Disebabkan penularan wabak Coronavirus COVID-19 yang telah menjejaskan ekonomi ramai rakyat Malaysia, pencarum KWSP kini boleh mengeluarkan RM500 sebulan.
Sila ikuti panduan cara daftar i-Lestari KWSP untuk memohon pengeluaran KWSP secara online menggunakan i-Akaun.
Sila Anda buat semakan penyata KWSP online terlebih dahulu, jika Anda bimbang jumlah yang tinggal dalam Akaun 2 tidak mencukupi.
Jika semuanya berjalan lancar, jangan lupa buat semakan i-Lestari KWSP sama ada pengeluaran diluluskan dan bayaran dimasukkan ke dalam akaun bank.
Sedikit Mengenai i-Lestari KWSP
Seperti yang dimaklumkan, pengeluaran Akaun 2 KWSP di bawah i-Lestari KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2020. Bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan tanpa perlu membuat transaksi di kaunter KWSP supaya boleh tinggal di rumah, permohonan boleh dibuat melalui dalam talian (secara online), e-mel atau pos.
Amaun pengeluaran yang layak adalah hanya RM500 sebulan, untuk tempoh 12 bulan. Walau bagaimanapun, ia juga bergantung kepada baki jumlah simpanan Akaun 2 ahli tersebut.
Untuk waktu bayaran akan dibuat mulai bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.
Cara Daftar i-Lestari KWSP (Pengeluaran Duit Akaun 2 KWSP)
Cara daftar i-Lestari KWSP, pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran dalam empat (4) cara iaitu:
- Secara online (e-Pengeluaran melalui i-Akaun i-Lestari Akaun 2).
- Secara e-mel kepada [email protected].
- Secara pos berdaftar ke alamat pejabat KWSP.
- Secara serahan di kaunter KWSP setelah PKP tamat.
Cara Daftar i-Lestari KWSP & Buat Pengeluaran
Pastikan Anda telah mendaftar i-Akaun KWSP untuk mengeluarkan wang dalam talian (secara online).
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon pengeluaran KWSP menggunakan i-Akaun secara online:
- Pertama sekali, sila Anda Login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan.
- Kemudian, klik pada menu Pengeluaran di bahagian atas laman web.
- Seterusnya, Anda kini berada di dalam bahagian e-Pengeluaran.
- Di sini juga, Anda boleh lihat senarai rekod pengeluaran yang pernah dibuat sebelum ini.
- Kemudian, klik pada butang Permohonan Baru.
- Anda kini berada dalam Langkah 1 iaitu Permohonan Pengeluaran Baru.
- Sila Anda pilih Jenis Pengeluaran i-Lestari.
- Seterusnya, akan keluar beberapa pesanan mengenai Nota Penting Permohonan e-Pengeluaran.
- Setela selesai baca dan faham, sila Anda klik Ok.
- Kemudian, klik Seterusnya.
- Seterusnya, Anda kini berada dalam Langkah 2 iaitu Maklumat Pengeluaran.
- Di sini, Anda boleh lihat beberapa maklumat seperti:
• Jenis Pengeluaran.
• Permohonan Lain Sedang Diproses.
• Bakin Simpanan Akaun 2 (RM).
• Anggaran Amaun Kelayakan (RM).
• Amaun Dimohon.
• Butiran Akaun Bank.
• Nama Bank.
• Nombor Akaun Simpanan/Semasa. - Pada bahagian Amaun Dimohon, sila Anda masukkan amaun pengeluaran i-Lestari KWSP yang hendak dikehendaki.
- Anda boleh keluarkan maksimum RM500 sahaja.
- Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada baki simpanan Akaun 2.
- Sekiranya Anda mahu keluarkan RM500 setiap bulan selama 12 bulan, Akaun 2 mestilah mempunyai jumlah simpanan RM6000 dan ke atas.
- Kemudian, sila pilih Nama Bank dan masukkan Nombor Akaun Simpanan atau Semasa.
- Harus diingat, Anda tidak boleh masukkan nombor akaun orang lain.
- Anda kini berada dalam Langkah 3 iaitu Ringkasan Permohonan Pengeluaran.
- Sila semak maklumat berikut samada betul atau tidak, terutama sekali di bahagian Maklumat Pengeluaran:
• Maklumat Peribadi
− Nama.
− No Pengenalan Diri.
• Alamat Surat Menyurat
− Alamat.
− Poskod.
− Bandar.
− Negeri.
− Negera.
• Maklumat Perhubungan
− Telefon Bimbit.
− Telefon Rumah.
− Telefon Pejabat.
− E-mel.
• Maklumat Pengeluaran
− Jenis Pengeluaran i-Lestari KWSP.
− Baki Simpanan Akaun 2 (RM).
− Anggaran Amaun Kelayakan (RM).
− Amaun Dimohon (RM).
• Butiran Akaun Bank
− Nama Bank.
− No Akaun Simpanan / Semasa.
• Perakaun
− Tick pada “Saya dengan ini mengesahkan bahasa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perakuan Terma dan Syarat”.
• e-Pengeluaran: Permohonan TAC
• Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan untuk Permohonan TAC
• TAC - Sekiranya semua maklumat sudah disemak dan diperakui betul, sila Anda klik Permohonan TAC.
- Nombor TAC yang mempunyai 6-digit akan dihantar secara SMS ke nombor telefon bimbit Anda yang didaftarkan.
- Kemudian, masukkan Nombor TAC.
- Setelah itu, klik Hantar.
- Kini, cara mohon keluar duit KWSP Akaun 2 i-Lestari sudah selesai.
Cara Daftar i-Lestari KWSP guna Email
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon pengeluaran KWSP menggunakan Email:
- Sila Anda download borang pengeluaran i-Lestari di https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
- Seterusnya, sila Anda rujuk Borang Panduan Permohonan Pengeluaran i-Lestari sebagai panduan untuk mengisi borang.
- Kemudian, isi borang Permohonan Pengeluaran i-Lestari dengan lengkap.
- Setelah itu, Cap jari pada ruang yang disediakan, untuk cap ibu jari sebelah kiri dan kanan.
- Seterusnya, sila Scan borang permohonan yang sudah lengkah diisi dan cap jari.
- Sertakan juga dokumen sokongan seperti:
• Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
• Salinan passport (untuk ahli bukan warganegara Malaysia).
• Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) ahli yang Aktif. - Kemudian, kirimkan Email borang dan dokumen sokongan ke [email protected]
- Seterusnya, pastikan Anda simpan email tersebut untuk rujukan.
- Kini, cara mohon keluar duit KWSP guna email sudah selesai.
Pengeluaran Duit KWSP i-Lestari guna POS
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon pengeluaran KWSP menggunakan POS:
- Sila Anda download borang pengeluaran i-Lestari di https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
- Jika ada masalah capaian, sila Anda download di sini.
- Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah selesai, Anda juga boleh dapatkan dari pejabat KWSP yang berhampiran.
- Sila Anda rujuk Borang Panduan Permohonan Pengeluaran i-Lestari sebagai panduan untuk mengisi borang.
- Kemudian, isi borang Permohonan Pengeluaran i-Lestari dengan lengkap.
- Seterusnya, sila Cap jari pada ruang yang disediakan, untuk cap ibu jari sebelah kiri dan kanan.
- Sertakan juga dokumen sokongan seperti:
• Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
• Salinan passport (untuk ahli bukan warganegara Malaysia).
• Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) ahli yang Aktif. - Kemudian, hantarkan borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari) - Kini, cara mohon keluar duit KWSP guna pos juga sudah selesai.
Pengeluaran Duit KWSP i-Lestari tanpa Borang dan i-Akaun
Ini adalah peningkatan perkhidmatan daripada KWSP. Kini, Anda boleh mengeluarkan i-Lestari secara online tanpa i-Akaun. Anda tidak perlu sebarang log masuk.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon pengeluaran KWSP tanpa Borang dan i-Akaun:
- Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi i-Lestari di https://ilestari.kwsp.gov.my
- Kemudian, klik Permohonan Baharu.
- Lalu, isikan Nombor MyKad.
- Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun dibuat.
- Setelah itu, isikan Nombor Telefon Bimbit.
- Kemudian, isikan Alamat Email.
- Seterusnya, isikan Alamat Rumah.
- Lalu, isikan Poskod.
- Kemudian, isikan Bandar.
- Setelah itu, sila pilih Negeri.
- Kemudian, pilih Amaun di bahagian Amaun Dimohon Sebulan (RM).
- Selepas buat pilihan Amaun, sila Anda pilih Bank.
- Kemudian, masukkan Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Lestari online ini.
- Seterusnya, sila Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online.
- Kemudian, klik Hantar.
- Tahniah! Permohonan baru pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
Berapa Kali Perlu buat Permohonan i-Lestari?
Ahli hanya perlu memohon pengeluaran i-Lestari KWSP ini sekali sahaja dan bayaran akan terus dikreditkan berulang kali setiap bulan ke akaun bank ahli.
Itulah tadi maklumat mengenai cara daftar i-Lestari KWSP untuk pengeluaran duit Akaun 2 KWSP yang boleh kami kongsikan untuk Anda.