Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking

Pada masa ini, Bank Rakyat mempunyai perkhidmatan perbankan internet bernama iRakyat untuk transaksi kewangan dalam talian (transaksi online). Laman web i-Rakyat menawarkan cara yang selamat dan cepat untuk menjalankan transaksi perbankan.

Dengan iRakyat, Anda boleh menyemak baki akaun Bank Rakyat, memindahkan dana, membayar bil, membayar pinjaman dan memindahkan ke bank lain dari mana-mana dan pada bila-bila masa.

Bagi Anda pelanggan Bank Rakyat yang ingin mendaftar iRakyat secara online bagi memudahkan urusan, di sini kami kongsikan panduan cara daftar Bank Rakyat online banking untuk Anda ikuti.

Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking

Sedikit Mengenai Perbankan Online iRakyat

Perkhidmatan Perbankan Internet i-Rakyat adalah perkhidmatan baharu yang diperkenalkan oleh Bank Rakyat sebagai satu cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan melakukan transaksi kewangan dalam talian (secara online).

Hanya dengan memiliki telefon bimbit, komputer riba atau komputer serta capaian internet yang berkualiti, Anda boleh mendapat akses penuh kepada semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat melalui i-Rakyat.

Cara Daftar Bank Rakyat

Terdapat dua cara daftar Bank Rakyat online banking yang Anda boleh cuba iaitu menggunakan Kad Debit/Kad Kredit dan menggunakan Temporary ID.

Langkah Pertama Daftar Nombor Telefon dan T-PIN di mesin ATM

Langkah pertama untuk mendaftar Bank Rakyat online buat kali pertama adalah dengan mendaftarkan nombor telefon Anda melalui ATM.

Berikut adalah langkah-langkah mendaftar di ATM untuk mendapatkan T-PIN dan mengemaskini nombor telefon Bank Rakyat:

  1. Pertama, Anda mesti pergi ke mesin ATM.
  2. Kemudian, masukkan PIN ATM Anda.
  3. Lalu, tekan menu Others.
  4. Kemudian, tekan menu Internet Banking T-PIN.
  5. Seterusnya, masukkan Nombor telefon dan T-PIN.
  6. Selesai.

Baca juga : Cara Semak Baki Akaun Bank Rakyat online.

Cara Daftar Bank Rakyat Online Guna Debit Card-i/Credit Card-i

Selepas Anda mendapat T-PIN dan mengemaskini nombor telefon Bank Rakyat Anda di mesin ATM, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk cara daftar Bank Rakyat online guna Kad Debit-i/Kad Kredit-i:

  1. Pertama sekali, sila Anda lawati pautan rasmi Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
  2. Lalu klik Login > Personal Banking.
  3. Kemudian, klik Register.Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (Guna Debit dan Kredit Kad Foto 1)
  4. Setelah itu, klik I have a Bank Rakyat Kad Debit-i/Credit Card-i.Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (Guna Debit dan Kredit Kad Foto 2)
  5. Pada Card type, sila Anda pilih Jenis kad Anda.
  6. Lalu, masukkan Nombor Kad Debit-i Anda.
  7. Kemudian, masukkan Nombor Handphone yang Anda daftarkan di Bank Rakyat.
  8. Setelah itu, masukkan Nombor PIN Kad Anda (6 digit).
  9. Pada State, sila Anda pilih Negara yang Anda daftarkan Bank Rakyat.
  10. Pada Branch Name, sila Anda masukkan cawangan Bank Rakyat.
  11. Kemudian, klik Next.
  12. Sila masukkan No TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  13. Kemudian, kLik Submit.Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (Guna Debit dan Kredit Kad Foto 3)
  14. Setelah itu, masukkan Username yang Anda inginkan (Username mesti 6-20 alphanumeric).
  15. Pada New Password, sila masukkan password yang Anda inginkan.
  16. Pada Confirm New Password, Anda masukkan sekali lagi password Anda untuk di sahkan.
  17. Pada Email Address, sila Anda masukkan alamat email Anda.
  18. Pada Preferred Name, sila Anda isikan nama pilihan yang Anda inginkan (optional)Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (Guna Debit dan Kredit Kad Foto 4)
  19. Kemudian, masukkan Secure Phrase Anda.
  20. Setelah itu, pilih Warna keselamatan Anda.
  21. Seterusnya, sila baca terlebih dahulu Terma dan Syarat, jika bersetuju sila klik Accept.
  22. Seterusnya, Anda klik Submit.
  23. Tahniah, Anda berjaya daftar Bank Rakyat Online guna Kad Debit-i/Credit Card-i.

Setelah berjaya mendaftar, sila Anda coba Log masuk Bank Rakyat online untuk semak baki akaun Bank Rakyat terkini.

Cara Daftar Bank Rakyat Online Guna Temporary ID

Selain daripada menggunakan Kad Debit/Kad Kredit-i, cara daftar Bank Rakyat online banking adalah dengan menggunakan temporary ID seperti berikut:

  1. Pertama sekali, sila lawati pautan rasmi Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
  2. Kemudian, klik Login > Personal Banking.
  3. Lalu klik Register.Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (Guna Temporary IDFoto 1)
  4. Kemudian, klik I have a Bank rakyat Temporary ID.Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (Guna Temporary ID Foto 2)
  5. Setelah itu, sila masukkan Temporary ID yang Anda peroleh dari Customer Service.
  6. Lalu, masukkan kod TAC yang dihantar melalui nombor handphone Anda.
  7. Kemudian, klik Submit.
  8. Seterusnya, sila masukkan Username yang Anda inginkan (Username mesti 1-40 alphanumeric).
  9. Pada New Password, sila masukkan kata laluan yang Anda inginkan (mesti 8-20 alphanumeric)
  10. Pada Confirm New Password, Anda masukkan sekali lagi kata laluan untuk di sahkan.
  11. Pada Email Address, sila Anda masukkan alamat email Anda.
  12. Pada Preferred Name, sila isikan nama pilihan Anda (optional)Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (Guna Temporary ID Foto 3)
  13. Kemudian, masukkan Secure Phrase Anda.
  14. Setelah itu, sila pilih Warna keselamatan yang Anda ingikan.
  15. Kemuidian, sila baca Terma dan Syarat, lalu klik Accept jika bersetuju.
  16. Seterusnya, klik Submit.
  17. Tahniah, Anda berjaya daftar Bank Rakyat guna Temporary ID.

Register online banking bank-bank lain

Untuk rujukan bersama, marilah kita berkongsi panduan untuk mendaftarkan bank lain di Malaysia seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bank Rakyat, sila hubungi alamat di bawah:

Itulah sedikit maklumat mengenai cara daftar Bank Rakyat online banking yang boleh kami kongsikan.