Langkah-langkah cara daftar i-Citra KWSP boleh dikatakan sangat mudah. Kerana Anda boleh mendaftar secara online.
Bagi Anda yang berminat untuk mendaftar, jom kami kongsikan cara daftar i-Citra KWSP melalui icitra.kwsp.gov.my.
Selepas Anda mendaftar kemudian, untuk menyemak sama ada pendaftaran Anda lulus atau tidak, sila lihat semakan kelulusan i-Citra.
Cara Daftar i-Citra KWSP
Nota:
-
Sekiranya Anda tidak menerima SMS OTP / TAC, kemungkinan besar terdapat masalah dengan nombor telefon Anda.
-
Sila rujuk kepada cara menukar nombor telefon KWSP.
-
Dan jangan lupa untuk membaca cara memohon Bakul Prihatin Negera.
Baca juga: Cara kemaskini i-Citra 2021.
Berikut adalah cara daftar i-Citra KWSP secara online dengan hanya Nombor KTP dan Nombor telefon. Sebaik sahaja Anda mengesahkan Nombor Mudah Alih Anda, Anda boleh terus membuat aplikasi iCitra.
- Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my
- Lalu masukkan Nombor MyKad / MyPR.
- Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk Bukan Warganegara.
- Kemudian, sila pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
• 010
• 011
• 012
• 013
• 014
• 015
• 016
• 017
• 018
• 019 - Lalu, masukkan Nombor Telefon Bimbit Anda yang betul dan masih aktif.
- Kemudian, tekan butang Teruskan.
- Setelah itu, sila Anda tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang Anda masukkan tadi.
- Kemudian, masukkan Nombor OTP tersebut.
- Lalu, tekan butang Sahkan Nombor OTP.
- Seterusnya, jika semuanya berjalan lancar, Anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.
- Sekarang, Anda perlu mengisi 4 bahagian.
- Pertama sekali, sila isi Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
• Anda akan dapat lihat paparan Aamaun Kelayakan Pengeluaran.
• Amaun di atas adalah setelah ditolak amaun i-Sinar yang masih belum dibayar (sekiranya ada).
• Amaun kelayakan yang dipaparkan adalah berdasarkan baki akaun Anda setakat tiga (3) hari yang lalu.
• Andaikan Amaun Kelayakan Pengeluaran Anda ialah RM5,000.
• Akan ada dua pilihan Amaun Pilihan Pengeluaran.
º Sila klik untuk memohon RM5,000.
º Kemudian, klik untuk mengurangkan Amaun Pengeluaran.
• Sila pilih Klik untuk memohon RM5,000.
• Anda akan dapat lihat Jadual Bayaran untuk:
º Bulan 1
º Bulan 2
º Bulan 3
º Bulan 4
º Bulan 5
• kemudian, sila tekan butang Teruskan. - Anda kini berada di Bahagian 2: Maklumat Permohonan
• Semak Maklumat Pemohon.
º Nama Penuh.
º Nombor MyKad / MyPR.
º Nombor Telefon Bimbit.
• Kemudian, kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu.
• Pada ruangan Adakah Anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?, sila Anda pilih Ya.
• Masukkan Nama Bank Anda.
• Masukkan Nombor Akaun Bank Anda.
• Masukkan sekali lagi Nombor Akaun Bank Anda.
• Sekiranya Anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, Anda tidak boleh tekan butang Teruskan.
• Sila Anda jawab soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana:
º Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji).
º Kehilangan pekerjaan (diberhentikan).
º Telah lama tiada pekerjaan / pendapatan.
º Mengalami penguran pendapatan / gaji.
º Membantu pasangan / ahli keluarga yang terjejas.
º Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan / pendapatan tidak terjejas.
º Sebab-sebab lain.
• Sila Anda jawab soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk:
º Menampung perbelanjaan keperluan asas harian / bulanan.
º Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain).
º Perbelanjaan / ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu.
º Menampung kos pendidikan / pembelajaran anak-anak.
º Menambah simpanan / dana kecemasan.
º Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain).
º Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan.
º Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan.
º Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang.
º Perbelanjaan bukan keperluan asas.
º Hal-hal lain.
• Kemudian, sila Anda tekan butang Teruskan. - Anda kini berada di Bahagian 3: Pengesahan Permohonan
• Sila Anda semak Maklumat Pemohon.
• Sila Anda semak Jadual Bayaran.
• Kemudian, Tick di ruangan Saya dengan ini mengesahkan.
• Setelah itu, sila Tick di ruangan Saya bukan robot.
• Kemudian, sila Anda tekan butang Hantar. - Anda kini berada di Bahagian 4: Selesai
• Sekiranya semuanya berjalan lancar, permohonan i-Citra Anda kini sudah selesai.
Baca juga: Cara buat semakan i-Citra 2021.
Maklumat Lanjut
Jika Anda masih keliru dan menghadapi masalah dengan cara daftar i-Citra KWSP:
- Layari https://kwsp.gov.my/ms/i-citra Sila Anda tekan butang Ask Leya (Tanya Leya)di bahagian bawah sebelah kanan untuk mendapatkan bantuan.
- Anda juga boleh menggunakan talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.
Itulah sedikit maklumat tentang cara daftar i-Citra KWSP yang boleh kami kongsikan dengan Anda.