Semakin ramai usahawan di Malaysia yang memilih untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara dalam talian menggunakan SSM EzBiz. Ini disebabkan kerana proses pendaftaran yang mudah, cepat dan efisien serta dapat menghematkan masa dan tenaga.
Pendaftaran perniagaan secara sah dan resmi dengan SSM adalah penting untuk memastikan bahawa perniagaan anda beroperasi secara sah dan memenuhi semua keperluan undang-undang di Malaysia. Melalui SSM EzBiz, anda dapat mendaftarkan perniagaan anda secara dalam talian dengan mudah dan efektif.
Artikel ini akan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendaftar SSM online menggunakan SSM EzBiz, serta dokumen yang diperlukan dan kos yang terlibat. Dengan membaca artikel ini, anda akan dapat memahami cara daftar SSM online dengan lebih mudah dan memulakan perniagaan anda dengan lebih yakin.
Sedikit Mengenai SSM
SSM Malaysia ialah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab dalam pendaftaran syarikat dan perniagaan di Malaysia. Lembaga ini juga menyediakan maklumat berkaitan syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Proses pendaftaran boleh dilakukan melalui kaunter di cawangan pejabat SSM seluruh negara atau secara online.
SSM memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia dengan memastikan bahawa semua syarikat dan perniagaan di negara ini beroperasi secara sah dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Melalui SSM, usahawan dan pelabur dapat memulakan perniagaan mereka dengan yakin, sambil memastikan kepatuhan undang-undang dan memenuhi semua keperluan pendaftaran. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan bagaimana mendaftar perniagaan dengan SSM secara online, menggunakan platform SSM ezbiz yang mudah dan efisien.
Baca juga: Pinjaman Peribadi BSN untuk Kaki Tangan Kerajaan.
Perniagaan yang Boleh Didaftarkan Di SSM
Mengikut maklumat yang kami perolehi daripada laman web SSM, perniagaan adalah suatu aktiviti yang merangkumi sebarang bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan dengan tujuan untuk mengaut keuntungan, tetapi tidak termasuk apa-apa jawatan atau pekerjaan atau apa-apa usaha amal atau kerja apa sahaja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
Dalam erti kata lain, selain daripada perniagaan menjual barangan atau makanan, perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan teksi motosikal atau freelancing juga merupakan perniagaan yang boleh didaftarkan.
Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanyalah yang beroperasi di Malaysia Barat, termasuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan amnya adalah seperti berikut:
- Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
- Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.
Berikut senarai beberapa jenis perniagaan yang boleh didaftarkan dengan SSM Malaysia iaitu:
- Perniagaan individu: Bisnis individu yang dimiliki dan dijalankan oleh seorang pemilik tunggal, di mana pemilik bertanggungjawab atas semua keuntungan dan kerugian bisnis.
- Syarikat Sendirian Berhad (SSB): Syarikat yang dimiliki oleh satu atau beberapa pemegang saham, di mana tanggungjawab pemilik terhad terhadap kerugian bisnis dan syarikat dianggap sebagai entiti yang berasingan.
- Syarikat Awam Berhad (SAB): Syarikat yang dimiliki oleh banyak pemegang saham dan sahamnya boleh didagangkan di pasaran saham.
- Perkongsian: Bisnis yang dimiliki oleh dua atau lebih individu yang berkongsi keuntungan dan tanggungjawab bisnis.
- Koperasi: Bisnis yang dimiliki dan dijalankan oleh anggota koperasi, di mana anggota memiliki saham dalam koperasi dan turut serta dalam keputusan dan pengurusan bisnis.
- Usaha Sama-sama: Bentuk perniagaan di mana dua atau lebih individu atau syarikat berkolaborasi untuk memulakan atau menjalankan bisnis, di mana keuntungan dan risiko dibahagikan di antara semua pihak.
- Cawangan Syarikat Luar Negeri: Syarikat luar negeri yang ingin memulakan operasi di Malaysia dan membuka cawangan di negara ini harus didaftarkan dengan SSM untuk mematuhi peraturan dan perundangan yang berlaku di Malaysia.
- Perniagaan Sosial: Bisnis yang mempunyai tujuan sosial dan kebajikan masyarakat selain daripada mencapai keuntungan finansial.
Perlu diingatkan bahawa jenis perniagaan dan kaedah pendaftaran mungkin berbeza bergantung kepada keperluan dan kehendak individu atau syarikat. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran perniagaan dengan SSM daripada sumber yang sah dan boleh dipercayai sebelum membuat keputusan.
Baca juga: Cara Bayar Saman JPJ Online.
Syarat Pendaftaran Perniagaan
- Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
- Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
Garis panduan/peruntukan lain yang berkaitan:
- Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
- Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
- Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
- Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
Cara Daftar SSM Online EzBiz
Terdapat dua cara untuk mendaftar perniagaan anda dengan SSM, iaitu pergi ke kaunter di mana-mana pejabat cawangan SSM di seluruh Malaysia, atau mendaftar secara online. Cara daftar SSM online bisa melalui website dan video call (panggilan video).
I. Cara Daftar SSM Online EzBiz di Laman Web (Website)
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/.
- Setelah itu, Anda akan tiba di portal rasmi SSM ezbiz untuk membuat pendaftaran.
- Terdapat paparan untuk login. Sila Anda tekan butang Sign Up.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Id Type, sila Anda pilih jenis ID yang anda ingin masukkan. Untuk memudahkan, bisa pilih NRIC, untuk kad pengenalan baru.
- Pada ruangan Id Nombor, sila masukkan nombor kad pengenalan anda, tanpa tanda sempang. (Contohnya, 800110044012).
- Kemudian, pada ruangan Name as per IC, sila masukkan nama penuh anda, seperti dan Wajib sama dengan nama yang tertera pada kad pengenalan anda.
- Setelah itu, tekan butang Register untuk meneruskan proses dan cara daftar SSM online.
- Pada laman seterusnya, sila Anda baca penerangan tentang Ezbiz.
- Untuk langkah seterusnya, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan SSM yang terdekat untuk membuat pengesahan pendaftaran akaun anda.
- Bawa kad pengenalan anda, dan anda akan diberikan thumbprint. Setelah itu, anda akan berjaya mengaktifkan akaun anda.
- Buka semula akaun anda. Kemudian Login ke akaun anda. Kemudian, pada menu, sila Anda tekan My Business Services.
- Di bawah sub-menu New Business Registration, sila Anda tekan link New Business untuk mula mendaftar perniagaan anda.
- Pada laman SSM ezbiz seterusnya, terdapat beberapa ruangan untuk diisikan. Sila isi kesemuanya, dan Wajib isi pada ruangan yang bertanda (*) berwarna merah.
- Pada Name Type, Anda perlu pilih jenis nama perniagaan anda, sama ada Personal Name, atau Trade Name untuk daftar SSM online.
- Pada ruangan Business Name, sila Anda masukkan nama perniagaan anda.
- Pada Business Start Date, pilih tarikh untuk anda ingin mulakan perniagaan anda.
- Pada Partnership Agreement Date, Anda perlu masukkan tarikh untuk sebarang partnership agreement aktif (sekiranya ada).
- Isikan di bahagian-bahagian lain seperti Registration Period, Business Info untuk info tentang bisnes anda, Status, Incubator, Is Online Seller untuk memastikan sama ada perniagaan anda jenis online seller atau tidak, dan bahagian alamat syarikat di Main Address dan juga Mailing Address untuk alamat surat-menyurat. Isi kesemuanya.
- Kemudian, sila tekan butang Next.
- Selain itu, Anda juga diminta untuk mengisi bahagian seksyen lain, iaitu Branches, Business Code, Owners sehingga ke Fees & Declaration.
- Pada seksyen Fees & Declaration, anda akan membuat pembayaran untuk pendaftaran syarikat anda. Jumlah bayaran yang tertera adalah berdasarkan pilihan-pilihan yang telah anda tetapkan untuk perniagaan anda, seperti pada Name Type dan juga Registration Period.
- Seterusnya, Tick pada pernyataan di bawah, tanda anda bersetuju dengan terma & syarat.
- Kemudian, tekan butang Submit Payment untuk teruskan proses dan ikuti cara daftar SSM ezbiz secara online.
- Pada laman seterusnya, anda boleh menekan Pay Over The Counter untuk membayar di kaunter di mana-mana cawangan SSM yang terdekat. Atau, tekan butang Pay Online untuk membayar secara online.
- Untuk membayar secara online, anda boleh menggunakan dua cara, iaitu membayar menggunakan kad kredit/debit, atau membayar secara online banking.
- Jika anda ingin membayar secara kad kredit/debit, pada ruangan yang tertera di bawah Pay with Credit or Debit Card, masukkan maklumat yang diperlukan. Pada Cardholder Name, masukkan nama anda, sama seperti nama yang anda daftarkan untuk kad anda.
- Pada Card Number, sila Anda masukkan nombor kad yang tertera di bahagian hadapan kad kredit/debit anda.
- Pada Expiration Date, masukkan tarikh luput kad debit/kredit anda. Pada MM, masukkan bulan, manakala pada YYYY, masukkan tahun. Tarikh luput ini tertera pada bahagian hadapan kad anda. (Contohnya, tertera 05/25, yang bermaksud Mei 2025).
- Pada CVV, masukkan tiga digit yang tertera pada bahagian belakang kad kredit/debit anda.
- Kemudian, tekan butang Submit Payment.
- Sekiranya anda ingin membayar menggunakan online banking, pilih mana-mana ikon bank yang tertera. Setelah klik ikon tersebut, anda akan dibawa ke laman rasmi bank tersebut. Contohnya, jika anda pilih CIMB Clicks, anda akan dibawa ke laman rasmi CIMB Clicks.
- Seterusnya, sila ikut prosedur pembayaran online banking melalui CIMB Clicks, sehingga proses pembayaran anda selesai.
- Cara daftar SSM online (ezbiz) dan pendaftaran perniagaan anda selesai.
Berikut ialah panduan bergambar yang boleh anda ikuti:
- Gambar 1: Sign Up, isikan maklumat yang bertanda (*), tekan Register, tanda (√) pada Declaration dan kemudian tekan Save. Setelah itu pengguna akan menerima notifikasi email pengaktifan akaun.
- Gambar 2: Tekan Sign In semula pada portal Ezbiz Online, klik User Profile dan pilih User Verification Request. Kemudian klik Add New.
- Gambar 3: Lampirkan dokumen wajib, klik Submit.
II. Pendaftaran EzBiz Online Melalui Panggilan Video
Pengesahan pengguna perkhidmatan EzBiz Online semasa boleh dilakukan melalui panggilan video. Dasar ini berkuatkuasa mulai 4 Mac 2022.
Ini merupakan kaedah tambahan untuk pengesahan pengguna perkhidmatan EzBiz Online untuk pendaftaran pengguna baharu.
Perkhidmatan pengesahan melalui panggilan video ini merupakan kaedah tambahan bagi pengesahan pengguna Ezbiz online untuk pendaftaran pengguna baharu.
Di bawah, kami akan berkongsi cara untuk mengesahkan pengguna melalui perkhidmatan EzBiz Online melalui panggilan video. Sila ikuti langkah-langkah ini:
- Langkah 1: Pengguna dikehendaki mengisi maklumat bertanda “mandatory” dalam kotak merah.
- Langkah 2: Pengguna dikehendaki memilih janji temu di Pejabat SSM.
- Langkah 3: Pengguna dikehendaki memilih tarikh janji temu yang masih kosong.
- Langkah 4: Pengguna dikehendaki memilih satu slot waktu janji temu.
- Langkah 5: Pengguna dikehendaki mengisi semua maklumat sekuriti yang diminta.
- Langkah 6: Sila “klik checkbox” sebagai persetujuan terma dan syarat.
- Langkah 7: Pengguna perlu mengisi semua maklumat mandotary yang diminta.
- Langkag 8: Contoh paparan maklumat yang lengkap dan sedia untuk dihantar.
- Langkah 9: Notifikasi Janji Temu Panggilan Video akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Langkah 10: Pengguna akan menerima email pengesahan Janji Temu Pengesahan EzBiz Online.
- Selesai.
Baca juga: Bantuan Bulanan Warga Emas.
Login Selepas Pendaftaran SSM
Apabila anda telah menyelesaikan proses pendaftaran SSM, anda kini boleh log masuk ke SSM ezbiz. Anda dapat mengikuti langkah-langkah di bawah ini:
- Sila Anada layari laman web rasmi SSM di https://ezbiz.ssm.com.my.
- Seterusnya, Anda kini berada di bahagian Sign In.
- Sila masukkan Username.
- Lalu, masukkan Password.
- Kemudian, tekan ikon mata untuk melihat password yang anda taip.
- Setelah itu, masukkan Verification Code seperti yang terpapar.
- Kemudian, tekan butang Sign In.
- Anda kini telah berjaya login SSM.
Bayaran Pendaftaran EzBiz SSM
Senarai fi/yuran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat dengan SSM Malaysia adalah seperti berikut:
- Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
- Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
- Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
- Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00.
Panduan Memilih Nama Perniagaan
Pendaftaran perniagaan boleh didaftarkan dengan menggunakan nama anda sendiri atau nama ‘Tred’.
Anda juga boleh menyemak sama ada nama perniagaan tersebut telah didaftarkan atau tidak di portal SSM MyData.
- Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy.
- Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.
Nota: Rujuk selanjutnya Panduan Daftar Nama Perniagaan oleh SSM untuk panduan memilih nama perniagaan
Cara Renew SSM Online
Sekiranya perniagaan Enterprise anda sudah tamat tempoh dan anda berminat untuk memperbaharuinya secara online (secara dalam talian), sila Anda rujuk artikel Cara Renew SSM Secara Online.
Maklumat Lanjut
Segala input dan pertanyaan tentang cara mendaftar SSM boleh dikemukakan melalui:
I. MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.
II. Pusat Panggilan SSM
Tel: 03-7721 4000
Faks: 03-7721 4001
Emel : [email protected]
Itulah tadi maklumat mengenai cara daftar SSM online. Semoga perkongsian cara daftar SSM online memudahkan anda untuk mendaftarkan entiti perniagaan anda.