Cara Permohonan BPN Online

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah membantu banyak keluarga di seluruh negara dalam menghadapi kesulitan ekonomi yang disebabkan oleh pandemi COVID-19. Namun, untuk memastikan bantuan ini dapat diterima oleh mereka yang membutuhkan, banyak orang masih bingung tentang cara mendaftar dan mengajukan permohonan.

Untuk itu, artikel ini akan memberikan panduan lengkap tentang cara permohonan BPN online, sehingga siapa saja yang memenuhi syarat dapat menerima bantuan yang mereka butuhkan.

Cara Permohonan BPN Online 2021

Sedikit Mengenai BPN (Bantuan Prihatin Nasional)

BPN (Bantuan Prihatin Nasional) 2021 adalah program bantuan sosial daripada kerajaan Malaysia yang dilancarkan pada 2021 bagi membantu meringankan beban ekonomi masyarakat akibat pandemik COVID-19. Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada keluarga yang terjejas ekonomi akibat wabak tersebut.

Yang Layak Terima Bantuan Prihatin Nasional

Berikut ialah tangkapan skrin siaran media di Facebook Kementerian Kewangan Malaysia yang kami berjaya dapatkan.

Pertama, pastikan Anda berada dalam salah satu kumpulan ini untuk layak memohon bantuan ini.

1. BPN Berkahwin, untuk Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke Bawah

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin.
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri.
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1600.
  • Amaun sebanyak RM1000 akan diberikan pada bulan April 2020.
  • Amaun sebanyak RM600 akan diberikan pada bulan Mei 2020.

2. BPN Berkahwin, untuk Pendapatan Isi Rumah RM4,001 Hingga RM8,000

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin.
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri.
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000.
  • Jumlah RM500 pada bulan April 2020.
  • Jumlan RM500 pada bulan Mei 2020.

3. BPN bujang, untuk yang Berusia 21 Tahun ke Atas, Berpendapatan Bawah RM2000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan.
  • Khas untuk yang gaji bawah RM2000.
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM800.
  • Jumlah RM500 akan diberi pada bulan April 2020.
  • Jumlah RM300 akan diberi pada bulan Mei 2020.

4. BPN Bujang, untuk yang Berusia 21 Tahun ke Atas, Berpendapatan RM2000-RM4000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini.
  • Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000.
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM500.
  • Jumlah RM250 akan diberi pada bulan April 2020.
  • Jumlah RM250 akan diberi pada bulan Mei 2020.

Baca juga: Cara Login Bantuan Prihatin Nasional BPN.

Cara Permohonan BPN Online (Bantuan Prihatin Rakyat) 2021

Anda perlu tahu status Anda Lulus, Tidak Lulus (Gagal) atau Tiada Rekod.

Sila ikuti langkah di bawah untuk menyemak status Anda.

A. Semak Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

  1. Sila Anda layari laman web rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.
  2. Lalu lihat pada bahagian Semakan Status.
  3. Kemudian, masukkan Nombor MyKad Anda.
  4. Kemudian, klik butang Carian.
  5. Setelah itu, ruangan Captcha akan dipaparkan.
  6. Sila masukkan aksara Captcha yang dipaparkan.
  7. Kemudian, klik butang Semak.
  8. Sila Anda tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan.
  9. Seterusnya, terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
    • Jika status Lulus: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status Tidak Lulus: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Juga tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status Tiada Rekod: Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional.
  10. Selesai.

B. Daftar Bantuan Prihatin Nasional

Seperti yang dinyatakan di atas, sekiranya status pemeriksaan BPN Anda adalah Tiada Rekod, maka permohonan baharu perlu dibuat.

Cara memohon Bantuan Prihatin Nasional lebih mudah jika Anda mendaftar akaun BPN.

Sila Anda ikuti langkah-langkah pendaftaran BPN seperti di bawah:

  1. Sila Anda layari laman web rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.
  2. Lalu lihat pada bahagian Semakan Status.
  3. Kemudian, masukkan Nombor MyKad Anda.
  4. Kemudian, klik butang Carian.
  5. Setelah itu, ruangan Captcha akan dipaparkan.
  6. Sila masukkan aksara Captcha yang dipaparkan.
  7. Kemudian, klik butang Semak.
  8. Pastikan status semakan Anda ialah Tiada Rekod.
  9. Kemudian, klik butang Permohonan Baru.
  10. Setelah itu, Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan.
  11. Soalan pertama ialah Apakah status kahwin Anda yang telah didaftarkan?
  12. Sila Anda pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin Anda yang terkini iaitu:
    Kahwin
    Ibu Bapa Tunggal Balu / Janda / Dua Dan Mempunyai Anak
    Bujang
  13. Kemudian, klik Teruskan.
  14. Untuk soalan kedua ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
  15. Sila taip bandar Anda tinggal. Contoh bandar: Seremban.
  16. Kemudian, klik Teruskan.
  17. Kini Anda akan berada di bahagian Pendaftaran BPN.
  18. Sila masukkan Nama Penuh Anda.
  19. Anda tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia sudah diisi secara automatik.
  20. Lalu pilih Kata Kunci Keselamatan.
  21. Untuk Kunci Keselamatan, sila pastikan Anda masukkan hanya huruf dan nombor sahaja.
  22. Seterusnya, Anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan.
  23. Antara soalannya ialah:
    Apakah tahun kelahiran ayah Anda?
    Apakah tahun kelahiran ibu Anda?
    Apakah warna kegemaran Anda?
    Apakah makanan kegemaran Anda?
    Apakah haiwan kegemaran Anda?
    Apakah lagu kegemaran Anda?
    Apakah buku kegemaran Anda?
    Apakah nama panggilan Anda ketika kecil?
    Apakah sukan kegemaran Anda?
    Apakah buah kegemaran Anda?
  24. Sila tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan.
  25. Pastikan Anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan.
  26. Kemudian, klik Teruskan.
  27. Kini Anda akan berada di bahagian Pendaftaran BPN sekali lagi.
  28. Sila Anda buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan Anda.
  29. Kemudian, klik Teruskan.
  30. Sila isikan juga Kata Laluan.
  31. Kemudian, isikan Pengesahan Kata Laluan.
  32. Kemudian, klik Daftar.
  33. Tahniah! Pendaftaran BPN Anda sudah berjaya.
  34. Seterusnya, Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila Anda ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.
  35. Selesai.

Baca juga: Maksud Status BPN Dalam Proses.

C. Cara Permohonan BPN Online (Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional)

Sila pastikan proses pendaftaran BPN Anda telah berjaya.

Selepas itu, sila ikuti langkah-langkah untuk menghantar BPN seperti di bawah:

  1. Sila Anda klik Log Masuk.
  2. Pada bahagian Pengguna, sila masukkan ID Pengguna.
  3. Pada bahagian Nombor Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad.
  4. Setelah itu, Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan Anda?”.
  5. Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, Anda klik Ya.
  6. Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, Anda klik Tidak.
  7. Saat in, kami andaikan Anda klik Ya.
  8. Maka, Anda akan dibawa ke bahagian Pengguna sekali lagi.
  9. Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik.
  10. Sila Anda masukkan Kata Laluan.
  11. Kemudian, klik Log Masuk.
  12. Setelah itu, Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
    Maklumat Pemohon
    Pengesahan
  13. Pada bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
    Nama
    Nombor MyKad
    Jantina
    Alamat
    Poskod
    Bandar
    No Telefon Rumah
    Pekerjaan
    Status Perkahwinan
  14. Sila isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap.
  15. Sila isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan.
  16. Sila isikan Maklumat Anak dengan lengkap:
    Nama anak
    No Kad Pengenalan anak
    Umur anak
    Status anak
    Jika Anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
  17. Kemudian, klik Teruskan.
  18. Kini Anda berada di bahagian Pengesahan.
  19. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”.
  20. Sila Anda masukkan Captcha seperti yang tertera.
  21. Kemudian, klik Sahkan Captcha.
  22. Pada bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut.
  23. Ini bermaksud Anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
  24. Kemudian, klik butang jika Anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
  25. Selepas tekan butang Hantar, maka akan ada pilihan untuk Anda mendaftar akaun untuk membolehkan Anda Log Masuk untuk melihat perincian.
  26. Jika Anda belum daftar BPN, sila klik Ya untuk mendaftar akaun BPN.
  27. Jika Anda sudah daftar BPN seperti di atas, sila klik Tidak.
  28. Kemudian, klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan.
  29. Jika Anda memilih Ya untuk mendaftar akaun BPN, maka Anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan.
  30. Untuk format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja.
  31. Untuk aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan.
  32. Untuk kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
  33. Kekuatan password atau Kata Laluan yang Anda masukkan akan ditentukan oleh warna indikator.
  34. untuk Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau.
  35. Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional baru, sila Anda ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN.
  36. Selesai.

D. Status Permohonan BPN (Lulus)

Bagi Anda yang berstatus Lulus, sila kemaskini BPN jika perlu.

  1. Untuk melihat paparan maklumat yang lebih terperinci, maka Anda perlu Log Masuk BPN.
  2. Sekali lagi, sila Anda layari laman web rasmi untuk semak BPN di https://bpn.hasil.gov.my.
  3. Kemudian, klik Log Masuk pada bahagian Menu.
  4. Lalu masukkan Nombor Mykad Anda.
  5. Setelah itu, Anda akan dipaparkan dengan paparan Kunci Keselamatan.
  6. Jika paparan ini adalah sama seperti yang didaftarkan dahulu, sila Anda klik Ya.
  7. Jika paparan ini tidak sama dengan apa yang didaftarkan dahulu, sila Anda klik Tidak.
  8. Ini adalah penting sebagai satu langkah keselamatan agar tidak maklumat Anda tidak diceroboh.
  9. Sila masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  10. Kemudian, klik Log Masuk.
  11. Jika semuanya baik, maka Anda akan dapat Log masuk.
  12. Kemudian, klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan.
  13. Selesai.

Nota: Jika status Lulus dan ada perubahan dengan Maklumat Pemohon, Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin), Maklumat Waris, Nombor Telefon, Nombor Akaun Bank dan lain-lain yang berkenaa, sila Anda baca cara kemaskini Bantuan Prihatin Nasional.

E. Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (Tidak Lulus)

  1. Jika status permohonan BPN Anda tidak lulus, Anda tidak perlu Log Masuk.
  2. Selepas masukkan Nombor Mykad Anda, sila klik butang Carian.
  3. Lalu masukkan aksara Capthcha seperti dipinta.
  4. Setelah itu, Status Tidak Lulus akan dipaparkan.
  5. Untuk butang Alasan Tidak Lulus juga akan dipaparkan.
  6. Untuk sebarang persoalan kenapa Bantuan Prihatin Nasional Anda tidak lulus, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN.
  7. Selesai.

Nota: Jika status Tidak Lulus, Anda boleh cuba cara buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional.

Cara Permohonan BPN

Di kesempatan ini, izinkan kami berkongsi siapa yang patut memohon dan siapa yang tidak. Ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman Anda.

A. Siapa yang Perlu Memohon?

Cara memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Kategori yang tidak perlu memohon BPN.
  • Kategori yang perlu mohon BPN.

Selepas Anda menyemak dan status Anda Tiada Rekod, maka Anda perlu membuat permohonan BPN baharu.

Berikut adalah penerangan ringkas kumpulan yang dikehendaki mengemukakan permohonan kepada BPN.

1. Golongan Sudah Berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke Bawah

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, Anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, Anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini.

2. Golongan Sudah Berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 Hingga RM8,000

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN.

3. Orang Bujang: Pendapatan RM2,000 ke Bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, Anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, Anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini.

4. Orang Bujang: Pendapatan RM2,000 Hingga RM4,000

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, Anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, Anda perlu baru permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN.

B. Siapa yang Tidak Perlu Memohon?

Selepas Anda menyemak dan status Anda Lulus, maka Anda tidak perlu membuat permohonan BPN baru.

1. Golongan Sudah Berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke Bawah

  • Jika Anda suami isteri telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), Anda tidak perlu mohon BPN.
  • Ini bermakna, jika Anda pernah terima BSH sebelum ini, Anda tidak perlu buat permohonan baru BPN.
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan di bawah BSH.

2. Golongan Sudah Berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 Hingga RM8,000

  • Jika Anda suami isteri telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Anda tidak perlu mohon BPN.
  • Ini bermakna, jika Anda pernah bayar cukai pendapatan sebelum ini, Anda tidak perlu buat permohonan baru BPN.
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.

3. Orang Bujang: Pendapatan RM2,000 ke Bawah

  • Jika Anda telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), Anda tidak perlu mohon BPN.
  • Ini bermakna, jika Anda pernah terima BSH sebelum ini, Anda tidak perlu buat permohonan baru BPN.
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan di bawah BSH.

4. Orang Bujang: Pendapatan RM2,000 Hingga RM4,000

  • Jika Anda telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Anda tidak perlu mohon BPN.
  • Ini bermakna, jika Anda pernah bayar cukai pendapatan sebelum ini, Anda tidak perlu buat permohonan baru BPN.
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.

C. Cara Pembayaran BPN

Selepas kami kongsikan cara memohon Bantuan Prihatin Nasional seperti di atas, mari kami kongsikan cara pembayaran akan dibuat kepada penerima.

1. Golongan Sudah Berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke Bawah

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, duit BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH.

2. Golongan Sudah Berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 Hingga RM8,000

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.

3. Orang Bujang: Pendapatan RM2,000 ke Bawah

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, duit BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH.

4. Orang Bujang: Pendapatan RM2,000 Hingga RM4,000

  • Jika Anda berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.

D. Isi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020

Untuk makluman bersama, perkongsian di sini bukan sahaja tentang cara memohon Bantuan Prihatin Negara. Ia akan berkongsi tentang pakej rangsangan secara keseluruhan.

Berikut adalah senarai lengkap kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin rakyat.

1. Kementerian Kesihatan Malaysia

Akan terima RM500 juta untuk tingkatkan keupayaan dalam menangani Coronavirus COVID19.

2. Dana Khas RM8 Juta

Akan terima RM8 juta untuk tanggung kos ujian saringan RM300.

3. Pencarum Insurans

Penangguhan bayaran premium selama 3 bulan kepada pencarum insurans yang terjejas.

4. Petugas Khas COVID-19

Tingkatkan elaun petugas khas dari RM400 ke RM600 sebulan sehingga wabak berakhir.

5. ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, RELA

Elaun khas RM200 sebulan untuk ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, RELA.

6. Pelajar IPT

Pelajar di IPT dapat bayaran sebanyak RM 200 secara one-off.

7. Warga Emas, Kanak kanak, OKU, Gelandangan, Orang Asal

Warga emas, kanak kanak, OKU, gelandangan, orang asal dapat bantuan makanan, kesihatan dan tempat perlindungan.

8. Peminjam PTPTN

PTPTN tangguh pembayaran, memberikan penangguhan PTPTN mulai 1 April hingga 30 September 2020.

9. MySalam untuk B40

MySalam pula memanjangkan manfaat kepada golongan b40 yang dikuarantin.

10. Pengeluaran Pra-persaraan

Pengeluaran pra-persaraan sehingga jumlah RM 1500 tanpa cukai dari April ke Disember 2020.

11. Pengecualian Sewa PPR

Memanjangkan pengecualian bayaran sewa PPR kepada enam bulan, ditanggung sepenuh oleh kerajaan dari April – September 2020. Bagi perumahan awam, DBKL memberi pengecualian.

12. Pengecualian Sewa Premis Kerajaan

Pengecualian sewa untuk premis kerajaan seperti kafeteria dan bangunan kedai.

13. Diskaun Bil Elektrik TNB

15 peratus bil elektrik pelancongan, 2 peratus kepada lain lain- Tambahan, diskaun berperingkat antara 15-50 peratus bil elektrik.

14. Internet Percuma untuk Pengguna

15 GB Internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain, dari April hingga PKP tamat.

15. Bantuan untuk Penjawat Awam Gred 56 ke Bawah

Penjawat awam dapat bantuan tunai RM 500 secara one-off untuk Gred 56 ke bawah termasuk kontrak.

16. Pesara Kerajaan

Pesara kerajaan- bantuan RM 500 one-off.

17. Dana Makanan

RM 1 billion untuk dana makanan.

18. Dana Khas untuk Perladangan dan Pertanian

RM100 juta untuk kemudahan infrasturktur. Dana khas untuk perladangan kawasan dan pertanian kawasan.

19. Subsidi Upah, Bantu Majikan Kekalkan Pekerja

Program subsidi upah adalan untuk bantu majikan kekalkan pekerja. Upah RM 600 sebulan untuk tempoh 3 bulan. Khusus untuk mereka pendapatan bawah RM 4000 dan majikan yang mengalami penurunan 50 peratus.

20. Pemandu Grab

Pemandu E-hailing dapat Bantuan Prihatin Nasional secara one-off sebanyak RM 500.

21. Pemandu Teksi

Pemandu teksi akan dapat Bantuan Prihatin Nasional secara one-off sebanyak RM 600.

22. Pekerja Kontrak

Kerajaan akan bayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor. Panjangkan tempoh kontrak selama sebulan.

23. Peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Tambah dana dalam kemudahan khas, kadar faedah akan dikurangkan- Kerajaan akan tingkatkan saiz dana kepada 6.8 billion semua sektor ekonomi untuk tingkatkan akses PKS.

  • Pertama: Menambah dana dalam tabung Bantuan,Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.
  • Kedua: Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
  • Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha 14 taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.
  • Keempat: PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
  • Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

24. Khidmat Rundingan Majikan

Bantuan Prihatin Nasional hanya untuk pekerja sahaja.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan tidak meminggirkan majikan.

KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.

25. Pengecualian Levi HRDF

Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.

26. Penangguhan Ansuran Cukai Pendapatan LHDN

Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.

27. Pinjaman MARA dan TEKUN

Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

28. Modal Berniaga untuk Usahawan B40

Bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian, satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama.

Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan.

29. Bayaran Balik Hutang Sektor Korporat

Kerajaan menyambut baik usaha institusi perbankan 18 yang bersedia untuk menstruktur semula bayaran balik pinjaman sektor korporat bersesuaian dengan prestasi perniagaan mereka.

30. Skim Jaminan Modal Kerja Perniagaan

Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja. Saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan.

31. Projek Kecil

Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balai polis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4.

Ini adalah panduan lengkap cara permohonan BPN online (Bantuan Prihatin Nasional) di Malaysia. Dengan membuat permohonan dalam talian, kami dapat mempercepatkan proses menerima bantuan dan membantu mengurangkan risiko penyebaran virus COVID-19.

Ingat bahawa BPN adalah program bantuan sosial yang bertujuan untuk membantu orang yang terjejas oleh pandemik, jadi pastikan maklumat yang dikemukakan dalam permohonan adalah tepat dan mengikut peraturan yang berlaku. Semoga artikel cara permohonan BPN online ini bermanfaat untuk Anda yang ingin memohon BPN secara online dan dapat membantu meringankan beban kewangan Anda sekeluarga di saat sukar ini.