Cara Login Bantuan Prihatin Nasional BPN

Pada awal April 2020, terdapat banyak warga Malaysia yang mencari panduan untuk memohon bantuan dari Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang baru diumumkan oleh pemerintah.

Namun, perlu diingat bahawa panduan cara login Bantuan Prihatin Nasional BPN ini adalah untuk BPN 1.0 yang lama. Jika Anda mencari pembaruan terkini, sila merujuk ke metode login BPN 2.0 yang baru.

Banyak individu yang merasa kecewa kerana kepadatan trafik yang tinggi menyebabkan ia sukar diakses. Tetapi, jika Anda masih ingin mencuba, Anda boleh mengikuti langkah-langkah login BPN seperti yang tertera di bawah ini.

Selepas berjaya login dan memohon bantuan, pastikan untuk memeriksa status permohonan BPN dan pembayaran telah diterima atau belum. Anda juga boleh merujuk ke BPN 101 untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon Bantuan Prihatin Nasional dari awal hingga akhir.

Cara Login Bantuan Prihatin Nasional BPN

Cara Login Bantuan Prihatin Nasional BPN (bpn.hasil.gov.my)

Terdapat beberapa pautan (link) yang boleh Anda cuba cuba log masuk ke Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

A. Login melalui hasil.gov.my

Berikut adalah langkah-langkah cara login Bantuan Prihatin Nasional BPN melalui web hasil.gov.my:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari hasil.gov.my.
  2. Lalu lihat baris yang pertama.
  3. Kemudian, klik Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
  4. Setelah itu, Anda akan dibawa ke bpn.hasil.gov.my.

B. Login melalui bsh.hasil.gov.my

Berikut adalah langkah-langkah cara login Bantuan Prihatin Nasional BPN melalui web bsh.hasil.gov.my:

  1. Sila Anda layari bsh.hasil.gov.my.
  2. Lalu, lihat bahagian atas sekali, iaitu tulis Bantuan Prihatin Nasional.
  3. Kemudian, klik https://bpn.hasil.gov.my.
  4. Seterusnya, Anda akan dibawa ke bpn.hasil.gov.my.

C. Cara Login Bantuan Prihatin Nasional BPN melalui bpn.hasil.gov.my

Jika Anda cuba log masuk (login) melalui hasil.gov.my atau bsh.hasil.gov.my, pautan asal juga adalah bpn.hasil.gov.my.

Untuk mengesahkan bahawa halaman BPN yang Anda cuba akses adalah sah, pastikan Anda melihat skrin yang serupa dengan yang berikut:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.
  2. Lalu lihat pada Semakan Status.
  3. Kemudian, masukkan Nombor MyKad Anda.
  4. Setelah itu, klik butang carian.
  5. Seterusnya, ruangan Captcha akan dipaparkan.
  6. Sila masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan.
  7. Kemudian, klik butang Semak.
  8. Sila Anda tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan.
  9. Terdapat tiga (3) status semakan yang akan dipaparkan:
    • Jika status Lulus: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status Tidak Lulus: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Juga tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status Tiada Rekod: Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional.
  10. Sebarangkan persoalan tentang status lulus atau tidak, sila Anda hubungi Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN untuk kepastian dan maklumat lanjut.

Baca juga: Cara Permohonan BPN Online.

Yang Perlu Login & Memohon BPN

Berikut adalah senarai atau ringkasan kumpulan/golongan yang perlu mendaftar dan log masuk ke Bantuan Prihatin Nasional.

Jika Anda bukan salah satu kumpulan di bawah, Anda tidak perlu mendaftar.

1. Golongan sudah Berkahwin Pendapatan RM4,000

Orang sudah berkahwin dengan peruntukan pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, Anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) jika tidak pernah terima BSH sebelum ini.

2. Golongan sudah Berkahwin Pendapatan RM4,001 – RM8,000

Orang sudah berkahwin dengan peruntukan pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000.

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, Anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN.

3. Orang Bujang Pendapatan RM2,000

Orang Bujang dengan peruntukan pendapatan isi rumah adalah RM2,000 dan ke bawah.

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, Anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) jika tidak pernah terima BSH sebelum ini.

4. Orang Bujang Pendapatan RM2,000 – RM4,000

Orang Bujang dengan peruntukan pendapatan isi rumah RM2,000 hingga RM4,000.

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, Anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, Anda perlu baru permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN.

Kami berharap Anda dapat memahami penjelasan tentang cara memohon Bantuan Prihatin Nasional di atas.

Baca juga: Maksud Status BPN Dalam Proses.

Maklumat Lanjut Bantuan Prihatin Nasional

Sekiranya Anda tidak dapat mengakses pautan yang diberikan dan ingin bertanya beberapa perkara berkaitan BPN, kami cadangkan Anda menghubungi nombor telefon yang telah kami tulis di bawah:

I. Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia

Nombor Telefon

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Waktu operasi BPN oleh MOF: 9 pagi – 5 petang.

Hari: Ahad – Jumaat.

Email

Waktu operasi: 24 jam.

Telegram

MOF PRE 2020.

II. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Nombor Telefon

  • 1-800-882-747
  • 03-8911 1000

Waktu operasi BPN oleh LHDN: 9 pagi – 5 petang.

Hari: Ahad – Jumaat.

Itulah tadi maklumat mengenai cara login Bantuan Prihatin Nasional BPN yang boleh kami kongsikan untuk Anda.