Cara Daftar UOB Online

Bagi Anda pelanggan UOB yang mungkin keliru tentang cara daftar UOB online, maka artikel kami kali ini sesuai dengan tujuan Anda.

Sebagai salah satu bank terbesar di Malaysia, UOB menyediakan perkhidmatan perbankan komersial dan korporat, perkhidmatan kewangan peribadi, perbankan swasta dan perkhidmatan pengurusan aset, serta perkhidmatan kewangan korporat, modal teroka, pelaburan dan Insurans.

UOB juga menawarkan pelbagai produk perbankan seperti saving account, loan, fixed deposit, credit card dan lain-lain.

Selain menawarkan pelbagai produk, UOB turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggannya untuk memudahkan transaksi kewangan terutamanya secara online melalui akaun bank UOB online.

Bagi Anda yang belum ada dan ingin membuat akaun bank online UOB, di kesempatan ini kami akan cuba berkongsi panduan cara daftar UOB online dengan Anda.

cara daftar uob online

Cara Daftar UOB Online

Sila ikuti panduan cara daftar UOB online yang telah kami susun di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi UOB https://pib.uob.com.my
  2. Atau Anda juga boleh mendaftar melalui aplikasi UOB Mighty.
  3. Klik Register Now.
  4. Pada Identitfication Number Type, sila pilih jenis kad pengenalan Anda.
  5. Pada Identification Number, masukkan nombor kad pengenalan.
  6. Pada ID Issuing Country, pilih negara Anda.
  7. Masukkan Alamat Email Anda.cara daftar uob online (1)
  8. Masukkan Tarikh Lahir Anda.
  9. Pada Introducer details & Introducer Branch (optional).
  10. Baca Terma dan Syarat terlebih dahulu.
  11. Klik Checkbox.
  12. Kemudian, klik Next.cara daftar uob online (2)
  13. Sila sahkan 4 digit terakhir nombor handphone Anda yang didaftarkan dengan UOB.
  14. Klik Next.
  15. Masukkan Kod OTP 6 digits yang dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS.
  16. Klik Next.cara daftar uob online (3)
  17. Masukkan Nombor kad Debit/Credit Anda.
  18. Kemudian, masukkan Nombor PIN Kad ATM Anda.
  19. Klik Next.cara daftar uob online (4)
  20. Sila buat nama pengguna yang Anda inginkan pada Username.
  21. Buat pula kata laluan Anda pada Create Password.
  22. Pada Confirm Password, masukkan sekali kata laluan Anda.
  23. Klik Register.cara daftar uob online (5)
  24. Tahniah, daftar UOB Anda berjaya.
  25. Selesai.

Baca juga: Panduan cara daftar AmBank online.

FAQ’s

Berikut adalah contoh beberapa soalan lazim mengenai UOB:

1. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan akses penuh, apabila meminta UOB menggunakan aplikasi?

Jawab: Anda mesti melengkapkan borang kemas kini maklumat dan menghantar salinan asal kepada UOB.

2. Apakah itu OTP dan bagaimana saya meminta SMS-OTP?

Jawab: One Time Password atau OTP ialah satu lapisan keselamatan semasa transaksi perbankan dalam talian. OTP telah mula digunakan secara meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana perbankan digital dan transaksi kewangan digital lain telah semakin meluas.

Nombor telefon Anda mesti didaftarkan dengan UOB untuk menerima SMS-OTP. Untuk meminta SMS-OTP, sila klik Request TAC semasa membuat transaksi online.

3. Bolehkah saya menukar nama pengguna dan kata laluan saya?

Jawab: Untuk nama pengguna Anda tidak dibenarkan menukarnya, tetapi untuk kata laluan anda dibenarkan menukarnya selepas Anda login ke akaun UOB Anda.

Baca juga: Cara daftar Alliance bank online.

Nota : Hubungi Call Center UOB di 03-26128121, jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang UOB.

Itu adalah langkah-langkah cara daftar UOB online yang boleh kami kongsikan dengan Anda.