTN, lalu masukkan No I/C dan ‘Password’ akaun PTPTN Anda.
- Kemudian, Anda pilih Penyata Baki, kemudian ‘Scroll’ ke bawah.
- Setelah itu, Anda mesti masukkan Jumlah Bayaran yang ingin dibayar dan kemudian klik Bayar.
- Seterusnya, pilih membuat pembayaran melalui FPX atau Kad Kredit.
Sila Anda rujuk senarai bank pilihan jika membayar melalui FPX.
Berikut adalah contoh langkah-langkah, sekiranya Anda memilih untuk membuat pembayaran melalui ‘Maybank2u’:
- Sila Anda masukkan E-mel Anda.
- Kemudian, Anda ‘Login‘ ke akaun ‘Maybank2u‘ Anda.
- Seterusnya, sistem akan memasukkan ‘Bayaran FPX‘.
Sila teruskan sehingga pembayaran selesai.
G. Cara Bayar PTPTN Melalui Pelbagai Aplikasi
Kaedah pembayaran PTPTN seterusnya yang boleh Anda cuba adalah melalui permohonan secara online. Pernah mendengar tentang pembayaran melalui ‘eWallet‘, seperti Touch’n Go dan Boost? Kedua-dua kaedah pembayaran ini memerlukan Anda mempunyai aplikasi untuk menggunakan kemudahan yang ditawarkan.
Jika Anda sudah memuat turun (download) aplikasi Touch’n Go:
- Langkah pertama ialah pergi ke bahagian ‘Perkhidmatan (Services)‘ dan pilih ‘Pengebilan (Bills)‘.
- Langkah seterusnya ialah memilih Jenis Pembayaran Pinjaman.
- Kemudian, isikan Nombor Pinjaman dan Jumlah Bayaran.
- Pilih ‘Seterusnya‘ dan sistem akan meminta Anda memasukkan PIN 6 digit yang dihantar melalui nombor mudah alih yang didaftarkan ke aplikasi ini.
- Tunggu sehingga pembayaran selesai dan transaksi berjaya.
Untuk langkah pembayaran melalui aplikasi Boost:
- Pertama sekali, Anda perlu klik ikon ‘Bills & Payment’ pada bahagian ‘Do More’.
- Lalu, pilih ‘Add New Bill Account’.
- Kemudian, Anda pilih Jenis Pembayaran yang ingin Anda lakukan.
- Dalam kes ini, sila Anda pilih PTPTN.
- Langkah seterusnya, sila Anda Isikan Maklumat yang diperlukan.
- Lalu, sila masukkan 6 digit PIN Anda.
- Selesai!
III. Cara Bayar PTPTN Melalui Kaunter
Di bawah adalah senarai beberapa tempat atau kaunter yang boleh Anda lawati semasa ingin membuat pembayaran PTPTN:
- Ibu Pejabat PTPTN di Wisma Chase Perdana.
- One Stop Center PTPTN, Stesen Sentral Kuala Lumpur atau Putrajaya.
- Semua Pejabat PTPTN Negeri (PPN).
- Semua cawangan Bank Islam.
- Semua cawangan CIMB Bank.
- Semua cawangan Bank Simpanan Nasional.
- Semua cawangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.
- Semua cawangan POS Malaysia Berhad.
IV. Cara Bayar PTPTN Melalui Pemotongan Gaji
Biasanya kaedah pembayaran ini adalah untuk semua penjawat awam di mana mereka yang menerima pinjaman PTPTN diwajibkan membuat pembayaran melalui potongan gaji.
- Bagi Anda yang ingin membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji, majikan Anda hendaklah mengemukakan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang telah lengkap diisi ke Pejabat PTPTN berhampiran.
- Sebagai peminjam, Anda hendaklah mengemukakan Borang Kebenaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang telah lengkap diisi ke Pejabat PTPTN berhampiran.
- PTPTN akan mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem dan akan menyerahkan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada hujung setiap bulan (jika ada).
- Pada peringkat seterusnya, majikan akan membuat potongan gaji dan menyerahkan data potongan gaji serta bayaran kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan berikutnya. Akhir sekali, PTPTN akan mengemaskini laporan pinjaman.
Anda juga boleh membuat permohonan pembayaran PTPTN melalui pemotongan gaji secara online di https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/.
V. Cara Bayar PTPTN Melalui Pemotongan KWSP
Kaedah pembayaran PTPTN melalui potongan KWSP boleh dibuat dengan akaun peminjam sendiri atau akaun ibu bapa peminjam, melalui pengeluaran Akuan II KWSP. Sama ada pengeluaran sebahagian atau penuh daripada Akaun II KWSP untuk membayar pinjaman PTPTN.
Untuk permohonan ini, Anda mesti mempunyai i-Akaun KWSP. untuk mendaftar i-Akaun KWSP, Anda perlu mendapatkan Kod Pengaktifan i-Account (6 digit) melalui Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000, kiosk KWSP atau kaunter KWSP.
Jika Anda terfikir untuk menggunakan akaun KWSP pasangan Anda, sama ada suami atau isteri, malangnya kemudahan ini tidak tersedia.
Semakan Penyata Pinjaman PTPTN
Selepas Anda berjaya membuat pembayaran PTPTN, sudah tentu Anda ingin menyemak bayaran yang telah dibuat kan?
Untuk menyemak baki laporan pinjaman PTPTN, berikut langkahnya:
- Layari laman web www.ptptn.gov.my.
- Kemudian cari dan klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman‘.
- Masukkan Nombor I/C Anda pada ruangan yang disediakan.
- Anda perlu ‘Log masuk‘ ke akaun PTPTN Anda.
Atau Anda juga boleh mencuba kaedah mudah iaitu dengan melayari pautan http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp.
Itulah tadi maklumat mengenai cara bayar PTPTN yang boleh kami kongsikan untuk Anda.