Berita baik buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP.
Bagi memudahkan orang ramai khususnya pelanggannya mendaftar dan membuat semakan i-Lestari, KWSP telah melakukan penambahbaikan kepada kaedah yang lebih cepat dengan memperkenalkan i-Lestari secara online.
Pemohon kini boleh memohon dan menyemak secara online tanpa borang dan tidak perlu ke cawangan KWSP.
Bagi yang pernah membuat permohonan i-Lestari KWSP dengan i-Akaun sebelum ini, jangan lupa Anda buat semakan i-Lestari KWSP juga. Kerana Anda perlu melihat status pembayaran sama ada wang sudah diterima atau belum.
Khas untuk Anda yang belum mendaftar, Anda boleh mengikuti cara permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP tanpa i-Akaun. Dan di sini kami kongsikan dengan Anda panduan semakan i-Lestari online yang boleh Anda ikuti.
Semakan i-Lestari Online
Selepas KWSP mengeluarkan perkhidmatan baharu berkaitan i-Lestari, Anda kini boleh menjalankan banyak aktiviti seperti menyemak status permohonan, menyemak baki, menyemak sama ada wang tunai diterima atau tidak dan menyemak pengeluaran i-Lestari secara online pada bila-bila masa Anda mahu.
A. Semakan Status Permohonan i-Lestari di ilestari.kwsp.gov.my
Kini Anda boleh menyemak status pengeluaran dan pembayaran i-Lestari KWSP tanpa perlu Login ke i-Akaun KWSP Anda.
Berikut adalah langkah-langkah yang Anda boleh ikuti:
- Sila Anda layari i-Lestari online di https://ilestari.kwsp.gov.my
- Kemudian akan terpapar bahagian Semakan Status.
- Sila masukkan Nombor MyKad seperti dalam kad pengenalan Anda.
- Lalu masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat.
- Kemudian, Tick Saya bukan robot.
- Setelah itu, akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih.
- Sila ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
- Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasa pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
- Jika tidak ada gambar, sila Anda klik Langkau.
- Pastikan pilihan semua selesai.
- Kemudian, Anda klik Semak.
- Anda akan dapat masuk melihat status permohonan i-Lestari.
- Selesai, untuk cara buat semakan i-Lestari online.
Baca juga: Cara daftar i-Lestari KWSP.
B. Semakan Status i-Lestari di Bahagian e-Pengeluaran KWSP
Anda perlu log masuk ke i-Akaun KWSP untuk menyemak sama ada duit KWSP telah diterima atau belum.
Berikut ialah langkahnya:
- Login ke i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pastikan ini adalah Login untuk Ahli.
- Lalu, masukkan ID Pengguna.
- Kemudian, masukkan Kata Laluan yang didaftarkan.
- Pilih Bahasa Melayu (BM) di bahagian atas kanan.
- Klik Pengeluaran di bahagian menu di atas.
- Klik e-Pengeluaran di bahagian menu sebelah kiri atas.
- Anda akan nampak butiran berikut untuk lihat status i-Lestari KWSP:
• No
• Jenis Pengeluaran
• Status
• Tarikh Permohonan
• Tarikh Kemaskini
• Tindakan - Sila Anda lihat pada bahagian Jenis Pengeluaran.
- Pastikan Jenis Pengeluaran ialah i-Lestari.
- Sila Anda lihat pula pada bahagian Status.
- Pastikan Status ialah Lulus.
- Sila Anda semak akaun bank Anda untuk melihat baki terkini dan buat pengesahan duit sudah masuk.
- Selesai, untuk cara buat semakan i-Lestari online.
C. Semakan i-Lestari Online di Inbox i-Akaun
Anda mesti log masuk ke i-Lestari dan semak bahagian Inbox untuk Mesej Baharu.
Berikut ialah langkahnya:
- Login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID Pengguna.
- Kemudian, masukkan Kata Laluan yang didaftarkan.
- Pilih Bahasa Melayu (BM) di bahagian atas kanan.
- Kemudian, klik Inbox di bahagian menu atas.
- Anda akan dapat lihat subjek Permohonan Pengeluaran i-Lestari Diluluskan / Withdrawal i-Lestari Application Approved.
- Klik subjek untuk lihat keterangan.
- Mesej yang akan tertera ialah semasa pendaftaran permohonan dahulu ialah seperti berikut:
• Permohonan e-Pengeluaran i-Lestari bertarikh 02-Apr-2020 dengan Nombor Rujukan LESTARIKWSP010000XXXXX telah didaftarkan pada 12-Apr-2020 dan sedang diproses.Untuk pertanyaan lanjut, sila emelkan kepada [email protected] - Namun, yang lebih penting ialah mesej yang akan tertera ialah untuk kelulusan seperti berikut:
• Permohonan e-Pengeluaran i-Lestari bertarikh 02-Apr-2020 dengan Nombor Rujukan LESTARIKWSP010000XXXXX telah diluluskan.Untuk pertanyaan lanjut, sila emelkan kepada [email protected] - Sila Anda semak akaun bank Anda untuk melihat baki terkini dan buat pengesahan duit sudah masuk.
- Selesai.
D. Semakan i-Lestari Online di Aplikasi i-Akaun
Berikut adalah langkah yang boleh Anda ikuti untuk semakan i-Lestari online pada aplikasi i-Akaun:
- Jika Anda guna Android, download app KWSP i-Akaun dari Google Play terlebih dahulu.
- Jika Anda guna iPhone, download app KWSP i-Akaun dari Apple App Store dahulu.
- Masukkan Username.
- Masukkan Password.
- Tekan Login.
- Jika terlupa, klik Forgot User ID or Password?
- Selepas login, akan ada mesej yang terpapar.
- Klik OK.
- Klik View Transaction History.
- Jika ada pengeluaran, ia akan terpapar di situ.
- Selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut Anda boleh hubungi:
- e-mel ke : [email protected] atau hubungi 03-8922 6000.
- Layari portal rasmi KWSP di https://ilestari.kwsp.gov.my
- Lawati akaun Facebook rasmi KWSP untuk update terkini di https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Itulah beberapa maklumat mengenai semakan i-Lestari online yang boleh kami kongsikan dengan Anda.