Dalam perutusan khas Perdana Menteri Malaysia pada 18 Januari 2021, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan pakej bantuan terbaharu iaitu Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia yang juga dikenali sebagai Pakej Bantuan PERMAI 2021.
Bagi Anda yang masih keliru tentang kandungan dan hasrat pakej bantuan PERMAI 2021, izinkan kami mengambil peluang ini untuk membuat semakan sedikit.
PERMAI 2021: Pakej Bantuan PERMAI Bernilai RM15 Billion
Terdapat tiga objektif atau matlamat pakej bantuan PERMAI iaitu:
- Memerangi wabak Covid-19.
- Memulihkan kebajikan rakyat.
- Menyokong kelangsungan perniagaan.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan PEMERKASA.
Intipati PERMAI 2021
Terdapat banyak pengumuman atau maklumat yang diumumkan dalam perutusan khas Perdana Menteri Malaysia pada 18 Januari 2021, Tan Sri Muhyiddin. Berikut ialah beberapa bantuan penting yang perlu Anda ketahui:
- Bantuan BPN 2.0 yang diumumkan pada tahun 2020 akan disegerakan/dipercepatkan. Untuk tarikh pembayaran, Anda boleh menyemak BPN 2.0 semasa masuk.
- Program Bakul Makanan diperkenalkan. Setiap penerima yang layak akan menerima bakul makanan yang bernilai RM100 sebakul.
- Moratorium dari bank-bank akan dilanjutkan lagi.
- Pengurangan ansuran pinjaman untuk pinjaman kereta dan pinjaman perumahan.
- Moratorium untuk bayaran pinjaman PTPTN dan pinjaman MARA diperkenalkan. Tempoh ini adalah sehingga 31 Mac 2021 sahaja.
- Pemohon i-Sinar KWSP bagi Kategori 2 akan terima pendahuluan sebanayk RM1,000 mulai 26 Januari 2021.
- Data internet percuma 1GB akan diberikan sehingga hujung bulan April 2021.
- Calon SPM/STPM dan pelajar IPT akan terima pakej telekomunikasi khas sehingga hujung April 2021 nanti.
- Program Subsidi Upah akan diteruskan oleh pihak PERKESO.
- Abang rider foodpanda, Grab Food dan lain-lain akan diberi caruman PERKESO.
- Pemandu teksi, Grab dan e-hailing serta pemandu bas akan terima bantuan one-off sebanyak RM500.
- Rakyat Malaysia akan menerima diskaun bil elektrik dari TNB sebanyak 10% sehingga Mc 2021 bagi sektor-sektor yang terkesan sahaja. Jadi, penurunan bil adalah dijangka sehingga 9% dari Januari – Jun 2021 bagi semua pengguna.
Baca juga: Cara Login Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Bantuan PERMAI 2021 untuk Majikan dan Syarikat
- Skim mikro kredit akan diteruskan melalui program BSN Micro, Tekun dan Agro Bank.
- Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi akan diperkenalkan. Kerajaan akan memberikan jaminan pinjaman sehingga 50%.
- Bagi mana-mana syarikat yang tidak beroperasi semasa PKP ini, kerajaan melalui HRDF akan memberikan pengecualian levi/retribusi kepada majikan.
Pakej Bantuan PERMAI 2021 diharap dapat memberikan semangat baharu kepada setiap individu dan juga syarikat yang mendapat impak besar dalam kehidupan seharian mereka.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan BKC Bujang.
Itulah tadi maklumat mengenai Pakej Bantuan PERMAI 2021 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.