Cara Daftar KWSP Guna Kiosk

Bagi Anda yang merupakan ahli KWSP yang belum mendaftar i-Akaun KWSP, maka artikel ini sesuai untuk Anda baca sehingga habis.

Kami akan berkongsi dengan Anda semua yang Anda perlu tahu tentang cara daftar KWSP guna kiosk.

Cara daftar KWSP guna kiosk boleh dikatakan cara yang paling cepat dan langsung untuk melakukannya, kerana banyak perkara yang boleh dilakukan oleh kiosk KWSP.

Cara Daftar KWSP Guna Kiosk

Apa itu i-Akaun?

i-Akaun ialah sistem aplikasi online untuk akaun KWSP Ahli atau Majikan.

Dengan memiliki akaun di i-Akaun KWSP, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian (online) yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mereka boleh mengakses i-Akaun mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa yang mempunyai akses internet pada peranti mudah alih mereka atau pada komputer.

Kelayakan Pendaftaran i-Akaun

  • i-Akaun boleh didaftarkan oleh Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah dan Syarikat dengan nombor KWSP yang sah (i-Akaun Syarikat).

Baca juga: Cara daftar i-Akaun KWSP melalui email.

Cara Daftar KWSP Guna Kiosk

Dari satu segi, cara paling mudah untuk mendaftar i-Akaun KWSP adalah dengan mendaftar di kiosk KWSP. Ini kerana walk-in ke kiosk KWSP adalah lebih mudah kerana tidak perlu membuat temu janji atau beratur untuk mendaftar.

Sebab lain ialah, untuk pendaftaran kali pertama, Anda memerlukan kod TAC dan perlu mengesahkan cap jari Anda untuk menghasilkan kod pengaktifan.

Perkhidmatan yang Disediakan Oleh Kiosk KWSP

Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang terdapat atau disediakan Kiosk KWSP:

  • Pengaktifan kod TAC.
  • Pendaftaran ahli baru.
  • Pendaftaran i-Akaun.
  • Cetak penyata KWSP.
  • Semak profil.
  • Mengemaskini profil.

Baca juga:

 

Semak Senarai Kiosk KWSP yang Berdekatan

Sebelum mengetahui cara daftar KWSP guna Kiosk KWSP, sila semak dahulu lokasi kiosk KWSP yang berdekatan dengan kawasan anda. Anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web KWSP.
  2. Pada bahagian Hubungi Kami, sila Anda klik pada Pejabat dan Kios.Cara cari Kiosk KWSP (Gambar 1)
  3. Kemudian, sila Anda pilih negeri mana yang Anda sedang duduki, lalu pilih Pihak Ketiga Kios di bahagian Jenis dan kemudian klik Carian.Cara cari Kiosk-KWSP (Gambar 2) Cara cari Kiosk KWSP (Gambar 3)
  4. Seterusnya, senarai kiosk KWSP yang berada di negeri yang Anda cari akan terpapar. Bolehlah Anda cari lokasi yang berdekatan.Cara cari Kiosk KWSP (Gambar 4)
  5. Selesai.

Cara Daftar KWSP Guna Kiosk Berhampiran

Cara daftar i-Akaun KWSP selain boleh secara online atau email, ini cara yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan kiosk KWSP.

Sila ikuti langkah-langkah cara daftar KWSP guna kiosk seperti di bawah:

  1. Pertama sekali, sila Anda hadirkan diri ke mana-mana cawangan KWSP yang mempunyai kiosk yang berfungsi.
  2. Kemudian, masukkan Kad Pengenalan ke dalam ruangan yang disediakan dan Nombor Telefon Anda yang masih aktif.
  3. Setelah itu, Anda perlu mengecap Cap Jari Anda pada ruangan scan yang disediakan.
  4. Selepas beberapa ketika, kertas penyata yang mengandungi Nombor ID unik Anda akan dikeluarkan. Kemudian, Anda juga akan menerima mesej yang mengandungi Kata Laluan Sementara Anda yang akan dihantar ke telefon pintar Anda.
  5. Sila Anda masukkan semula Kad Pengenalan Anda dan Anda perlu mengecap Cap Jari Anda sekali lagi.
  6. Sila Anda pilih Semak Penyata dan sekeping kertas lagi akan dikeluarkan oleh kiosk yang mempunyai penyata akaun 1 dan penyata akaun 2 Anda serta baki keseluruhan akaun Anda.
  7. Setelah itu, Anda perlu install aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon Anda.
  8. Sila Anda muat turun di Apple App Store untuk pengguna Apple atau muat turun di Google Play Store buat pengguna Android.
  9. Kemudian, masukkan Nombor Unik ID dan Kata Laluan Sementara Anda sebentar tadi.
  10. Seterusnya, masukkan Nombor ID dan Kata Laluan yang baru dan yang mudah untuk Anda simpan dan ingat apabila Anda ingin log masuk ke i-Akaun Anda pada masa akan datang.
  11. Tahniah! Selesai sudah urusan Anda.
App Store Preview (Download Aplikasi KWSP)
App Store Preview (Download Aplikasi KWSP)
Google Play Store (Download Aplikasi KWSP)
Google Play Store (Download Aplikasi KWSP)

Untuk maklumat lanjut dan butiran, Anda boleh mendapatkan maklumat tentang cara menggunakan kiosk KWSP di cawangan KWSP atau UTC.

Itulah panduan mudah cara daftar KWSP guna kiosk yang boleh kami kongsikan dengan Anda.