Cara Kemaskini No Telefon KWSP

Bagi Anda yang merupakan peserta KWSP, Anda perlu mengemas kini nombor telefon KWSP sekiranya Anda menggunakan nombor telefon baharu.

Sekiranya Anda gagal menerima OTP/TAC semasa memohon Pengeluaran Tunai Khas KWSP (i-Citra, i-Sinar, i-Lestari atau transaksi online terdahulu), ia berkemungkinan besar berkaitan dengan nombor telefon yang sedang digunakan.

Antara kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku ialah:

  • Nombor telefon yang didaftarkan pada i-Akaun KWSP Anda adalah nombor lama.
  • Nombor prabayar (prepaid) telah tamat tempoh kerana tiada tambah nilai (topup).
  • Nombor pascabayar (postpaid) telah diputuskan sambungan kerana bil yang belum dibayar.
  • Nombor baharu Anda masih belum didaftarkan dalam sistem KWSP.

Pada kesempatan ini, kami akan cuba berkongsi langkah-langkah mudah cara kemaskini no telefon KWSP Anda yang mudah untuk Anda ikuti.

Cara Kemaskini No Telefon KWSP

Cara Kemaskini No Telefon KWSP Melalui Kiosk

Cara kemaskini No telefon KWSP, Anda boleh mencari lokasi kiosk KWSP yang berhampiran dengan lokasi Anda, sila buat carian pada pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.

Nota:

  • Sila semak lokasi kiosk KWSP berdekatan dengan Anda.

  • Pastikan lokasi kiosk KWSP dibuka.

  • Sebabnya, sepanjang tempoh PKP ada lokasi yang tidak dibuka.

  • Untuk mengelakkan kekecewaan, sila semak terlebih dahulu jika Anda boleh menghadiri tempat yang mempunyai kiosk KWSP.

Selepas itu, Anda boleh mengikuti langkah-langkah cara kemaskini no telefon KWSP melalui kiosk di bawah:

  1. Sila Anda datang ke mana-mana premis yang mempunyai kiosk KWSP.
  2. Antara premis tersebut ialah:
    • Cawangan KWSP.
    º Senarai penuh, boleh baca di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
    • Urban Transformation Centre (UTC).
    º Senarai penuh, boleh baca di sini: https://www.utc.my/hubungi/
    • Bank-bank terpilih.
  3. Kemudian, sila sentuh skrin dan buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  4. Setelah itu, masukkan Kad Pengenalan di tempat yang disediakan iaitu di bahagian sebelah kiri kiosk.
  5. Seterusnya, letakkan ibu jari kanan pada ruangan yang disediakan untuk mengesahkan identiti Anda.
  6. Selanjuntya, sila Anda ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin untuk cara kemaskini no telefon KWSP.
  7. Bagi yang tidak pernah dan tidak tahu guna, sila Anda baca cara menggunakan kiosk KWSP.
  8. Sekiranya Anda masih lagi mengalami masalah untuk kemaskini, minta bantuan kepada mana-mana pekerja yang memakai uniform KWSP di premis tersebut.
Laman Web Rasmi KWSP (UTC)
Laman Web Rasmi KWSP (UTC)

Baca juga: Cara daftar i-Akaun KWSP.

Boleh Tukar No Telefon KWSP Secara Online?

Sehingga kini berdasarkan carian dan kajian kami di laman web rasmi KWSP, masih tiada cara untuk menukar nombor telefon KWSP secara online.

Ada Masalah untuk Update No Telefon KWSP?

Sekiranya Anda masih belum menerima OTP/TAC Anda dan Anda tidak berjaya mengemas kini nombor telefon Anda, terdapat beberapa cara untuk menghubungi KWSP.

A. Hubungi KWSP Secara Online

Berikut ialah cara untuk menghubungi KWSP secara online:

  1. Pertama sekali, sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
  2. Pada bahagian Apa yang Anda mahu lakukan?, sila Anda pilih salah satu seperti di bawah:
    • Pertanyaan.
    • Cadangan.
    • Pujian.
    • Aduan.
    • Semak Status Pertanyaan.
  3. Kemudian, ikuti arahan seperti yang terpapar di skrin sehingga selesai.
Laman Web Rasmi KWSP (Connect With Us)
Laman Web Rasmi KWSP (Connect With Us)

B. Hubungi KWSP Melalui Nombor Telefon

Anda juga boleh menghubungi KWSP menerusi nombor telefon berikut:

  1. Anda boleh gunakan talian di 03-8922 6000.
  2. Hari beroperasi ialah Isnin – Jumaat.
  3. Waktu operasi dari pukul 08.00 hingga 17.00.

Itu tadi maklumat tentang cara kemaskini no telefon KWSP yang boleh kami kongsikan.