Cara Daftar GrabFood Merchant

Bagi Anda yang mempunyai perniagaan menjual makanan, berikut adalah cara daftar GrabFood Merchant untuk kedai dan restoran Anda supaya Anda boleh menambah bilangan pelanggan dan meningkatkan pusing ganti jualan Anda.

Pengusaha kuliner kini bukan sahaja boleh memperoleh pendapatan daripada pengunjung yang menjamu selera, malah melalui perkhidmatan penghantaran makanan yang merupakan salah satu perkhidmatan syarikat teksi motosikal dalam talian termasuk Grab.

Perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan Grab iaitu GrabFood bukan sahaja memudahkan pengguna membuat tempahan makanan, malah memberi manfaat kepada usahawan masakan.

Cara daftar GrabFood Merchant juga agak mudah, kerana ia boleh dilakukan secara online. Selain itu, usahawan masakan boleh mendaftar perniagaan mereka di GrabFood secara percuma.

cara daftar grabfood merchant malaysia (pict)

 

Apa Itu GrabFood?

GrabFood ialah sebuah syarikat penghantaran makanan yang berpangkalan di Singapura yang beroperasi sebagai anak syarikat Grab.

Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2015.

Di bawah syarikat Grab yang menjalankan perkhidmatan e-hailing, GrabFood menghantar makanan melalui pemandunya kepada pelanggan secara langsung di depan pintu mereka berdasarkan alamat yang diberikan oleh pemesan.

Di Malaysia GrabFood bekerjasama dengan pelbagai restoran, gerai makanan, warung, dan kedai makanan segera seperti McDonalds dan KFC untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan melalui laman web Grab atau aplikasi Grab.

Apa Itu GrabFood Merchant?

GrabFoodMerchant membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana untuk mendigitalkan sepenuhnya operasi mereka, menerima pembayaran digital melalui OVO, dan mengakses ciri yang boleh mengoptimumkan perniagaan dalam talian (secara online) mereka.

Jika Anda mempunyai perniagaan yang menjual makanan seperti gerai makan, serta kedai makanan segera dan restoran, Anda boleh mendaftar untuk menjadi rakan kongsi GrabFood (Grabfood Merchant).

Jika Anda telah mendaftar sebagai GrabFood Merchant, Anda boleh menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli makanan dan minuman di kedai Anda, tanpa perlu pelanggan pergi ke lokasi Anda berniaga atau menjual.

Anda boleh menambah pelanggan pada perniagaan Anda secara maya (virtual), sambil meningkatkan hasil untuk perniagaan Anda.

Syarat Kelayakan GrabFood Merchant

Di laman web rasmi Grab, tidak dinyatakan secara khusus apakah keperluan seseorang untuk menjadi GrabFood Merchant.

Walau bagaimanapun, daripada beberapa maklumat yang kami kumpulkan, kami dapat melihat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu kami sediakan dan lakukan sebelum sesebuah restoran boleh menjadi GrabFood Merchant.

  • Warganegara Malaysia.
  • Restoran atau kedai makan berada di Malaysia.
  • Jualan juga di Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai syarikat yang masih aktif.
  • Mempunyai nombor pendaftaran syarikat.
  • Jenis syarikat termasuk:
    • Milikan Tunggal (Enterprise).
    • Partnership (Perkongsian PLT).
    • Sdn Bhd.
  • Mempunyai akaun bank untuk terima pembayaran dari Grab.
  • Mempunyai minimum 1 outlet (Tidak dinyatakan minimum outlet, cuma kami beranggapan 1).

Baca juga : Cara daftar GrabFood Rider.

Sila rujuk Grab untuk syarat-syarat tertentu mengenai syarat-syarat pendaftaran GrabFood Merchant.

Laman Rasmi Grab (GrabFood Merchant)
Laman Rasmi Grab (GrabFood Merchant)

Lokasi GrabFood Merchant

Berikut adalah beberapa lokasi di Malaysia yang sesuai untuk bekerjasama dengan GrabFood:

  • Alor Setar
  • Batu Pahat
  • Bintulu
  • Ipoh
  • Johor Bahru
  • Kangar
  • Kemaman
  • Kluang
  • Kota Bharu
  • Kota Kinabalu
  • Kuala Terengganu
  • Kuantan
  • Selangor & Kuala Lumpur (GrabFood Merchant untuk Klang Valley)
  • Kuching
  • Labuan
  • Lahad Datu
  • Langkawi
  • Melaka
  • Miri
  • Muar
  • Negeri Sembilan
  • Nilai
  • Pulau Pinang
  • Penang
  • Perak
  • Port Dickson
  • Putrajaya
  • Sandakan
  • Sepang
  • Seremban
  • Sibu
  • Sungai Petani
  • Tawau

Baca juga : Cara daftar Shopee Express Rider.

Cara Daftar GrabFood Merchant

Berikut merupakan langkah-langkah cara daftar GrabFood Merchant untuk kedai makan dan restoran:

  1. Pertama sekali, sila layari laman web https://www.grab.com/my/ untuk ke laman web rasmi Grab.
  2. Lalu, pada bahagian atas skrin Anda, sila tekan pada Be Our Partner.
  3. Kemudian, Drop-down menu akan tertera. Anda tekan Food Merchant.
  4. Setelah itu, pada laman seterusnya, akan tertera beberapa ruangan untuk Anda isikan.
  5. Kemudian, pada ruangan Restaurant Name, sila masukkan nama penuh restoran/kedai makan/gerai/warung Anda.
  6. Pada First Name, Anda masukkan nama pertama/panggilan Anda.
  7. Pada Last Name, sila masukkan nama keluarga Anda. (Untuk Anda yang beragama Islam, Anda boleh gunakan kedua-dua nama Anda seperti Ahmad Amin Bin Abdullah, di mana gunakan Ahmad pada First Name dan Amin pada Last Name, atau sekiranya nama Anda adalah seperti Maman Bin Rahim, gunakan nama Maman untuk kedua-dua First Name dan Last Name.
  8. Pada ruangan untuk Restaurant Address, sila masukkan alamat penuh restoran/kedai makan/gerai/warung Anda.
  9. Pada ruangan City, Anda masukkan nama bandar tempat anda menjalankan perniagaan Anda.
  10. Pada ruangan Postal Code, sila Anda masukkan juga poskod untuk tempat Anda menjalankan perniagaan Anda.
  11. Pada State, sila Anda pilih negeri yang tertera untuk tempat Anda beroperasi.
  12. Pada ruangan Facebook Page/Company Website, Anda masukkan sekiranya ada, laman Facebook rasmi atau laman web rasmi untuk perniagaan Anda.
  13. Pada Business Type, sila Anda pilih jenis perniagaan Anda untuk daftar GrabFood Merchant.
  14. Seterusnya, pilihan adalah sama ada Sole Proprietorship untuk perniagaan milikan tunggal, Partnership untuk perniagaan perkongsian, atau Company sekiranya perniagaan Anda adalah sebuah syarikat.
  15. Pada ruangan Company Name (SSM), sila masukkan nama perniagaan Anda mengikut pendaftaran Anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  16. Pada ruangan Company Registration Number (SSM), sila Anda masukkan nombor pendaftaran perniagaan Anda, juga mengikut pendaftaran Anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  17. Pada ruangan Number of Outlets, Anda masukkan jumlah cawangan perniagaan Anda yang masih aktif.
  18. Kemudian, pada ruangan Do you have in-house delivery services?, sila Anda pilih sama ada Yes atau No, untuk mengesahkan sama ada perniagaan Anda mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan tersendiri dan tidak menggunakan pihak ketiga untuk melakukan penghantaran.
  19. Kemudian, sila Tick pada kotak reCaptcha.
  20. Kemudian, sila Anda tekan butang Submit.
  21. Tahniah! Pendaftaran Anda berjaya.

Baca juga : Cara aktifkan grabPay.

Selepas Daftar GrabFood Merchant

Laman Rasmi Grab (GrabFood Merchant Faq's))
Laman Rasmi Grab (GrabFood Merchant Faq’s))

Selepas Anda selesai mendaftar, Grab akan menghubungi Anda untuk langkah-langkah seterusnya untuk melengkapkan pendaftaran Anda.

Antaranya ialah Anda akan diminta menyerahkan menu terkini dan lengkap perniagaan Anda, serta menandatangani kontrak kerjasama dengan Grab.

Selepas itu, Grab akan berkongsi maklumat tentang perniagaan Anda di laman web mereka.

Anda juga akan menerima tablet daripada Grab untuk keperluan atau kemudahan transaksi perniagaan Anda.

Sekiranya selepas selesai pendaftaran Anda masih tidak menerima panggilan daripada Grab, Anda boleh menghubungi mereka untuk mengetahui status permohonan Anda di sini.

Itulah beberapa maklumat tentang syarat dan cara daftar Grabfood Merchant yang boleh kami kongsikan dengan Anda.