Nombor Pinjaman PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang disingkat PTPTN, merupakan pihak berkuasa yang bertanggungjawab memberi pinjaman pelajaran kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Malaysia.

Sebagai peminjam di PTPTN, amat penting bagi kita untuk mengetahui cara mengakses portal PTPTN dan menggunakan kemudahan dalam taliannya.

Untuk menggunakan atau mengakses kemudahan di portal PTPTN ini, peminjam perlu mengetahui Nombor Pinjaman PTPTN masing-masing.

Namun, kadangkala kita terlupa Nombor Pinjaman PTPTN atas pelbagai sebab. Ia mungkin disebabkan oleh tempoh yang lama tidak membuka akaun PTPTN secara online dan tidak mengingati nombor lagi atau faktor lain.

Jika ini berlaku kepada Anda, Anda masih boleh mengetahui Nombor Pinjaman PTPTN yang terlupa menggunakan beberapa kaedah.

Dan berikut adalah langkah-langkah yang boleh Anda ikuti untuk mengetahui nombor akaun pinjaman PTPTN Anda yang terlupa.

Nombor Pinjaman PTPTN

Profil Ringkas PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Fungsi PTPTN :

  • Menguruskan pinjaman untuk tujuan pengajian tinggi dan mengutip bayaran pinjaman.
  • Menyediakan skim simpanan dan menguruskan simpanan untuk tujuan pengajian tinggi.
  • Melaksanakan fungsi-fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN mengikut undang-undang bertulis.

Visi PTPTN : Menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara di Malaysia.

Misi PTPTN : Menguruskan dana simpanan dan pinjaman secara efektif berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik.

Moto PTPTN : Peluang Kejayaan Anda.

Objektif PTPTN : Membuka peluang masa depan yang lebih cemerlang menerusi manfaat dan nilai tambah yang diperoleh daripada pendidikan tinggi.

Baca juga : Senarai 30 Syarikat Scammer di Malaysia.

Cara Semak/Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN

Berikut adalah sekurang-kurangnya lima (5) cara yang Anda boleh cuba untuk menyemak atau mengetahui Nombor Pinjaman PTPTN Anda yang terlupa.

A. Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Secara Online

Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun PTPTN Online, maka Anda boleh mencuba cara-cara berikut untuk menyemak Nombor Pinjaman PTPTN Anda secara online:

  1. Pertama sekali, sila lawati laman web rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/
  2. Lalu, sila Anda masuk menggunakan Akaun PTPTN Anda.Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Via Online (1)
  3. Kemudian, Anda pilih menu Penyata Baki.Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Via Online (2)
  4. Setelah itu, klik pada menu Pendaftaran Untuk Direct Debit.
  5. Kemudian, klik Permohonan Baharu.Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Via Online (3)
  6. Seterusnya, sila Anda klik Mohon.
  7. Selepas itu, Maklumat pinjaman akan terlihat beserta nombor pinjaman Anda.Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Via Online (4)
  8. Selesai.

B. Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui E-mail

Anda boleh mencuba kaedah berikut, jika ini kali pertama Anda mendaftar PTPTN secara manual dan masih menggunakan e-mel yang sama semasa Anda membuat akaun PTPTN buat pertama kali.

  1. Pertama sekali, sila layari laman web rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/
  2. Lalu, sila Anda pilih Terlupa Kata Laluan.Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui E-mail (1)
  3. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan.
  4. Setelah itu, Anda Tick I’m not a robot, klik Teruskan.Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui E-mail (2)
  5. Kemudian, sila buka Emel yang berdaftar di perkhidmatan PTPTN (Emel Anda yang dahulu didaftarkan semasa buat akaun PTPTN).
  6. Lalu, sila Anda buat Kata Laluan Baharu, kemudian Login.
  7. Setetelah itu, klik menu Penyata Baki.Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui E-mail (3)
  8. Kemudian, klik menu Pendaftaran Untuk Direct Debit.Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui E-mail (4)
  9. Selepas itu, Anda klik Permohonan Baharu.Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui E-mail (5)
  10. Seterusnya, akan keluar Nama dan IC Anda. Kemudian, klik Mohon.
  11. Selepas itu, Maklumat Nombor baki pinjaman PTPTN Anda akan terlihat, sila salin dan simpan nombor.Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui E-mail (6)
  12. Selesai.

Baca juga : Semakan Baki Pinjaman PTPK Online.

C. Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui Careline PTPTN

PTPTN Careline ditugaskan untuk membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah.

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Careline PTPTN untuk mendapatkan nombor PTPTN, berikut caranya:

  1. Pertama sekali, sila hubungi Careline PTPTN di nombor 03-2193 3000.
  2. Setelah itu, Anda akan diarahkan kepada Perunding Careline PTPTN.
  3. Sila maklumkan kepada Perunding Careline, Anda ingin mempunyai Nombor PIN atau Nombor pinjaman Anda.
  4. Seterusnya, Perunding Careline akan menanyakan beberapa soalan untuk pengesahan.
  5. Kemudian setelah disahkan, Perunding Careline akan memberi Anda Nombor PIN atau Nombor pinjaman.
  6. Selesai.

Baca juga: Cara Bayar PTPTN.

D. Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui WhatsApp PTPTN

Anda boleh menghubungi nombor Whatsapp PTPTN untuk mendapatkan atau mengetahui Nombor Pinjaman PTPTN Anda yang terlupa.

Nombor WhatsApp PTPTN
Nombor WhatsApp PTPTN
  1. Pertama sekali, sila Anda pilih sebuah negeri di Malaysia, seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, dll.Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui WA
  2. Selepas itu, sila Anda klik pautan WhatsApp, Anda akan disambungkan ke nombor tersebut secara automatik.
  3. Selesai.

E. Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN Melalui Mesej di Facebook

Anda juga boleh mendapatkan Nombor Pinjaman PTPTN yang terlupa melalui mesej di Facebook rasmi PTPTN.

  1. Sila layari akaun Facebook rasmi PTPTN atau klik pautan berikut https://www.facebook.com/PTPTNOfficial.
  2. Kemudian catatkan niat Anda iaitu untuk menyemak nombor pinjaman PTPTN yang terlupa.
  3. Hantar data Anda untuk semakan silang dengan data anda di PTPTN.
  4. Selepas disemak silang oleh PTPTN, Anda akan dihantar mesej yang mengandungi data nombor pinjaman PTPTN Anda.
  5. Selesai.
Semak Nombor Pinjaman PTPTN Melalui Mesej di Facebook
Semak Nombor Pinjaman PTPTN Melalui Mesej di Facebook

Itu adalah beberapa cara untuk mendapatkan Nombor Pinjaman PTPTN yang terlupa yang boleh Anda cuba.