Cara Daftar Paypal

Paypal telah menjadi salah satu platform pembayaran dalam talian yang paling popular dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ia tidak hanya memudahkan urusan pembayaran dalam talian, tetapi juga memberikan fleksibiliti kepada peniaga dan individu untuk melakukan transaksi secara atas talian dengan mudah.

Bagi sesiapa yang baru mahu memulakan penggunaan Paypal, artikel ini akan membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang Cara Daftar Paypal dengan langkah-langkah yang mudah dan ringkas.

Cara Daftar Paypal

Apa itu Paypal?

PayPal adalah sebuah platform pembayaran dalam talian yang terkenal dan digunakan di seluruh dunia. Ia merupakan sebuah perkhidmatan kewangan dalam talian yang membolehkan individu, peniaga, dan organisasi untuk melakukan transaksi kewangan, pembayaran, dan penerimaan duit secara elektronik melalui internet.

PayPal menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pemindahan wang antarabangsa, pembayaran dalam talian di pelbagai laman web, dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan kewangan elektronik.

Ia juga sering digunakan dalam perdagangan atas talian dan sebagai alternatif kepada kaedah pembayaran konvensional seperti cek dan kad kredit. Dengan sistem keselamatan yang kukuh dan kemudahan penggunaan, PayPal telah menjadi pilihan utama dalam ekosistem perniagaan dan pembayaran dalam talian.

Fitur Paypal

PayPal menyediakan pelbagai fitur yang berguna untuk memudahkan urusan kewangan dalam talian. Beberapa fitur utama yang disediakan oleh PayPal termasuk:

  • Pemindahan Wang:
    – PayPal membolehkan pengguna untuk menghantar dan menerima wang dengan mudah antara akaun PayPal.
    – Kemudahan pemindahan wang ke dalam dan dari akaun bank tempatan dan antarabangsa.
  • Pembayaran dalam Talian:
    – Pengguna boleh menggunakan PayPal untuk membayar barang dan perkhidmatan di pelbagai laman web dalam talian tanpa perlu memberikan maklumat kad kredit kepada peniaga.
    – Kemudahan pembayaran secara selamat dengan hanya memasukkan alamat emel dan kata laluan PayPal.
  • Pemprosesan Kad Kredit:
    – PayPal membolehkan peniaga untuk memproses pembayaran menggunakan kad kredit dan menawarkan perkhidmatan pemprosesan transaksi dalam talian.
    – Ia membantu peniaga menerima pembayaran dari pelanggan yang menggunakan kad kredit.
  • Pengurusan Duit:
    – Alat pengurusan duit seperti akaun PayPal, aliran tunai, dan laporan transaksi memudahkan pengguna mengawal dan menguruskan dana mereka.
    – Pengguna boleh menyemak sejarah transaksi, baki akaun, dan mengesan pengeluaran dengan lebih baik.
  • PayPal.me:
    – Pengguna boleh mencipta pautan khusus PayPal.me yang memudahkan orang lain menghantar wang kepada mereka dengan mudah melalui pautan tersebut.
  • Pilihan Mata Wang:
    – PayPal membenarkan pemindahan dan transaksi dalam pelbagai mata wang, memudahkan perniagaan antarabangsa.
  • Perlindungan Pembeli:
    – PayPal menawarkan perlindungan kepada pembeli dalam kes-kes tertentu jika barang atau perkhidmatan yang mereka beli tidak sesuai dengan deskripsi atau tidak diterima.
  • Perkhidmatan Perniagaan:
    – PayPal menyediakan perkhidmatan kewangan khusus untuk peniaga dengan ciri-ciri seperti pemprosesan pembayaran dalam talian, laporan jualan, dan banyak lagi.
  • Aplikasi Mudah Alih:
    – Aplikasi PayPal mudah alih membolehkan pengguna mengakses akaun mereka, membuat pembayaran, dan menguruskan transaksi di mana-mana sahaja.
  • Integrasi E-commerce:
    – PayPal boleh diintegrasikan dengan pelbagai platform e-commerce dan sistem pembayaran dalam talian, menjadikannya pilihan yang popular di kalangan peniaga dalam talian.

Fitur-fitur ini menjadikan PayPal alat yang serba boleh untuk urusan kewangan dalam talian, baik untuk individu mahupun perniagaan.

Cara Daftar Paypal di Malaysia

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk panduan Cara Daftar Paypal:

  1. Pada web browser anda, masukkan Kata Kunci Paypal. Kemudian, pilih yang paling atas. Anda akan dibawa ke laman web rasmi untuk Paypal.
  2. Untuk lebih mudah, sila Anda terus sahaja taip https://paypal.com.
  3. Pada laman tersebut, sila tekan butang Sign Up Now yang tertera.
  4. Pada laman seterusnya, Anda pilih sama ada akaun anda tersebut ialah akaun peribadi atau akaun bisnes. Kemudian, Anda tekan butang Next.
  5. Kemudian, terdapat ruangan yang tertulis I’m an….. Sila Anda pilih status anda ialah pembeli barangan secara online (Individual shopper), atau Individual seller/freelancer, atau kedua-duanya. Sekiranya anda tidak pasti, pilih I’m not sure.
  6. Kemudian, Cara Daftar Paypal seterusnya tekan butang Next.
  7. Seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Email Address, sila masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  8. Pada ruangan Mobile Number, Anda masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  9. Pada ruangan Given Name, sila masukkan nama panggilan anda atau nama pertama anda.
  10. Pada ruangan Middle Name, Anda masukkan nama tengah anda.
  11. Pada ruangan Surname, Anda masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh memasukkan nama anda sendiri pada ruangan Given Name dan Surname. Sebagai contoh, sekiranya nama anda ialah Abdul Akmal, masukkan nama Abdul pada ruangan Given Name, manakala nama Akmal pada ruangan Surname. Atau, anda boleh memasukkan nama Akmal pada ruangan Given Name, manakala nama bapa anda pada ruangan Surname. Abaikan untuk ruangan Middle Name.
  12. Pada ruangan Create Your Password, sila masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara, mempunyai minimum satu nombor atau simbol.
  13. Pada ruangan Confirm Your Password, Anda masukkan sekali lagi password yang baru anda cipta untuk akaun Paypal anda.
  14. Selepas itu, pergi ke bahagian bawah, dan semak bendera yang tertera. Pastikan bendera yang tertera ialah bendera kewarganegaraan anda.
  15. Kemudian, sila tekan butang Next.
  16. Pada laman seterusnya, terdapat bahagian Confirm Your Number. Anda akan menerima SMS daripada Paypal yang mengandungi kod enam digit. Masukkan kod tersebut di ruangan yang disediakan. Sekiranya anda tidak menerima SMS tersebut, tekan link Send code again.
  17. Kemudian, pada laman seterusnya, ada beberapa ruangan lagi perlu anda isikan.
  18. Pada ruangan Nationality, sila masukkan negara untuk kewarganegaraan anda.
  19. Ini bahagian penting dalam langkah dan cara daftar Paypal Malaysia. Pada ruangan Identification Type, sila Anda pilih jenis pengenalan yang anda ingin gunakan, sama ada National ID untuk kad pengenalan anda, Driving License untuk nombor lesen memandu anda, ataupun Passport Number untuk nombor passport
  20. Kemudian, pada ruangan Document Number, sila Anda masukkan nombor pendaftaran tersebut.
  21. Pada ruangan Address Line 1, Anda masukkan alamat penuh surat-menyurat anda. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sambung pada Address line 2.
  22. Pada ruangan Postal Code, sila masukkan poskod untuk alamat anda.
  23. Pada ruangan City/Town/Locality, sila Anda masukkan bandar untuk alamat anda.
  24. Pada ruangan State/Federal Territory, Anda pilih negeri untuk alamat anda.
  25. Pada ruangan Date of Birth, Anda masukkan tarikh lahir anda. Format tarikh lahir yang perlu anda masukkan di ruangan ini ialah Bulan/Tarikh/Tahun.
  26. Pada kenyataan Activate One Touch, sila pilih sama ada anda ingin menggunakan perkhidmatan One Touch atau tidak. One Touch membolehkan anda untuk terus menggunakan akaun Paypal anda pada bila-bila masa setiap kali anda ingin membuat pembelian secara online, di mana akaun Paypal anda tidak akan terkeluar atau log out secara automatik. Jadi, anda tidak perlu memasukkan password anda setiap kali ingin mula membuat pembayaran. Sekiranya anda ingin gunakan perkhidmatan ini, tick pada kenyataan tersebut.
  27. Kemudian, sila Anda tekan User Agreement dan Privacy Statement untuk membaca terma dan persetujuan anda sebagai pengguna Paypal terhadap polisi dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Paypal. Sekiranya anda bersetuju, tick pada kenyataan tersebut.
  28. Seterusya, sila tekan butang Agree and Create Account.
  29. Akaun Paypal anda berjaya didaftar.
  30. Panduan dan cara daftar Paypal sudah tamat.
  31. Tekan Get Started untuk mulakan shopping anda secara online.
  32. Selesai, untuk panduan Cara Daftar Paypal.

Baca juga: Cara Langgan Apple One.

Cara Login Paypal

Sebelum anda boleh menggunakan Paypal untuk memindahkan dan menerima bayaran, anda mesti log masuk terlebih dahulu. Di bawah adalah langkah-langlahnya:

  1. Layari laman web rasmi Paypal di sini: https://paypal.com.
  2. Klik butang Log In di bahagian menu atas sebelah kanan.
  3. Masukkan Email atau Nombor Telefon.
  4. Tekan butang Next.
  5. Masukkan Password.
  6. Tekan butang Log In.
  7. Sekiranya tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem Paypal.
  8. Selesai.

Cara Menggunakan Paypal

Terdapat dua fungsi yang paling selalu digunakan iaitu Send dan Request.

A. Send Payment
Untuk menghantar atau transfer atau memindahkan wang kepada seseorang:

  1. Klik menu Send & Request di bahagian atas.
  2. Klik tab Send.
  3. Masukkan Email Penerima.
  4. Masukkan Amaun dalam matawang yang dikehendaki.
  5. Tekan butang Continue.
  6. Semak jumlah wang yang akan dihantar.
  7. Tekan butang Send Payment Now.
  8. Selesai

B. Request Payment
Untuk terima bayaran atau receive payment dari seseorang:

  1. Klik menu Send & Request di bahagian atas.
  2. Klik tab Request.
  3. Masukkan Email orang yang akan berikan kita duit.
  4. Masukkan Amaun dalam matawang yang dikehendaki.
  5. Semak jumlah wang yang dipinta.
  6. Tekan butang Request Payment.
  7. Selesai.

Transfer & Receive Duit Paypal guna Kad Debit & Kad Kredit

Jika anda ingin menerima atau menghantar wang, anda boleh menggunakan kad debit atau kredit. Cara ini perlu menyambungkan akaun bank yang dipilih dengan Paypal.

Antara bank yang popular di Malaysia ialah seperti berikut:

  • Maybank
  • CIMB
  • Bank Islam

Dalam dunia yang semakin berkembang dalam teknologi, pendaftaran PayPal adalah langkah yang penting bagi mereka yang ingin menikmati kemudahan dan kecepatan dalam urusan kewangan dalam talian. Dengan artikel Cara Daftar Paypal ini, kita telah menjelaskan dengan jelas langkah-langkah untuk mendaftar akaun PayPal, membolehkan anda mula menjalankan transaksi dalam talian dengan lebih mudah dan selamat.

Dengan PayPal, dunia kewangan dalam talian menjadi lebih hampir dan mudah dijangkau, memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada pengguna dalam menguruskan wang mereka secara elektronik. Mari terus memanfaatkan kelebihan teknologi ini untuk menjadikan urusan kewangan kita lebih cekap dan efisien.