Cara Kemaskini i-Citra

Bagi Anda yang pertama kali mendaftar i-Citra KWSP secara online, proses cara kemas kini i-Citra KWSP hanya boleh dilakukan di Bahagian 2: Maklumat Permohonan.

Bagi Anda yang tersilap memasukkan jumlah pengeluaran kerana tersalah memasukkan jumlah (amaun), Anda pasti ingin tahu bagaimana untuk mengemaskini i-Sinar kan?

Jadi, di sini kami akan cuba kongsikan kepada Anda cara kemaskini i-Citra yang mudah untuk Anda ikuti.

Cara Kemaskini i-Citra 2021

Cara Kemaskini i-Citra (Email & Alamat Rumah)

Panduan yang kami kongsikan ini adalah singkatan dari cara memohon i-Citra yang agak panjang. Untuk empat perkara utama yang perlu dikemas kini ialah:

  • Alamat E-mel.
  • Alamat Surat-Menyurat Terkini.
  • Nama Bank.
  • Nombor Akaun Bank.

Sila ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Kemudian, lengkapkan ruangan Nombor MyKad / MyPR.
  3. Lalu, lengkapkan ruangan Nombor Telefon Bimbit.
  4. Setelah itu, tekan butang Teruskan.
  5. Sila Anda tunggu SMS dari pihak KWSP. Contoh kandungan SMS tersebut adalah seperti berikut: “RM0 KWSP: Permohonan i-Citra. OTP 999999. Sila hubungi KWSP di 03-89224848 sekiranya tidak membuat permohonan”.
  6. Kemudian, masukkan Nombor OTP yang diterima.
  7. Lalu, tekan butang Sahkan Nombor OTP.
  8. Sila selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran.
  9. Seterusnya, Anda akan masuk ke Bahagian 2: Maklumat Permohonan.
    Semak Maklumat Pemohon.
    ° Nama Penuh.
    ° Nombor MyKad / MyPR.
    ° Nombor Telefon Bimbit.
    • Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu.
    ° Alamat E-mel (Untuk pengesahan permohonan).
    ° Alamat Surat-Menyurat Terkini.
    ° Poskod.
    ° Bandar.
    ° Negeri.
  10. Sila teruskan dengan mengikuti panduan di bawah untuk kemaskini Nama Bank dan Nombor Akaun Bank.

Baca juga: Tarikh Bayaran i-Citra.

Cara Kemaskini i-Citra (Nama Bank & Nombor Akaun Bank)

Ini adalah langkah-langkah susulan selepas Anda mengemas kini alamat E-mel dan Alamat Surat-menyurat Terbaru Anda.

Nota Penting:

Sila pastikan Akaun Bank Anda adalah:

  • Kepunyaan Sendiri: Bukan akaun bank suami / isteri / anak / adik / kakak / ibu / bapa / saudara.

  • Masih Lagi Aktif: Masih boleh keluarkan duit lagi melalui ATM.

  • Bukan Akaun Bank Bersama (Joint Account) / Akaun Bank Syarikat: Hanya akaun peribadi milik sendiri sahaja dibenarkan.

  1. Pada ruangan Adakah Anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?, sila pilih Ya.
  2. Seterusnya, sila Anda masukkan Nama Bank.
  3. Pilihan bank yang ada adalah seperti berikut:
    • Affin Bank Berhad
    • Agrobank
    • Al Rajhi Bank (M) BHD
    • Alliance Bank
    • Ambank (M) BHD
    • Bank Muamalat (M) BHD
    • Bank Rakyat
    • Bank Islam (M) BHD
    • Bank Simpanan Nasional
    • CIMB Bank BHD
    • Citibank Berhad
    • EON Bank Berhad
    • HSBC Bank (M) BHD
    • Hong Leong Bank
    • Kuwait Finance House (M) BHD
    • Maybank
    • OCBC Bank (M) BHD
    • Public Bank BHD
    • RHB Bank BHD
    • Standard Chartered
    • UOB (M) BHD
  4. Kemudian, masukkan Nombor Akaun Bank.
  5. Setelah Anda masukkan Nombor Akaun Bank, akan keluar satu lagi ruangan yang menunjukkan paparan “Sila isikan semula nombor akaun bank”.
  6. Jangan abaikan paparan ini. Jika Anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, Anda tidak boleh kemaskini dan teruskan permohonan i-Citra.
  7. Jadi, sila Anda masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi di ruangan “Sila isikan semula nombor akaun bank
  8. Kemudian, pilih jawapan kepada soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana:
    • Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji).
    • Kehilangan pekerjaan (diberhentikan).
    • Telah lama tiada pekerjaan / pendapatan.
    • Mengalami penguran pendapatan / gaji.
    • Membantu pasangan / ahli keluarga yang terjejas.
    • Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan / pendapatan tidak terjejas.
    • Sebab-sebab lain.
  9. Setelah itu, sila Anda pilih jawapan kepada soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk:
    • Menampung perbelanjaan keperluan asas harian / bulanan.
    • Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain).
    • Perbelanjaan / ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu.
    • Menampung kos pendidikan / pembelajaran anak-anak.
    • Menambah simpanan / dana kecemasan.
    • Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain).
    • Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan.
    • Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan.
    • Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang.
    • Perbelanjaan bukan keperluan asas.
    • Hal-hal lain.
  10. Kemudian, tekan butang Teruskan.
  11. Seterusnya, proses kemaskini i-Citra di Bahagian 2: Maklumat Permohonan selesai di sini.
  12. Namun, jangan berhenti di sini kerana permohonan masih lagi belum selesai sepenuhnya.
  13. Sila Anda selesaikan Bahagian 3: Pengesahan Permohonan dan juga Bahagian 4: Selesai.
  14. Selesai, untuk cara kemaskini i-Citra.

Maklumat Lanjut Mengenai i-Citra

Jika Anda menghadapi masalah untuk cara kemaskini i-Citra KWSP, terdapat beberapa cara untuk menghubungi KWSP seperti di bawah:

  • Anda boleh bertanya dengan menggunakan fungsi ASK LEYA di laman utama icitra.kwsp.gov.my.
  • Anda boleh gunakan talian hotline i-Citra KWSP di 03-8922 4848.

Itulah tadi sedikit maklumat mengenai cara kemaskini i-Citra yang boleh kami kongsikan untuk Anda.