Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia memperkenalkan i-Akaun bagi membolehkan ahli dan majikan berniaga secara dalam talian tanpa perlu ke pejabat KWSP.
i-Akaun telah diperkenalkan pada tahun 2014. Ahli KWSP dinasihatkan untuk memiliki i-Akaun untuk mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun KWSP secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Bagi pengguna i-Akaun KWSP kali pertama, mereka perlu mendaftar di cawangan KWSP atau Kiosk KWSP untuk membuat aplikasi dan kemudian mengaktifkan i-Akaun. Selepas mendaftar, pengguna hendaklah mengaktifkan i-Akaun dalam tempoh 30 hari.
Bagi Anda yang berminat untuk mendaftar perkhidmatan i-Akaun KWSP, berikut kami ringkaskan panduan cara daftar i-Akaun KWSP yang mudah untuk Anda ikuti.
Apa itu KWSP?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia ialah satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada 1991 untuk membantu menjimatkan wang untuk persaraan.
Atas sebab ini, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum kepada simpanan sendiri.
Bukan sahaja menyimpan untuk hari tua, wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunakan dalam perkara-perkara tertentu seperti berikut:
- Membeli Rumah / Hartanah.
- Mengurangkan Pinjaman Perumahan.
- Menyelesaikan Pinjaman Pendidikan.
- Menerima Rawatan Kesihatan di Institusi Perubatan Dalam Negara.
Kelebihan Menjadi Ahli KWSP
Selain dapat membantu kita lebih berdisiplin dalam membuat simpanan persaraan hari tua, antara kelebihan menjadi ahli KWSP adalah seperti berikut:
- Pelaburan yang Dijamin : Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, kadar dividen terjamin minimum ialah 2.5% setahun daripada simpanan ahli. Oleh itu, dalam apa jua keadaan, ahli tidak dijamin untuk menerima kadar dividen minimum.
- Bantuan Orang Kurang Upaya : Geran berjumlah RM5,000 dibayar kepada ahli yang layak yang telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya.
- Pendaftaran Haji : Ahli KWSP berhak mendaftar haji KWSP dengan mengemukakan Penyata Ahli KWSP. Ahli KWSP yang sebelum ini telah mendaftar haji dengan prosedur Agensi Tabung Haji (LTH) boleh menukarnya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa mengubah tarikh saf haji yang telah diberikan.
- Bantuan Kematian Bagi Waris : Bantuan RM2,500 dibayar kepada tanggungan atau waris ahli (mengikut budi bicara KWSP), apabila Panggilan Balik Kematian dibuat.
- Bebas cukai : Caruman KWSP menerima pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM4,000 tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans hayat).
Nota : KWSP bukan sahaja untuk majikan dan pekerja tetap, pekerja bebas seperti FoodPanda, GrabFood rider atau mereka yang bekerja sendiri juga boleh mendaftar secara sukarela di bawah skim i-Saraan KWSP.
Baca juga : Cara aktifkan i-Akaun KWSP.
Apa itu i-Akaun?
i-Akaun ialah sistem aplikasi online untuk akaun KWSP Ahli atau Majikan.
Dengan memiliki akaun di i-Akaun KWSP, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian (online) yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Mereka boleh mengakses i-Akaun mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa yang mempunyai akses internet pada peranti mudah alih mereka atau pada komputer.
Kelayakan Pendaftaran i-Akaun
- i-Akaun boleh didaftarkan oleh Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah dan Syarikat dengan nombor KWSP yang sah (i-Akaun Syarikat).
Cara Daftar i-Akaun KWSP
i-Akaun KWSP bukan sahaja boleh diakses melalui laman web, kini ia juga boleh dimuat turun ke telefon bimbit masing-masing. Terdapat dua cara daftar i-Akaun KWSP iaitu cara mendaftar untuk Ahli/Pencarum dan untuk Majikan.
A. Cara Daftar i-Akaun KWSP untuk Ahli/Pencarum
Terdapat beberapa cara daftar i-Akaun KWSP untuk ahli, antaranya:
Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi Pejabat/Kios KWSP
- Pertama sekali, sila dapatkan ID & Kata Laluan Sementara di pejabat/kios KWSP.
- Lalu, layari Portal KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau aplikasi i-Akaun.
- Kemudian, pilih Log Masuk di tab menu dan tekan i-Akaun (Ahli).
- Lalu masukkan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan tekan Teruskan.
- Kemudian, masukkan Kata Laluan Sementara yang diterima menerusi SMS dan tekan Log Masuk (Nota: Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam masa 30 hari pengguna menerima SMS).
- Kemudian, sila baca Terma dan Syarat yang dipaparkan. Lalu tandakan betul pada kotak Checkbox dan tekan Seterusnya.
- Sila Anda cipta ID pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna.
- Kemudian, Anda cipta juga Kata Laluan yang baharu.
- Seterusnya, sila pilih Imej Online.
- Kemudian, sila isi Frasa Rahsia kemudian tekan Seterusnya.
- Setelah itu, skrin pengaktifan berjaya akan ditunjukkan sebagai paparan. Seterusnya, pengguna boleh terus Login ke i-Akaun.
Selain melawat pejabat cawangan KWSP, ahli juga boleh mengunjungi Kiosk Pihak Ketiga KWSP untuk proses pendaftaran i-Akaun.
Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi E-mail (Diperkenalkan Ketika PKP)
Pendaftaran melalui e-mel ke alamat [email protected]
- Pertama sekali, muat turun borang daftar i-Akaun KWSP (Ahli) menerusi emel:
• Borang Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP Melalui E-mel. - Kemudian, lampiran Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Lalu, Gambar Swafoto Ahli KWSP bersama MyKad:
• Bukti pemilikan Nombor Telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit).
• Tangkapan skrin penyata yang tertera Nama Ahli dan Nombor Telefon bimbit bagi pengguna prabayar (prepaid). - Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli.
- Sekiranya pengesahan berjaya, ahli akan:
• Menerima ID pengguna dan Kata Laluan sementara menerusi SMS bagi pengaktifan i-Akaun (Ahli).
• Langkah seterusnya ahli perlulah mengemaskini kata laluan baharu.
Lupa Kata Laluan i-Akaun KWSP
Sekiranya Anda terlupa kata laluan i-Akaun KWSP Anda, Anda boleh mengikuti panduan yang diberikan di bawah:
- Sila layari Laman Web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Lalu pilih Log Masuk dan tekan i-Akaun (Ahli).
- Kemudain, tekan Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?
- Setelah itu, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/Kata Laluan Sahaja/ID Pengguna dan Kata Laluan).
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP.
- Lalu, tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC.
- Setelah itu, Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian Anda masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
- Kemudian, sila Anda cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor (contoh: mkdh3246)
- Seterusnya, isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar.
- Selesai.
Baca juga: Cara daftar KWSP guna kiosk.
Cara Daftar i-Akaun KWSP (Majikan)
Cara daftar i-Akaun KWSP untuk majikan ialah:
- Pertama sekali, wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1 (i).
- Kemudian, layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun (Majikan) dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut. Untuk majikan hendaklah mempunyai nombor KWSP yang sah.
Fungsi i-Akaun
Berikut adalah senarai beberapa fungsi atau kegunaan i-Akaun bagi mereka yang telah mendaftar:
Ahli:
- Ringkasan akaun.
- Rekod caruman ahli dan majikan.
- Penamaan.
- Kelayakan pengeluaran.
- Pendaftaran Simpanan Shariah.
- Memohon e-Pengeluaran.
- Pengeluaran i-Lestari (Akaun 2).
- Pengeluaran i-Sinar (Akaun 1).
Majikan:
- e-Caruman.
- e-CTML.
- e-Procurement.
- Alat Pengiraan.
Baca juga: Cara daftar i-Akaun melalui email.
Itulah panduan cara daftar i-Akaun KWSP yang boleh kami kongsikan dengan Anda.