Cara Daftar i-Saraan KWSP

Jika Anda ingin menyimpan wang untuk masa depan, salah satu kaedah yang boleh Anda gunakan ialah dengan membuka akaun simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagi pekerja sektor swasta, Anda mungkin sudah pun mendaftar secara automatik dengan majikan Anda. Namun, untuk pekerja sektor awam atau individu yang bekerja sendiri, Anda perlu mendaftar sendiri. Salah satu cara untuk mendaftar akaun KWSP secara online adalah melalui sistem i-Saraan. Berikut adalah cara daftar i-Saraan KWSP yang mudah dan cepat.

Cara Daftar i-Saraan KWSP

Sedikit Mengenai Caruman i-Saraan KWSP PENJANA

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) KWSP, membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk keperluan persaraan mereka.

Contoh bekerja sendiri ialah mereka yang bekerja sebagai pemandu GrabCar, pemandu GrabFood, pemandu FoodPanda dan lain-lain.

Pada masa yang sama, mereka menerima sumbangan tambahan daripada kerajaan. Inilah yang dimaksudkan dengan geran sepadan atau tepat sasaran.

Sebagai ahli di bawah insentif ini, maka Anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% daripada sumbangan atau caruman Anda.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ini tidak terpakai kepada ahli yang menerima caruman majikan tetap. Selain itu, sumbangan kerajaan dihadkan kepada ahli yang berumur di bawah 55 tahun.

Laman Web Rasmi KWSP (i-Saraan)
Laman Web Rasmi KWSP (i-Saraan)

Baca juga: Cara Menggunakan Kiosk KWSP.

Cara Daftar i-Saraan KWSP (Caruman EPF Untuk Usahawan/Bekerja Sendiri)

Untuk cara daftar i-Saraan KWSP tidak boleh dilakukan secara online. Anda mesti mengisi borang dan hadir di pejabat KWSP yang berhampiran.

A. Contoh Kiraan Caruman i-Saraan KWSP

Maksimum caruman kerajaan RM250 setahun.

Contoh 1: Caruman i-Saraan KWSP RM150 Sebulan

  • Kita ambil contoh di mana Anda buat caruman RM150 sebulan.
  • Jika setahun, RM150 darab 12 bulan.
  • Jadi, jumlah caruman Anda setahun ialah RM1800.
  • 15% dari RM1800 ialah RM270.
  • Dengan RM1800 setahun, kalau dikira 15% sumbangan maksimum kerajaan, ia sudah lebih dari RM250.

Kesimpulannya, jika Anda mencarum RM1800 setahun, maka jumlah caruman Anda ialah RM1800 + RM250 = RM2050.

Contoh 2: Caruman i-Saraan KWSP RM100 Sebulan

  • Kita ambil contoh di mana Anda buat caruman RM100 sebulan.
  • Jika setahun, RM100 darab 12 bulan.
  • Jadi, jumlah caruman Anda setahun ialah RM1200.
  • 15% dari RM1200 ialah RM180
  • Dengan RM1200 setahun, kalau dikira 15% sumbangan maksimum kerajaan, ia kurang dari RM250.

Kesimpulannya, jika Anda mencarum RM1200 setahun, maka jumlah caruman ialah RM1200 + RM180 = RM1380.

Kami sarankan, lebih baik caruman bulanan ditambah sedikit.

Baca juga: Cara Daftar i-Lestari KWSP.

B. Kelayakan Mencarum i-Saraan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk mencarum kepada KWSP i-Saraan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja).
  • Ahli KWSP.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G(M).

Sebagai maklumat yang dikongsikan, suri rumah yang telah mengemukakan KWSP i-Suri tidak dibenarkan mencarum ke KWSP iSaraan. Anda hanya dibenarkan untuk memilih satu (1) insentif pada satu-satu masa.

Jika Anda telah mendaftar dalam Insentif Suri (i-Suri) KWSP sebelum ini, maka Anda mesti membatalkan sebelum membuat permohonan baharu untuk i-Saraan KWSP.

Baca juga: Cara Daftar i-Suri KWSP.

C. Cara Daftar i-Saraan KWSP

Sebagai makluman untuk pengetahuan Anda, kaedah pendaftaran i-Saraan KWSP tidak boleh dilakukan secara online. Anda mesti mengisi borang dan hadir di pejabat KWSP yang berhampiran.

Sila Anda ikuti langkah mudah untuk permohonan caruman i-Saraan KWSP seperti di bawah:

  1. Sila Anda datang ke mana-mana pejabat KWSP terdekat.
  2. Anda mestilah membawa MyKad.
  3. Kemudian, dapatkan Borang i-Saraan – KWSP 16G (M). Ini adalah borang untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
  4. Setelah itu, sila lengkapkan borang.
    • Sila lengkapkan juga Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.

Baca juga: Cara Aktifkan i-Akaun KWSP.

D. Cara Bayaran Caruman Secara Online

Walaupun pendaftaran tidak boleh dilakukan secara dalam talian, proses pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan dalam talian.

Di bawah ialah senarai bank yang membenarkan pembayaran melalui Perbankan Internet:

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat

Tiada ambang minimum untuk pembayaran. Walau bagaimanapun, maksimum yang dibenarkan untuk bayaran i-Saraan adalah hanya RM60,000 setahun.

E. Kebaikan i-Saraan KWSP

Berikut adalah beberapa kelebihan, faedah dan manfaat i-Saraan KWSP:

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap dalam ekonomig gig.
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan Anda serta Anda masih boleh membuat pengeluaran.
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan.
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500 yang tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
Laman Web Rasmi KWSP Malaysia
Laman Web Rasmi KWSP Malaysia

Maklumat Lanjut Cara Daftar i-Saraan KWSP

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar i-Saraan KWSP dan selok belok KWSP Malaysia, Anda boleh melawati laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan. Di laman web tersebut, Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelbagai produk dan perkhidmatan KWSP dan cara daftar i-Saraan KWSP termasuk kaedah lain seperti penyata akaun, dividen dan banyak lagi.

Selain itu, Anda juga boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut daripada wakil khidmat pelanggan yang berpengalaman. Jangan ragu-ragu untuk mencari maklumat dan melakukan penyimpanan secara bijak untuk masa depan anda.

Setelah Anda selesai mendaftar akaun KWSP melalui i-Saraan, pastikan Anda menyimpan maklumat log masuk Anda dengan baik dan selamat. Anda juga perlu memantau baki akaun KWSP Anda secara berkala dan membuat penyumbangan bulanan mengikut kemampuan Anda. Dengan memanfaatkan sistem i-Saraan, Anda dapat menguruskan akaun KWSP Anda dengan lebih mudah dan pantas.

Jangan lupa bahawa simpanan di KWSP adalah salah satu cara yang bijak untuk menjana kekayaan jangka panjang bagi masa depan Anda. Teruskan berusaha dan mengambil inisiatif untuk menyimpan wang sejak awal untuk kestabilan kewangan Anda.