Cara Daftar i-Akaun Melalui Email

Cara daftar i-Akaun melalui email sebenarnya lebih mudah dan cepat. Sedikit berbeza dengan mendaftar untuk i-Akaun KWSP melalui kiosk atau mendaftar untuk i-Akaun KWSP secara online.

Anda tidak boleh terus log masuk (login). Ini kerana Anda perlu menunggu pengesahan terlebih dahulu daripada KWSP.

Di bawah ini, kami akan cuba berkongsi dengan Anda cara daftar i-Akaun melalui email yang boleh Anda ikuti.

Cara Daftar i-Akaun Melalui Email

Apa itu KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia ialah satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada 1991 untuk membantu menjimatkan wang untuk persaraan.

Atas sebab ini, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum kepada simpanan sendiri.

Bukan sahaja menyimpan untuk hari tua, wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunakan dalam perkara-perkara tertentu seperti berikut:

  • Membeli Rumah / Hartanah.
  • Mengurangkan Pinjaman Perumahan.
  • Menyelesaikan Pinjaman Pendidikan.
  • Menerima Rawatan Kesihatan di Institusi Perubatan Dalam Negara.

Apa itu i-Akaun?

i-Akaun ialah sistem aplikasi online untuk akaun KWSP Ahli atau Majikan.

Dengan memiliki akaun di i-Akaun KWSP, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian (online) yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mereka boleh mengakses i-Akaun mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa yang mempunyai akses internet pada peranti mudah alih mereka atau pada komputer.

Baca juga: Cara Daftar i-Akaun KWSP.

Cara Daftar i-Akaun Melalui Email ([email protected])

Pastikan nombor yang Anda gunakan untuk mendaftar masih aktif, kemudian ikuti panduan cara daftar i-Akaun melalui email di [email protected]

Laman Web Rasmi KWSP (iakaundaftar)
Laman Web Rasmi KWSP (iakaundaftar)

Pastikan Update Nombor Telefon Sebelum Daftar i-Akaun

Sila pastikan nombor telefon Anda aktif dan boleh dihubungi. Ini kerana kata laluan sementara (password) dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon semasa proses pendaftaran.

Cara Daftar i-Akaun Melalui Email

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar i-Akaun melalui email yang perlu Anda ikuti:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Kemudian sila Anda klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”.
  3. Setelah itu, secara automatik, borang akan dimuat turun.
  4. Jika tidak, sila Anda klik sini untuk muat turun borang.
  5. Seterusnya, lengkapkan dokumen Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui E-mel.
  6. Sila Anda rujuk Panduan Mengisi Borang Permohonan Pendaftaran i-Aakaun (Ahli) Melalui E-mel.
  7. Setelah siap mengisi borang permohonan dengan lengkap, sila Anda scan dan sertakan dokumen sokongan seperti:
    Salinan kad pengenalan Anda depan dan belakang.
    Gambar selfie dengan kad pengenalan Anda.
    Bukti pemilikan nombor telefon Anda seperti bil bulanan telefon, resit depost dan lain-lain lagi.
    • Jika Anda guna prepaid, sila ambil gambar penyata nombor telefon yang tertera nama ahli.
    • Anda boleh screenshot dengan login mana-mana app seperti Digi, Maxis, U Mobile dan Celcom.
    • Salinan penyata akaun bank Anda yang terkini.
  8. Seterusnya, penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada [email protected]
  9. Kemudian, jika pengesahan akaun berjaya, ahli akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara melalui SMS.
  10. Ini adalah penting untuk mengaktifkan i-Akaun KWSP ahli.
  11. Seterusnya, pastikan tukar Kata Laluan Sementara dengan Kata Laluan Baharu.
  12. Selesai.
Laman Web Rasmi KWSP
Laman Web Rasmi KWSP

Kami mengesyorkan agar Anda semua mendaftar i-Akaun, ini kerana ia akan memudahkan segala urusan berkaitan KWSP pada masa hadapan. Bukan sahaja untuk permohonan i-Sinar atau i-Lestari KWSP. Masih banyak lagi yang boleh kita lakukan seperti semak baki dan lain-lain.

Semoga perkongsian cara daftar i-Akaun melalui email akan memudahkan urusan pendaftaran Anda. Terima kasih