Cara Mohon i-Citra

Selepas i-Lestari dan i-Sinar KWSP, kerajaan Malaysia sekali lagi membenarkan pengeluaran wang KWSP melalui program yang dinamakan i-Citra.

Bagi Anda ahli KWSP yang mungkin tertanya-tanya tentang program baru ini, di kesempatan ini kami akan cuba berkongsi cara mohon i-Citra KWSP secara online.

Cara Mohon i-Citra 2021

Cara Mohon i-Citra 2021 (Apply & Isi Borang Permohonan i-Citra Online)

Untuk mendapatkan maklumat kelulusan dan pembayaran, sila sertai kumpulan Telegram #kitajagakita di sini: https://t.me/joinchat/dS26mOoq-64yMzM1

A. Untuk Apply, Perlu Isi Borang i-Citra KWSP Secara Online?

Ya, Anda perlu mendaftar i-Citra KWSP dan mengisi borang permohonan i-Citra KWSP melalui icitra.kwsp.gov.my

B. Cara Mohon i-Citra, Adakah guna Online Application?

Ya, Anda perlu membuat permohonan dalam talian (online application) untuk cara mohon i-Citra seperti i-Sinar KWSP. Cuma terdapat sedikit perbezaan di mana jumlah maksimum yang dibenarkan ialah RM5,000.

Berikut adalah langkah-langkah untuk cara mohon i-Citra:

Nota:

  • Selepas beberapa minit membuat permohonan, jika Anda masih belum menerima SMS OTP/TAC, mungkin terdapat masalah dengan nombor telefon Anda.

  • Sila rujuk kepada cara menukar nombor telefon KWSP.

  • Dan jangan lupa untuk membaca cara memohon Bakul Prihatin untuk Negera.

  1. Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Lalu, masukkan Nombor MyKad/MyPR.
  3. Seterusnya, abaikan Nombor Pasport/MyKAS kerana ini adalah untuk Bukan Warganegara.
  4. Kemudian, pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  5. Setelah itu, masukkan Nombor Telefon Bimbit Anda yang betul dan masih aktif.
  6. Kemudian, tekan butang Teruskan.
  7. Sila, Anda tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang Anda masukkan tadi.
  8. Kemudian, Masukkan Nombor OTP tersebut.
  9. Lalu, tekan butang Sahkan Nombor OTP.
  10. Seterusnya, jika semuanya berjalan lancar, Anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.
  11. Sekarang, Anda perlu mengisi 4 bahagian.
  12. Pertama sekali, Bahagian 1: Amaun Pengeluaran.
    • Anda akan dapat lihat paparan Amaun Kelayakan Pengeluaran.
    • Amaun di atas adalah setelah ditolak amaun i-Sinar yang masih belum dibayar (sekiranya ada).
    • Amaun kelayakan yang dipaparkan adalah berdasarkan baki akaun Anda setakat tiga (3) hari yang lalu.
    • Andaikan Amaun Kelayakan Pengeluaran Anda ialah RM5,000.
    • Akan ada dua pilihan Amaun Pilihan Pengeluaran.
    ° Klik untuk memohon RM5,000.
    ° Klik untuk mengurangkan Amaun Pengeluaran.
    • Pilih Klik untuk memohon RM5,000.
    • Anda akan dapat lihat Jadual Bayaran untuk:
    ° Bulan 1
    ° Bulan 2
    ° Bulan 3
    ° Bulan 4
    ° Bulan 5
    • Tekan butang Teruskan.
  13. Anda kini berada di Bahagian 2: Maklumat Permohonan.
    • Semak Maklumat Pemohon.
    ° Nama Penuh.
    ° Nombor MyKad/MyPR.
    ° Nombor Telefon Bimbit.
    • Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu.
    • Di ruangan Adakah Anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?, pilih Ya.
    • Masukkan Nama Bank.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Masukkan sekali lagi Nombor Akaun Bank.
    • Jika Anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, Anda tidak boleh tekan butang Teruskan.
    • Jawab soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana:
    ° Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji).
    ° Kehilangan pekerjaan (diberhentikan).
    ° Telah lama tiada pekerjaan/pendapatan.
    ° Mengalami penguran pendapatan/gaji.
    ° Membantu pasangan/ahli keluarga yang terjejas.
    ° Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan/pendapatan tidak terjejas.
    ° Sebab-sebab lain.
    • Jawab soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk:
    ° Menampung perbelanjaan keperluan asas harian/bulanan.
    ° Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain).
    ° Perbelanjaan/ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu.
    ° Menampung kos pendidikan/pembelajaran anak-anak.
    ° Menambah simpanan/dana kecemasan.
    ° Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain).
    ° Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan.
    ° Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan.
    ° Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang.
    ° Perbelanjaan bukan keperluan asas.
    ° Hal-hal lain.
    • Tekan butang Teruskan.
  14. Anda kini berada di Bahagian 3: Pengesahan Permohonan.
    • Sila semak Maklumat Pemohon.
    • Sila semak Jadual Bayaran.
    Tick di ruangan Saya dengan ini mengesahkan.
    Tick di ruangan Saya bukan robot.
    • Tekan butang Hantar.
  15. Anda kini berada di Bahagian 4: Selesai.
    • Jika semuanya berjalan lancar, permohonan i-Citra Anda kini sudah selesai.
    • Anda akan melihat paparan Terima Kasih.
    • Ini menunjukkan bahawa permohonan i-Citra Anda diterima.
    • Sila screenshot dan simpan untuk rekod.
  16. Selesai untuk panduan cara mohon i-Citra.

Baca juga: i-Citra Bila Masuk?

C. Bila Boleh Mohon i-Citra KWSP?

Permohonan i-Citra akan dibuka mulai 12 Julai 2021.

D. Berapa Banyak Boleh Apply & Keluarkan Duit KWSP Melalui i-Citra?

Untuk amaun maksimum RM5,000. Anda juga perlu memahami sama ada baki Anda tidak mencukupi, kerana pengeluaran wang KWSP bergantung pada baki akaun KWSP Anda.

E. Kalau Baki Ada Banyak, Berapa Maksimum Boleh Keluarkan Melalui i-Citra?

Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP, KWSP hanya membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000. Namun, RM5,000 ini bukan untuk pengeluaran sekali sahaja.

Anda hanya boleh mengeluarkan RM1,000 sebulan. Jadi, sekiranya permohonan i-Citra Anda diluluskan pada Julai 2021, Anda akan menerima wang KWSP untuk 5 bulan berikutnya iaitu:

  • Bulan pertama: RM1,000 pada bulan Ogos 2021.
  • Bulan kedua: RM1,000 pada bulan September 2021.
  • Bulan ketiga: RM1,000 pada bulan Oktober 2021.
  • Bulan keempat: RM1,000 pada bulan November 2021.
  • Bulan kelima: RM1,000 pada bulan Disember 2021.

F. Bolehkah Memohon i-Citra guna i-Akaun?

Pengeluaran i-Citra hanya boleh dilakukan melalui https://citra.kwsp.gov.my sahaja.

Itulah tadi maklumat mengenai cara mohon i-Citra yang boleh kami kongsikan untuk Anda.