Cara Daftar AffinSecure

Hidup dalam era digital, seperti sekarang, bukan musim lagi jika Anda ingin memindahkan wang atau transfer duit melalui ATM, apatah lagi melalui pejabat cawangan bank. Sebab, kini hampir semua bank telah mengeluarkan perkhidmatan perbankan internet (internet banking).

Affin Bank telah lama melancarkan perkhidmatan AffinSecure, tetapi masih ramai yang tidak menggunakan perkhidmatan ini kerana kekurangan maklumat yang diterima oleh pelanggan Affin Bank.

Bagi Anda yang mungkin tidak tahu tentang AffinSecure, disini kami ingin kongsikan cara daftar AffinSecure yang boleh Anda jadikan rujukan apabila ingin mendaftar AffinSecure pada masa akan datang.

Cara Daftar AffinSecure

Pengenalan AffinSecure

AffinSecure ialah aplikasi keselamatan digital yang direka untuk mengesahkan transaksi AffinOnline Anda sebanyak RM10,000 dan ke atas (atau jumlah lain yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa).

Baca juga: Cara daftar Affin bank online.

Cara Daftar AffinSecure

Anda mesti terlebih dahulu mendaftar dengan perbankan dalam talian (online banking) Affin Bank untuk dapat menggunakan AffinSecure. Kemudian, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk cara daftar AffinSecure:

  1. Pertama sekali layari pautan: https://rib.affinalways.com/retail/#!/login, untuk mendaftar AffinSecure, Anda perlu ikuti panduan dan cara daftar Affin Bank terlebih dahulu di AffinOnline.
    • Bagi Anda yang belum mempunyai akaun AffinOnline, ikuti langkah di bawah.
    • Bagi Anda yang telah mendaftar, terus ke langkah 16 di bahagian AffinSecure Registration.
  2. Pada laman web tersebut, sila scroll ke bahagian atas kanan laman dan tekan butang Personal untuk register buat kali pertama.
  3. Kemudian, pada laman seterusnya, Sila tekan butang First Time Login.
  4. Pada laman seterusnya, Anda diminta untuk memasukkan butiran kad Anda.
  5. Pada ruangan Card Number, sila masukkan nombor kad 16 digit Anda.
  6. Pada ruangan ID Type, sila pilih jenis pengenalan diri Anda. Untuk memasukkan nombor kad pengenalan (MyKad), pilih Identity Card – New sebagai ID Type.
  7. Pada ruangan ID Number, sila Anda masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  8. Pada ruangan IB PIN From ATM/Branch, sila masukkan IB PIN enam digit yang Anda peroleh di mana-mana ATM Affin Bank.
  9. Kemudian, tekan link Request TAC untuk meminta nombor TAC. Anda akan menerima SMS daripada Affin Bank yang mengandungi nombor TAC tersebut.
  10. Tekan butang Continue untuk teruskan proses dan cara daftar AffinSecure
  11. Pada laman seterusnya, pada ruangan Username dan Password, sila masukkan Username dan Password yang Anda ingin gunakan untuk akaun Anda.
  12. Kemudian, Anda tekan butang Login.
  13. Setelah itu, baca juga terma dan syarat pada butang Terms And Conditions. Kemudian, tekan butang I Accept.
  14. Jawab kuiz pada The Establish Challenge Questions & Answers untuk menyempurnakan proses pendaftaran akaun online banking
  15. Akaun AffinOnline Anda berjaya didaftar. Untuk mendaftar AffinSecure, pada laman rasmi akaun AffinOnline Anda, masuk ke Settings.
  16. Kemudian, Anda pilih AffinSecure Registration.
  17. Seterusnya, sila Anda tekan Register.
  18. Setelah itu, Anda akan menerima SMS daripada Affin Bank, yang mengandungi Token Pendaftaran 10 angka.
  19. Kemudian, download aplikasi AffinSecure di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  20. Setelah download, Anda buka aplikasi tersebut.
  21. Anda akan diminta untuk memasukkan 10-digit Registration Token. Sila Anda masukkan Token Pendaftaran yang Anda telah terima secara SMS sebentar tadi.
  22. Kemudian, tekan butang Submit.
  23. Tahniah! Pendaftaran dan pembacaan cara daftar AffinSecure kini sudah tamat. Pendaftaran Anda telah berjaya.
Laman Web Rasmi Affin Group
Laman Web Rasmi Affin Group

Baca juga: Cara login Affin bank online.

FAQ’s

Berikut ialah beberapa contoh soalan lazim yang berkaitan dengan cara daftar AffinSecure:

1. Perlukah saya menggunakan AffinSecure untuk semua transaksi?

Jawab: Tidak, verifikasi AffinSecure hanya dapat digunakan untuk transaksi RM10,000 ke atas. Transaksi di bawah RM10,000 masih dapat diotorisasi dengan SMS TAC konvensional.

2. Apakah yang berlaku jika saya tidak mengesahkan transaksi saya di AffinSecure?

Jawab: Tanpa pengesahan Anda, Anda tidak boleh membuat sebarang transaksi bernilai RM 10,000 dan ke atas.

3. Apakah jenis transaksi yang memerlukan pengesahan dengan AffinSecure?

Jawab: Pengesahan dengan AffinSecure hanya terpakai kepada transaksi berikut:

  • Pemindahan Akaun Pihak Ketiga yang Berdaftar.
  • Buka Pemindahan Akaun Pihak Ketiga.
  • Pemindahan Akaun Antara Bank yang Berdaftar.
  • Buka Pindahan Akaun Antara Bank.
  • Pemindahan Telegraf Berdaftar.
  • Pemindahan Telegraf Terbuka.
  • Pembayaran Bil Terbuka.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau masalah mengenai cara mendaftar untuk AffinSecure, sila rujuk kepada:

  • Telefon khidmat pelanggan (Customer service phone): 1 800 88 3883.
  • Email: [email protected]

Baca juga: Cara semak baki akaun Affin bank.

Panduan langkah demi langkah untuk cara daftar AffinSecure ini mempunyai manfaat untuk menyelamatkan kami daripada penipuan yang tidak kami jangkakan.