Bantuan Bulanan Warga Emas

Bagi Anda yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usia, Anda kini boleh memohon bantuan warga emas bulanan sebanyak RM350.

Bantuan bulanan warga emas ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kebajikan mereka di dalam masyarakat.

Sebagai makluman kepada kita semua, bantuan bulanan warga emas RM350 sebulan ini telah lama wujud. Namun, kebelakangan ini ramai yang hanya menyedari kewujudan Bantuan Orang Tua (BOT) daripada kerajaan.

Sila teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana untuk memohon bantuan bulanan warga emas RM350 ini.

Bantuan Bulanan Warga Emas 2020

Bantuan Bulanan Warga Emas 2020 (RM350 untuk Orang Tua)

Bantuan bulanan warga emas RM350 sebulan ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kebajikan mereka di dalam masyarakat.

A. Kelayakan Bantuan Bulanan Warga Emas RM350 untuk Orang Tua

Sebelum Anda memohon Bantuan Bulanan Warga Emas RM350 untuk Orang Tua ini, sila Anda baca kriteria di bawah untuk melihat samada layak atau tidak:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara.
  • Pemohon mestilah seorang pemastautin di Malaysi.
  • Pemohon ialah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Warga emas bukan tinggal di institusi kendalian JKM.
  • Warga emas juga bukan tinggal di pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.

Nota: Namun sekiranya tidak memenuhi kelayakan di atas, ia masih layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. Tetapi apa-apa kes adalah perlu.

Baca juga: Pakej Bantuan Permai.

B. Cara Memohon Bantuan Bulanan Warga Emas RM350

Permohonan dan juga semakan status permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) boleh dibuat dengan menghubungi dan menghadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran dengan rumah Anda. Kami mengesyorkan supaya Anda memuat turun (download) dan mengisi borang permohonan bantuan JKM yang telah sedia.

Sebaik-baiknya, pada pendapat kami, permohonan bantuan RM350 untuk warga emas dilakukan secara online melalui sistem eBantuan JKM.

Berikut ialah cara untuk melihat pertimbangan pemberian bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum memohon bantuan bulanan RM350 Warga Emas secara online:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di http://spbk.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Seterusnta, Anda kini berada di dalam Sistem Pengurusan Bantuan Kebajika eBantuan JKM.
  3. Kemudian, klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
  4. Setelah itu, sila baca dan fahamkan notis yang dipaparkan.
  5. Lalu, klik butang Daftar Permohonan.
  6. Setelah itu, pilih Negeri.
  7. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa tanda sempang.
  8. Contohnya: 60010146666 dan bukannnya 600101-14-6666.
  9. Kemudian, klik butang Daftar.
  10. Setelah itu, isikan Bahagian A iaitu Maklumat Pendapatan:
    • Isi Pendapatan Pemohon/Ketua Keluarga iaitu Pendapatan Kasar Bulanan.
    • Isi Pendapatan Isteri/Suami.
    • Isi Pendapatan Ahli Isi Rumah Yang Tinggal Bersama.
    • Isi Pendapatan Pencen Bulanan (JPA/SOCSO dan lain-lain).
    • Masukkan lain-lain pendapatan.
    • Masukkan maklumat pemilikan kereta.
    • Tick jika ada menggunakan telefon pintar/Astro/Internet.
    • Tick jika ada menggunakan kelengkapan aircond.
  11. Lalu, lihat Bahagian B iaitu Maklumat Keperluan Bulanan.
  12. Setelah itu, tekan butang Keputusan.
  13. Jika butang Keputusan tidak menunjukkan apa-apa, sila Anda hubungi JKM untuk maklumat lanjut:
    • Nombor Telefon: 03 – 8000 8000.
    • Email: [email protected].
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
    Aras 6, 9 – 18 , No 55, Persiaran Perdana
    Presint 4, 62100 Putrajaya.

Sila Hadir Ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat

  1. Sila ambil maklum bahawa pemohon atau wakil dikehendaki hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam sistem eBantuan JKM.
  2. Masa yang diberikan adalah dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
  3. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen yang Perlu Disediakan untuk Borang Bantuan Bulanan RM350

  • Salinan fotostat Kad Pengenalan/MyKad Pemohon.
  • Salinan fotostat Kad Pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Sertakan salinan alah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/Astro) yang menunjukkan alamat rumah.
  • Jika bekerja sendiri, sediakan salinan penyata pendapatan/surat akuan pendapatan.
  • Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan PEMERKASA.

C. Semakan eBantuan JKM Bantuan Orang Tua (BOT)

Berikut adalah cara menyemak bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum memohon bantuan RM350 bulanan Warga Emas secara online:

  1. Sila Anda layari laman web rasmi eBantuan JKM di http://spbk.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Seterusnya, Anda kini berada di dalam Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan eBantuan JKM.
  3. Kemudian, Anda klik Semakan Status Permohonan Online.
  4. Setelah itu, masukkan Nombor Kad Pengenalan seperti yang didaftarkan semasa permohonan.
  5. Seterusnya, sila ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan.

Baca juga: Cara Login Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Sebagai maklumat yang dikongsi, senarai yang dipaparkan hanya akan memaparkan status bantuan yang telah diminta atau sedang diterima. Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan yang telah dikemukakan, sila hubungi Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan tempat bantuan diminta.

Itulah tadi maklumat mengenai Bantuan Bulanan Warga Emas 2020 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.