Citibank Berhad ialah sebuah bank perdagangan berlesen yang beroperasi di Malaysia dengan ibu pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memulakan operasi perbankannya di Malaysia pada tahun 1959, Citibank Berhad telah diperbadankan secara tempatan pada tahun 1994.
Citibank mempunyai pelbagai perkhidmatan perbankan yang boleh dinikmati oleh pelanggannya, salah satunya adalah perkhidmatan perbankan internet Citibank. Dengan adanya perbankan internet, Anda akan lebih mudah menjalankan aktiviti transaksi seperti menyemak baki, pemindahan dan lain-lain.
Bagi Anda yang tidak tahu cara daftar Citibank online, disini kami kongsikan cara daftar online banking Citibank untuk Anda.
Cara Daftar Citibank Online
Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kad yang boleh digunakan untuk mendaftar Citibank secara online iaitu menggunakan Kad Debit dan ATM (Debit & ATM Card) serta menggunakan Kad Kredit (Credit Card).
A. Cara Daftar Citibank Online Menggunakan Debit & ATM Card
Cara pertama untuk mendaftar Citibank online adalah menggunakan Kad Debit & ATM (Debit & ATM Card), sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Lawati pautan rasmi Citibank https://www.citibank.com.my
- Klik Register.
- Pilih I have a Citibank Debit & ATM Card.
- Baca terlebih dahulu Terma dan Syarat.
- Klik I Agree.
- Masukkan Nombor Kad Debit/Credit Anda.
- Masukkan Nombor PIN Kad Debit/Credit Anda.
- Klik Continue.
- Lalu pada Create a User ID, masukkan User ID yang Anda ingin gunakan.
- Seterusnya pada Choose a Password, masukkan Password yang Anda inginkan.
- Kemudian pada Confirm your Password, masukkan sekali lagi kata laluan Anda.
- Klik Continue.
- Selesai.
Baca juga: Panduan cara daftar Alliance bank online.
B. Cara Daftar Citibank Online Menggunakan Credit Card
Cara seterusnya menggunakan kad kredit (Credit Card) untuk mendaftar Citibank online, ikuti langkah di bawah:
- Lawati pautan rasmi Citibank https://www.citibank.com.my
- Klik Register.
- Kemudian pilih Jenis akaun yang Anda inginkan untuk daftar.
- Pilih I have a Citibank Credit Card.
- Baca Terma dan Syarat, klik I Agree.
- Lalu pada Credit Card Number, masukkan nombor kad kredit akaun Anda.
- Masukkan CVV Number sebanyak 3 digit.
- Kemudia pada Date of Birth, masukkan tarikh lahir Anda.
- Klik Continue.
- lalu masukkan Kod OTP yang Anda dapati melalui SMS pada nombor handphone Anda yang telah didaftarkan.
- Kemudia masukkan nama pengguna yang Anda mahu pada Create a User ID.
- Seterusnya masukkan kata laluan yang Anda ingin gunakan pada Choose a Password.
- Pada kolum Confirm your Password, masukkan sekali lagi kata laluan Anda.
- Klik Continue.
- Selesai.
Baca juga: Panduan cara daftar RHB online.
Itu tadi panduan cara daftar Citibank online yang boleh kami kongsikan dengan Anda.