Cara Daftar Hong Leong Bank Online

Hong Leong Bank mula beroperasi pada 1905 di Kuching, Sarawak, dengan nama Kwong Lee Mortgage & Remittance Company. Syarikat itu menyediakan pinjaman untuk keselamatan komoditi eksport seperti lada, getah dan produk asli lain. Ia juga menyediakan perkhidmatan pengiriman wang China ke luar negara kepada keluarga mereka di China Tenggara.

Pada 6 Mei 2011, Hong Leong Bank mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pemerolehan aset dan liabiliti EON Capital Bhd, menjadikan EON Bank sebahagian daripada Kumpulan Hong Leong Bank.

Dalam masa hampir 8 minggu, peletakhakan undang-undang telah dibuat di mana semua aset dan liabiliti bekas EON Bank telah dipindahkan kepada HLB. Penggabungan itu mewujudkan bank keempat terbesar di negara ini dengan saiz aset melebihi RM140 bilion, dengan jumlah 329 cawangan.

Sebagai salah sebuah bank terbesar di Malaysia, Hong Leong Bank pada masa ini mempunyai perbankan digital iaitu HLB Connect yang ditawarkan kepada pelanggan untuk memudahkan transaksi dalam talian (online). HLB Connect boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui komputer riba/komputer dan telefon pintar.

Ciri-ciri yang disediakan oleh HLB Connect sangat lengkap seperti membayar pinjaman, membayar bil air, membayar bil elektrik, memindahkan dana, top up, menyemak baki, menyemak penyata bank dan lain-lain.

Bagi Anda yang ingin mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank, di sini kami kongsikan cara daftar Hong Leong Bank online mudah untuk Anda ikuti.

cara daftar hong leong bank online

Cara Daftar Hong Leong Bank Online

Terdapat dua cara untuk mendaftar Hong Leong Bank secara online iaitu menggunakan Kad ATM/Kad Debit/Kad Kredit dan menggunakan ID Sementara (Temporary ID).

Cara Daftar Hong Leong Bank Online Guna ATM Card/Debit Card/Credit Card

Sebelum mendaftar, Anda perlu mengemas kini nombor telefon di cawangan Hong Leong Bank yang berhampiran terlebih dahulu supaya nombor TAC boleh dihantar melalui SMS.

Untuk cara daftar Hong Leong Bank online menggunakan Kad ATM/Kad Debit/Kad Kredit, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Pertama sekali, sila lawati pautan rasmi Hong Leong Bank di https://s.hongleongconnect.my
  2. Lalu, klik Register for Online Banking.cara daftar hong leong bank online (guna card)
  3. Kemudian, pilih Jenis Kad Pengenalan yang Anda inginkan.
  4. Setelah itu, pilih New IC Number, dan masukkan ID Number pada ruangan yang disediakan.
  5. Lalu, klik Next.

cara daftar hong leong bank online (guna card 2)

  1. Kemudian, masukkan Nombor TAC yang dihantar melalui SMS ketika kemaskini.
  2. Setelah itu, masukkan Nombor Kad Debit Anda.
  3. Seterusnya, masukkan Nombor PIN Kad Anda.
  4. Lalu, sila Anda masukkan Alamat Email Anda.
  5. Kemudian, sila Anda buat Nama Pengguna yang Anda ingin gunakan.
  6. Setelah itu, sila buat pula Kata Laluan yang Anda ingin gunakan.cara daftar hong leong bank online (guna card 3)
  7. Seterusnya, sila pilih Gambar Keselamatan Anda.
  8. Kemudian, sila isikan pada Create Security Question.
  9. Selesai.

Cara Daftar Hong Leong Bank Online Guna Temporary ID

Selain daripada menggunakan Kad ATM/Kad Debit/Kad Kredit Hong Leong Bank, Anda juga boleh mendaftar menggunakan ID Sementara (Temporary ID):

  1. Pertama sekali, sila Anda lawati pautan rasmi Hong Leong Bank di https://s.hongleongconnect.my
  2. Lalu, klik Register for Online Banking.cara daftar hong leong bank online (guna temporary id)
  3. Kemudian, sila Anda pilih Jenis Kad Pengenalan yang Anda inginkan.
  4. Setelah itu, pada ID Type, pilih New IC Number.
  5. Seterusnya, sila Anda masukkan ID Number pada ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, klik Next.cara daftar hong leong bank online (guna temporary id 2)
  7. Lalu, masukkan Nombor TAC yang dihantar melalui SMS ketika kemaskini.
  8. Kemudian, pada Account Number, masukkan nombor akaun bank Anda 11 digit.
  9. Setelah itu, pada Temporary ID, masukkan ID 10 digit yang Anda dapat di cawangan Hong Leong Bank.
  10. Lalu, masukkan Username yang Anda ingin gunakan.
  11. Kemudian, masukkan pula Password yang Anda inginkan.cara daftar hong leong bank online (guna temporary id 3)
  12. Setelah itu, sila Anda pilih Gambar Keselamatan Anda.
  13. Seterusnya, pada Create Security Question, sila Anda isikkan soalan keselamatan.
  14. Selesai.

Selepas berjaya mendaftar Hong Leong Bank online, Anda sudah boleh menggunakan ciri-ciri yang sedia ada. Anda boleh menyemak baki akaun Bank Hong Leong Anda untuk melihat baki terkini.

Nota: Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan HLB di 03 7626 8899.

Baca juga: Panduan cara dapatkan penyata bank Hong Leong online.

Itulah panduan tentang cara daftar Hong Leong Bank online yang kami boleh kongsikan dengan Anda.