Cara Daftar Alliance Bank Online

Alliance Bank Malaysia Berhad ialah kumpulan perbankan yang menawarkan perkhidmatan perbankan dan kewangan melalui perbankan pengguna, perbankan perniagaan, perbankan Islam, perbankan pelaburan dan perniagaan pembrokeran saham serta unit amanah dan pengurusan aset.

Kumpulan perbankan terbabit dalam penyediaan perkhidmatan kewangan melalui anak syarikat utamanya, Alliance Bank Malaysia Berhad, Alliance Investment Bank Berhad, Alliance Investment Management Berhad dan Alliance Islamic Bank Berhad.

Ia menyediakan akses kepada pangkalan pelanggannya di seluruh negara melalui saluran penghantaran termasuk cawangan runcit, Pusat Perbankan Privilege, Pusat Perbankan Islam, Pusat Perniagaan, cawangan Bank Pelaburan, pejabat pemasaran langsung dan pejabat ejen unit amanah yang terletak di seluruh negara, serta mudah alih dan Perbankan internet.

Kini Alliance Bank telah pun mempunyai perkhidmatan perbankan internet yang dapat membantu lagi keselesaan pelanggan ketika melakukan transaksi kewangan melalui Alliance online.

Dengan Alliance online, Anda boleh menyemak baki, menyemak penyata bank, membayar bil, pemindahan dan banyak lagi menggunakan telefon pintar atau komputer Anda dari rumah.

Di sini kami akan berkongsi panduan tentang cara daftar Alliance Bank online.

cara daftar alliance bank online

Cara Daftar Alliance Bank Online

Terdapat tiga cara daftar Alliance bank online iaitu melalui ATM/Debit Card, menggunakan Kad Credit/Prepaid Card dan menggunakan Temporary ID.

A. Cara Daftar Alliance Bank Melalui ATM/Debit Card

Untuk kaedah pertama, terdapat 2 langkah yang perlu Anda lakukan untuk cara daftar Alliacne Bank online melalui Kad ATM/Cebit:

1. Pendaftaran Nombor Telefon di ATM

  1. Pergi ke mesin ATM Alliance Bank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM ke slot yang disediakan.
  3. Sila pilih Bahasa.
  4. Masukkan PIN Anda.
  5. Klik Press if Correct.
  6. Klik Other Services.cara daftar alliance bank online (atm 1)
  7. Kemudian, klik More Services.
  8. Pilih transaksi yang diperlukan, klik Internet Banking Activation Or Upgrade.
  9. Masukkan Nombor Handphone Anda untuk mengaktifkan dan bertransaksi.
  10. Klik Press if Correct.
  11. Klik Yes untuk meneruskan.cara daftar alliance bank online (atm 2)
  12. Selesai.

Baca juga: Panduan cara daftar Citibank online.

2. Cara Aktifkan Akaun Alliance Bank Online

  1. Lawati pautan rasmi Alliance Bank https://www.allianceonline.com.my
  2. Klik First Time Registration.cara daftar alliance bank online (aktifkan 1)
  3. Klik I have an Alliance Bank ATM/Debit Card.cara daftar alliance bank online (aktifkan 2)
  4. Masukkan Nombor Kad ATM/Debit Anda.
  5. Masukkan Nombor PIN ATM (6 digit)
  6. Klik Next.cara daftar alliance bank online (aktifkan 3)
  7. Masukkan T-PIN yang dihantar ke nombor handphone Anda yang berdaftar.
  8. Klik Submit.cara daftar alliance bank online (aktifkan 4)
  9. Pada Username, sila buat nama pengguna yang ingin Anda gunakan.
  10. Pada New Password, sila buat kata laluan yang Anda inginkan.
  11. Masukkan sekali lagi kata laluan pada Confirm New Password.
  12. Masukkan Alamat Email Anda.
  13. Pada Preferred Name, masukkan nama pilihan Anda.
  14. Pada Secure Phrase, masukkan frasa keselamatan Anda.
  15. Sila pilih Warna yang Anda inginkan.
  16. Baca Terma dan Syarat, klik Accept.
  17. Klik Submit.cara daftar alliance bank online (aktifkan 5)
  18. Selesai.

Baca juga: Panduan cara daftar AmBank online.

B. Cara Daftar Alliance Bank Online Guna Credit/Prepaid Card

Untuk kaedah kedua, sila Anda ikuti 2 langkah mudah untuk cara daftar Alliance Bank online menggunakan Credit/Prepaid Card:

1. Pendaftaran Nombor Telefon Credit/Prepaid Card

Sila kunjungi salah satu cawangan bank Alliance terdekat untuk mendaftar/mengemas kini nombor telefon bimbit Anda.

2. Cara Aktifkan Allianceonline

Setelah Anda mendaftarkan nombor telefon Alliance Bank Anda, sila ikuti langkah di bawah untuk mengaktifkan perbankan internet Alliance Bank.

  1. Lawati pautan rasmi Alliance Bank https://www.allianceonline.com.my
  2. Klik First Time Registration.
  3. Klik I have an Alliance Bank Credit Card.
  4. Pada Credit Card Number, masukkan nombor kredit kad Anda.
  5. Pada Credit Limit (RM), masukkan kredit limit akaun Anda.
  6. Masukkan No Kad Pengenalan Anda.
  7. Masukkan Nombor Handphone Anda.
  8. Klik Submit.cara daftar alliance bank (guna credit card)
  9. Masukkan T-PIN yang didapati dari SMS yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  10. Klik Submit.cara daftar alliance bank (guna credit card 2)
  11. Sila buat Nama Pengguna pada Username.
  12. Buat pula Kata Laluan yang Anda inginkan pada New Password.
  13. Pada Confirm New Password, masukkan sekali lagi kata laluan Anda.
  14. Masukkan Alamat Email Anda.
  15. Masukkan Nama Pilihan Anda pada Preferred Name.
  16. Masukkan Secure Phrase Anda serta pilih warna yang Anda inginkan.
  17. Baca Terma dan Syarat, klik Accept.
  18. Klik Submit.cara daftar alliance bank (guna credit card 3)
  19. Selesai.

Baca juga: Panduan cara daftar UOB online.

C. Cara Daftar Alliance Bank Online Guna Temporary ID

Untuk kaedah yang ketiga, jika Anda daftar menggunakan Temporary, ada 3 langkah cara daftar Alliance Bank online melalui Temporary ID:

1. Pendaftaran Nombor Handphone Untuk Temporary ID

Anda mesti daftarkan nombor telefon Anda di cawangan Alliance Bank terdekat.

2. Cara Dapatkan Temporary ID

Anda mesti siapkan kad pengenalan untuk proses pengesahan, kemudian:

  1. Hubungi Contact Centre di 03-5516-9988.
  2. Minta ID sementara dan T-PIN.
  3. T-PIN akan diterima di nombor handphone Anda yang telah disahkan.

3. Cara Aktifkan Akaun Temporary ID

Selepas anda mendapat ID sementara dan T-PIN, sila aktifkan akaun Allianceonline Anda dengan segera dengan cara berikut:

  1. Lawati pautan rasmi Alliance Bank https://www.allianceonline.com.my
  2. Klik First Time Registration.
  3. Klik I do not have any Alliance Bank cards. I will register via Temporary ID.
  4. Masukkan Nombor Temporary ID.
  5. Masukkan T-PIN yang Anda dapati dari SMS.
  6. Klik Submit.cara daftar alliance bank (guna temporary id)
  7. Seterusnya, masukkan Nama Pengguna yang sudah Anda buat pada Username.
  8. Masukkan Kata Laluan yang Anda inginkan pada New Password.
  9. Masukkan sekali lagi kata laluan Anda, pada Confirm New Password.
  10. Sila buat Secure Phrase serta pilih Warna yang Anda mau.
  11. Baca Terma dan Syarat, klik Accept.
  12. Klik Submit.cara daftar alliance bank (guna temporary id 2)
  13. Selesai, untuk cara daftar Alliance Bank online melalui Temporary ID.

Nota: Sila hubungi Contact Center di 03-5516-9988, jika ada sebarang pertanyaan mengenai Alliance Bank.

Itulah panduan langkah demi langkah tentang cara daftar Alliance Bank online yang boleh kami kongsikan dengan Anda.